'°⊱☾✧⊰°'
Prang!
"Akh!" Jeritan kecil tidak sengaja Da Eun keluarkan.Dirinya masih terkejut separuh mati saat melihat pinggan seramik Jepun itu hancur berkecai di lantai.
Tangannya automatik menggigil.Badan sudah dibasahi peluh.Jantung berdebar hebat seakan ingin tercabut.Sungguh,Da Eun trauma akan pukulan neneknya.
Bibirnya tidak mampu untuk bergerak,mendoakan agar neneknya tidak mengamuk.Tidak disangka,insiden ini terjadi saat dia sibuk mencuci pinggan.
"Da Eun! Kau buat hal lagi ke,hah?!"
Ya-Ya tuhan..se-selamatkanlah aku...
Dia datang.
Da Eun sudah ketakutan setengah nyawa.Dia mulai mencangkung sambil memeluk tubuhnya erat.Dapat didengari esakan halus Da Eun saat itu.
"Babi punya cucu.Kau pecahkan pinggan seramik aku!"
Gadis malang itu menggeleng.Bukan dia yang mahukan semua ini.Ini hanya kemalangan.
"Memang pembawa sial!"
"Argh!"
Tubuh Da Eun dipijak pijak tanpa belas kasihan oleh nenek kandungnya sendiri. Tidak berhenti di situ sahaja,tubuhnya pula ditoreh toreh menggunakan pinggan seramik itu.
Da Eun tiada daya untuk melawan.Dirinya lemah,badannya sangat kurus.Sudah berbulan dia hanya makan nasi bersama air paip.
Sehingga tekaknya tidak boleh menelan makanan lain selain dari dua jenis itu.
"Nenek...cukup..." Suara Da Eun kedengaran sangat halus.Dia kepenatan,lemah dan sakit yang perit pada masa yang sama.
Neneknya tidak mempedulikan.Tidak berhenti di situ saja,air panas pula disiram ke tubuh gadis malang itu.
Teriakkan Da Eun bergema satu rumah.Jiran jiran hanya memasang telinga dan berdiam diri.Timbul rasa simpati.
Menangis air mata darah sekalipun,tiada siapa sudi membantunya.
Da Eun,hidup menderita bagaikan hamba seksaan oleh neneknya.
'°⊱☾✧⊰°'
YOU ARE READING
Precious Lucid Dream.
Fanfiction© 2020 Takdir yang menemukan kita, takdir juga yang boleh memisahkan kita. cover by : @liceberry [ 3th winner of BTS Magic Book Award. Special thanks to the juri, bangang squad gang and all my lovely friends. ♡ ]