'°⊱☾✧⊰°'
Berminggu minggu Puan Dae ditahan di hospital selepas kemalangan hari itu.Malang nasib bagi Tuan Jimin dan Nek Ming,mereka berdua tidak dapat diselamatkan.
Walaupun Puan Dae masih bernyawa,namun nikmat berjalannya sudah diambil Tuhan.Berbekalkan kerusi roda sahaja dia bergantung hidup.
Hati mana saja tidak remuk apabila sudah kurang upaya?Namun,Puan Dae cuba reda.Dalam fikirannya kini hanya satu.
Memeluk anaknya,Park Dae Eun.
Dengan bantuan jiran terdekat,Hoseok,Puan Dae mencari kelibat anaknya di dalam rumah agam Nek Ming.Kini,automatik semua harta Nek Ming menjadi hak mutlaknya.
Namun,bukan itu yang Puan Dae harapkan kini.Rindu akan anaknya separuh mati.
"Hoseok,masih tak jumpa Da Eun ke?" Tanya Puan Dae lirih.
"Sudah,Dae.Dia ada di tingkat 2."
Puan Dae sangat gembira.Dia sabar menanti lif ke tingkat 2.Bilik kosong itu terus dibuka.
Tiba tiba,senyuman Puan Dae mati.
"Eh?Dia tidur?"
"Ya,tidur." Hoseok tersenyum. " She's cute."
Puan Dae merangkak menuju Da Eun yang sudah tidak bernafas itu.Pantas dipeluk anaknya bersama linangan air mata.
"Aww...anak ibu tidur tak ajak ibu." Puan Dae tersenyum.Dikucup wajah anaknya yang sudah pucat lesi,persis mayat.
Hoseok menekup mulut,cuba untuk menyembunyikan suara esak tangisan.Dia sangat sedih melihat keadaan Puan Dae dan Da Eun.
Kebenaran sangat perit.
Cahaya senja masuk ke dalam bilik itu melalui celahan jendela.Bagai mengerti,cahaya itu fokus pada Da Eun.
Saat itu,Puan Dae perasan suatu tulisan di sisi Da Eun.Dia lantas berteriak sebelum menangis teresak esak.
"Dae! Ke-kenapa?" Hoseok cemas.Dia memegang tangan Puan Dae.
"Da Eun sayang! Maafkan ibu." Terus terusan Puan Dae menangis melihat tulisan itu.
Berkerut dahi Hoseok,tulisan apa yang Puan Dae nampak? Walhal,tulisan itu hanya Puan Dae dan Tuhan sahaja tahu.
Bagaimana seorang anak kecil melakar tulisan di lantai menggunakan jari,namun tatkala disimbahi cahaya,tulisan itu dapat dibaca hanya bagi yang terpilih?
Sungguh luar biasa.
Puan Dae naik gila.Dipeluknya erat Da Eun sambil meraung raung menangis.Tangannya mengelus tulisan di lantai tersebut.
'Ibu,Da Eun sayang ibu.'
'°⊱☾✧⊰°'
The End
❤
YOU ARE READING
Precious Lucid Dream.
Fanfiction© 2020 Takdir yang menemukan kita, takdir juga yang boleh memisahkan kita. cover by : @liceberry [ 3th winner of BTS Magic Book Award. Special thanks to the juri, bangang squad gang and all my lovely friends. ♡ ]