🍵 ❱ five

1.4K 188 3
                                    

'°⊱☾✧⊰°'

"Emm..."

Da Eun terasa seperti baring di atas sesuatu yang lembut.Dia menggosok gosok kelopak mata sebelum menguap kecil.

Usai penglihatan sedikit jelas,dia meliar sekeliling.Terkejut gadis itu saat melihat tempat tersebut.

Sebuah taman bunga yang sangat indah dibawah awan keunguan pastel yang lembut.Disekelilingnya juga,ada kucing dan anjing yang sedang menatapnya.

Berkerut dahi Da Eun.Adakah dia sedang berada di dalam mimpi?

Kalau begitu,dia sangat gembira!Senyumannya melebar,lebih lebar saat melihat penampilannya kini.

Dia akui,sedikit janggal ketika itu.Gaun yang dipakai persis seorang puteri kayangan,berwarna kuning bersama permata putih berkilau.Rambutnya dibiarkan lepas mengurai,bersama mahkota bunga matahari di atas kepalanya.

Kucing dan anjing itu mendekat kearah Da Eun sebelum memanjakan diri pada gadis itu.Da Eun tertawa riang,diciumnya dahi kucing dan anjing itu silih berganti.

Kasih sayangnya adil pada semua.Sebagaimana dia sayangkan anjing dan kucing itu,dia akan memberikan kasih sayang mengikut caranya tanpa endahkan status makhluk tersebut.

Usai bermain dengan anjing dan kucing tadi,Da Eun mula meneroka sekitar taman.Sesuka hati dia makan buah epal dari deretan pokok epal yang dijumpainya.

Dia juga mula menari dan menyanyi seorang diri,memberi kasih sayang kepada haiwan dan tumbuhan yang dia jumpa serta tersenyum sentiasa.

Entah dimana silapnya,tiba tiba sahaja dia terjatuh ke dalam tasik air terjun yang dikelilingi batu berwarna warni yang licin.

"Ahh!"

'°⊱☾✧⊰°'

Precious Lucid Dream.Where stories live. Discover now