'°⊱☾✧⊰°'
Pemandangan langit malam itu sangat indah dihiasi bulan dan bintang.Jungkook tanpa segan silu,melabuhkan kepalanya di peha silaan Da Eun.
Da Eun yang mulai senang akan perilaku Jungkook terhadapnya hanya membiarkan.Rambut kebiruan Jungkook dielus olehnya.
Mereka menikmati malam itu seolah olah sudah bersama bertahun lamanya,biarpun baru beberapa jam pertemuan mereka.
Dewa Poseidon yang kesunyian, terhibur dengan adanya peneman.
Seorang gadis biasa biasa yang menderita, gembira dengan adanya peneman.
"Awak..."
Jungkook tersenyum mendengar panggilan Da Eun."Yes honey?"
"Macam nak hujan je.Saya rasa saya patut balik-"
Clack!
Dengan sekali petikan jari Jungkook,hujan itu berubah menjadi bunga sakura yang turun berterbangan dari langit.Bauan semerbak menenangkan jiwa.
"Dah,jangan pergi.Teman aku." Ujar Jungkook.
Tangannya menggapai tangan Da Eun yang sibuk mengelus rambutnya sebelum dibawa ke dada bidang anak Jeon tersebut.
Manakala gadis itu,gagal mahu mengawal tona warna pipi.Dia tertawa,cuba meng cover malu.
"Honey,aku nak tanya sesuatu boleh?Tolong jujur."
Da Eun tersenyum."Apa dia?"
"Kau nak hidup dengan aku selamanya?"
Mulut Da Eun bagaikan terkunci seketika sebelum tersenyum semula.Wajah Jungkook ditiliknya dari atas.
Sudah tentu.Jika ini mimpi,dia mahu tinggal di sini selamanya.
"If I say yes?"
"Aku juga akan jujur." Jungkook bereaksi tenang sebelum mencuit hidung Da Eun.
"Baiklah...I want it.Saya benci kehidupan dahulu."
Jungkook bingkas bangun.Wajah Da Eun ditekupnya dengan kedua telapak tangan.Matanya berbinar dengan senyuman sebaris gigi.
"Aww,seriously?!"
"Em em!" Da Eun mengangguk tersenyum sehingga matanya menyepet.
'°⊱☾✧⊰°'
YOU ARE READING
Precious Lucid Dream.
Fanfiction© 2020 Takdir yang menemukan kita, takdir juga yang boleh memisahkan kita. cover by : @liceberry [ 3th winner of BTS Magic Book Award. Special thanks to the juri, bangang squad gang and all my lovely friends. ♡ ]