🍵 ❱ special chapter

1.9K 209 117
                                    

'°⊱☾✧⊰°'

2 Tahun Kemudian...

Puan Dae menghela nafas berat.Bunga tulip berwarna merah jambu tersebut diletakkan kemas dihadapan gambar anaknya.

Dia tersenyum.Tangannya naik mengelus gambar Da Eun yang manis bergaun putih ketika itu.Hatinya remuk,namun sedaya upaya dia cuba menahan tangisan.

Segala dugaan yang menimpanya harus diterima dengan hati yang lapang.Dia pasti,ada hikmah sebaliknya.

"Sayang."

Merasakan sebelah tangannya digenggam erat,Puan Dae menoleh.Terpampang wajah Hoseok,suaminya yang tersenyum nipis.

"Ye?"

"Dah ke? Kita dah kena gerak ke rumah baru ni."

Puan Dae mencebik." Ala,kejap! Saya belum berdoa lagi."

"Oh,jom. Saya ikut sekali."

Senyuman tergaris di bibir ibu muda itu.Kedua tangan dirapatkan sebelum mata dipejam rapat.Suasana hening,hanya hati bersuara.

'Anak ku sayang,Da Eun. Ibu cuma nak cakap,ibu rindu Eunnie sangat sangat. Sudah 2 tahun berlalu sejak Eunnie meninggalkan ibu dalam tidur. Ibu faham,Eunnie sayangkan mimpi Eunnie kan?

Tulisan Eunnie buat mama tempoh lalu,masih ibu kenang sampai sekarang. Eunnie-ah,maafkan ibu ya. Ibu bukanlah mom the best.

Cuma ibu nak Eunnie tahu,ibu sayangkan Eunnie lebih dari Eunnie sayangkan ibu. Ibu menyesal sisihkan kamu dulu,sayang.Ibu menyesal.'

Tidak dapat ditahan lama,air mata Puan Dae gugur.Hoseok memeluk isterinya erat,mengelus lembut rambut wanita itu.

Satu perkara sahaja di hati Puan Dae sekarang.

Penyesalan.

'°⊱☾✧⊰°'

"Ibu."

Da Eun memerhati gambaran ibunya di air laut itu.Dia tersenyum pahit melihat ibunya menangis mendoakan dirinya saat itu.

Dia bahagia disini.Dia berharap juga,ibunya akan bahagia bersuami baru bernama Jung Hoseok.

"Aww my honey~"

"Um,awak." Tertawa Da Eun sendiri tatkala Jungkook tiba tiba sahaja memeluk dirinya dari belakang.Tangan kekar lelaki itu mengusap lembut perutnya.

"Apa Permaisuri Jeon buat disini? Sudahlah keluar tak bagitahu Rajanya. Habis Rajanya gundah rasa di hati."

Da Eun sekadar tersenyum.Mula dah bahasa istananya yang memeningkan kepala.Malas untuk bersuara,dia hanya bereaksi seolah olah tiada apa apa.

"Honey..."

"Ye awak?"

"Aye tak sabar tunggu baby kita,hehe." Jungkook tersengih sebelum pipiku dikecupnya berkali kali.

Dalam hati,Da Eun sangat bahagia.Dia juga tidak sabar menunggu kelahiran Jeon berketurunan Dewa itu.

Terlintas sesuatu di benak fikirannya.Dia mengenggam erat tangan Jungkook,ingin ujarkan sesuatu.

"Awak,boleh saya minta satu benda?"

"Boleh!Apa dia?"

"Saya nak ibu saya."

'°⊱☾✧⊰°'

'°⊱☾✧⊰°'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

THE END

❝ Keep dreaming, because your dream is the best place to release all the impossible things.❞

[ your rate and feel guys? ]

Inspiration from Zero O' Clock - BTS song and my own lucid dream :)

Complete on :: 24 Feb 2020, 1:11 am

Precious Lucid Dream.Where stories live. Discover now