6

111 2 0
                                    

11 Januari 2015 (flashback)

             Akira dan Akid tercungap-cungap menarik nafas selepas berlari meninggalkan rumah kecil tersebut, mereka takut jika lembaga itu dapat menghidu kehadiran mereka di rumah tersebut. Pesanan arwah Nek Semah masih terngiang di ingatan Akira dan dia ligat memikirkan petanda-petanda yang dimaksudkan si arwah. Boleh jadi petanda tersebut berbentuk sesuatu yang tak dapat dijangka, kelak dirinya dan keluarga akan ditimpa bahaya tetapi dia yakin, dengan pertolongan Akid, semua ini pasti berakhir. Akid melihat kakaknya dengan simpati, kasihan melihat Akira yang terpaksa menanggung beban itu juga.

            "Kira, takpe ke kalau Kira tolong Akid untuk selesaikan semua misteri ini? Akid taknak Kira bebankan diri Kira."

          "Takde apelah Akid, Kira boleh je, demi keselamatan kita semua. Ingat, kita buat benda ini sama-sama, walau Akid je yang boleh nampak, tetapi tak bermaksud Akid boleh hadap benda ini seorang diri."

            "Baiklah kalau Kira cakap macam tu. Lega Akid dengar."

***

Sementara itu, Pak Ngah...

              "Apalah nasib aku dapat slot tanah yang kecil, mak pun dah takde, dalam banyak-banyak adik-beradik yang lain, kenapa bahagian aku je yang sikit, tak adil betullah." Pak Ngah merungut.

               Pak Ngah kini tinggal seorang diri di rumah sewa tidak jauh dari rumah maknya, entah mengapa hatinya tidak tenang semenjak meninggalkan perkampungan tersebut. Dia ingin juga ke sana menjenguk rumah peninggalan arwah mak ayahnya tetapi rasa amarah dan dendam masih menguasai dirinya. Jadi, dia tinggal di rumah sewa berdekatan supaya dapat mengetahui khabar tentang perkampungan tersebut. Bahagian tanah yang telah diagihkan mengikut keinginan ayahnya dibiarkan tak berusik. Ngah berfikir, kalau suatu hari nanti, dia terpaksa pergi ke perkampungan tersebut, maka saat itulah baru dia akan menjejakkan kaki ke tanah bahagiannya itu. Sedang duduk di ruang tamu, merehatkan diri selepas pulang dari kerja, Ngah terlelap di atas sofa kerana kepenatan. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Matahari sudah naik terik dan seeloknya penghuni bumi berada di bawah bumbung untuk mengelakkan bahang panas yang melampau.

             Tok! Tok! Tok! Assalammualaikum! Amin! Oo Amin!

             Salam yang diberi tidak bernyahut. Diketuk dan diulang sekali lagi.

           "Waalaikumsalam! Ye, tunggu." Pintu dikuak dan menampakkan seorang pemuda di hadapan rumah Ngah.

           "Amin, bulan lepas masih tertunggak lagi sewa, sekarang pun dah nak separuh bulan, bila nak bayar duit rumah sewa ni, kalau macam ni, rugilah saya Amin. Kamu asyik minta tunggak je."

           "Maaf bang, gaji bulan lepas tak cukuplah bang, nak beli itu lagi, keperluan saya lagi, nanti saya dapat lebih saya bayar bang."

            "Ahh takde, aku taknak dengar alasan, aku bagi tempoh sampai akhir bulan ni je Min, kalau kau tak mampu bayar, kau kemas barang kau, kau keluar dari rumah ni, dah Assalammualaikum." Pemuda itu pergi dan lama-kelamaan hilang dari pandangan Ngah.

           "Ahh, tak sabar-sabar nak halau aku dari rumah ni, kalau tak suka, cakap jelah. Guna alasan sewa rumah pula, orang lain kau bagi tempoh lama. Takpe-takpe, kalau aku tak dapat bayar, aku keluar dari rumah ni. Kacau aku nak tidur je." Getus Ngah sendiri.

             Ngah menutup pintu dan ingin kembali beradu di kasur. Dia segera berbaring dan terlena dengan mudah, mungkin penat memikirkan masalah yang bertimbun dalam simpanan otaknya.

RitualWhere stories live. Discover now