'°⊱☾✧⊰°'
"Ya Tuhan..."
Da Eun mengeluh kesedihan.Dirinya banyak tersedu sedu akibat kekurangan air dan menangis berlebihan.
Mulutnya pedih dan perit akibat ditoreh.Luka masih belum sembuh dan dicuci.
Dia berpeluk lutut sambil menyorokkan diri di sudut bilik.Dalam bayangannya,wajah nenek bagaikan syaitan.
Yang dia mahukan sekarang hanya kasih sayang.Harta dan darjat tidak dipandang.Kerana,disebabkan harta itulah ibunya kahwin lain.
Ayah tiri bersama ibu pula tidak pernah pulang menjenguk Da Eun di rumah Nek Ming.Bagi mereka,harta lebih bernilai berbanding seorang anak.
"Hiks...ja-jahat..."
Dia menulis sesuatu di lantai bilik itu dengan tangan.Tulisan itu ingin sekali ditujukan bagi orang tersayang.
Tiba tiba,Da Eun terpaku tatkala melihat cahaya kekuningan di langit.Oh,bintang.
Bintang itu bersinar terang tepat di hadapan tingkapnya.Jujukan bintang itu membentuk suatu putaran galaksi.
Betul betul terpukau,Da Eun mendekat ke tingkap.Pada fikiran gadis berumur 18 tahun tersebut,bintang itu seolah olah tersenyum padanya.
"Ca-can...tik."
Bayu malam bertiup lembut mengena wajah Da Eun.Walaupun dengan rambut yang kusut,baju yang bertahun tidak ditukar,wajah comot,tubuh penuh luka deraan.
Namun,tidak salahkan dia gembira seketika?
Bagaikan ada zarah kecil berwarna kuning jatuh dari atas.Da Eun menadah tapak tangan.Mungkin itu sebahagian dari debu bintang?
Saat itu,matanya dipejam lembut.
'°⊱☾✧⊰°'
YOU ARE READING
Precious Lucid Dream.
Fanfic© 2020 Takdir yang menemukan kita, takdir juga yang boleh memisahkan kita. cover by : @liceberry [ 3th winner of BTS Magic Book Award. Special thanks to the juri, bangang squad gang and all my lovely friends. ♡ ]