🍵 ❱ eight

1.3K 190 33
                                    

'°⊱☾✧⊰°'

"Park Da Eun."

Da Eun tersentak seketika.Panggilan nama penuh seperti ini macam pernah didengari.Dia menoleh kepada Jungkook yang berada di sisinya.

"Ya?"

"Nak aku bawa kau jelajahi sesuatu?"

Pantas Da Eun berdiri sebelum tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang tersusun."Nak!Kemana,kemana?"

Jungkook tertawa.Dia menggerakkan tangannya perlahan kearah Da Eun,sebelum berubah sesuatu pada gadis itu.

Pakaian gadis itu berubah.Berwarna putih kebiruan bersama mahkota perak.Da Eun tergamam,sebelum terjerit suka.

Sangat sukar gadis itu untuk menerima kenyataan bahawa dia sedang mengalami mimpi.

"Jom."

Jungkook memegang tangan Da Eun sebelum sekelip mata mereka berada di dasar laut.Sekali lagi,gadis itu melopong tanda sangat kagum.

Kerajaan bawah laut itu sangat cantik.Pada ketika ini juga,dia tidak mengalami kesukaran bernafas.Malah,dia masih mampu tersenyum sambil memegang ikan ikan di situ.

Dalam diam,Jungkook memerhati tingkah laku Da Eun.Bibirnya terjungkit senyum tatkala melihat Da Eun sibuk bermain dengan seekor anak penyu.

Dia berpeluk tubuh.Melihat Da Eun gembira,dia jauh lebih gembira.

'Adakah ada hubungan antara aku dan dia?'

'Aku juga tidak tahu.Bagaimana aku mulai sayang akannya.'

"I want to protect you,Park Da Eun."

'°⊱☾✧⊰°'

Precious Lucid Dream.Where stories live. Discover now