🍵 ❱ four

1.4K 202 55
                                    

'°⊱☾✧⊰°'

Itulah masanya untuk dia berimaginasi dengan tenang.

Dia berharap,dunia tiada manusia yang berhasad denki,cemburu,ego dan pemarah.

Yang wujud cuma manusia yang sentiasa ceria,riang dan bahagia sepanjang masa.

Dia juga berharap,peraturan tidak mengkangkang benda yang disukai.Kita bebas lakukan apa saja,kecuali jenayah.

Semua orang layak bercinta,layak berharta,layak mendapat kasih sayang dan layak diberi perhatian.Tiada penyeksaan.

Binatang dan tumbuhan juga akan dihormati selayaknya manusia.

Suatu hari,dia akan berjumpa dengan guardian nya sendiri.Berciuman penuh kasih dibawah cahaya bulan.

Kan bahagia jika hati hanya akan sentiasa tenang tanpa fikirkan apapun yang membebankan?

Alangkah indahnya,

"Indahnya kalau jadi kenyataan." Da Eun cuba mengorak senyuman biarpun sangat sukar.

"Aku tau,aku bodoh.Ia hanya boleh menjadi mimpi.Ya,hanya kekal mimpi semata."

Perlahan,dia membuka mata semula.Dilihatnya jujukan bintang di langit sudah berubah.

Terlihat seperti seekor kuda sedang ditunggang oleh puteri dan putera.Puteri si penunggang,putera duduk di belakang.Wajah puteri itu sangat jelita,manakala putera itu sedang mencium pipi puteri tersebut.

Da Eun merasa dirinya bodoh kerana berhasrat untuk menjadi puteri tersebut.Jauh betul,sehingga dia menangis sendiri.

Kenapa dia tidak ditakdirkan sahaja menjadi bintang?

"Kenapa...?"

"Because,you're more precious than star."

Da Eun tersentak.Dia terus berpusing dan matanya meliar ke segenap bilik.Tiada bayangan sesiapa.

Jadi,dari mana suara itu datang?

Entah kenapa kelopak matanya mulai berat.Perlahan,dirinya rebah akibat terlalu mengantuk.

'°⊱☾✧⊰°'

Precious Lucid Dream.Where stories live. Discover now