'°⊱☾✧⊰°'
"Wey,tengok perempuan tu."
"Uish selekeh gila.Jijik pula aku tengok."
"Tulah.Yang aku hairankan,dia cucu Nek Ming tau."
"Seriuslah?!"
"Ye,nenek kaya tu."
"Bapak ah.Tapi,apsal takde rupa kaya langsung?Dah macam si pemakan sampah je."
"Aku rasa nenek dia tu jahat.Aku dengarlah kan,dia selalu dera cucu dia.Maklumlah,kaya.Kuasa semua petik jari je."
"Sial bhai nenek tua tu."
Da Eun sekadar berdiam diri.Apa yang dikatakan dua pemuda itu memang benar,cuma dia saja yang takut membuka mulut.
Seusai membeli barangan keperluan masakan,segera dia pulang ke rumah.Kali ini,neneknya tiada kerana menjenguk rumah jiran.
Baguslah.Biarpun syurga ini hanya seketika,Da Eun sangat gembira.
Perutnya berbunyi.Berkerut dahinya ketika itu.Dalam hati,dia tidak mahu makan nasi bercampur air paip itu lagi.
Seminit,dia tersenyum bahagia saat melihat sisa burger yang dimakan separuh berada di dalam tong sampah dapur itu.
Terus dilahapnya tanpa ragu.Menitis air mata tatkala merasa sedapnya burger tersebut.
Baru beberapa minit Da Eun berasa gembira,panggilan maut memenuhi ruang tamu.
"Perempuan sundal! Mana kau hah?!"
Gadis itu sangat ketakutan.Giginya ikut menggigil.Automatik seperti biasa,dia akan mencangkung dan memeluk tubuhnya.Erat.
'°⊱☾✧⊰°'
YOU ARE READING
Precious Lucid Dream.
Fanfiction© 2020 Takdir yang menemukan kita, takdir juga yang boleh memisahkan kita. cover by : @liceberry [ 3th winner of BTS Magic Book Award. Special thanks to the juri, bangang squad gang and all my lovely friends. ♡ ]