8

78 2 0
                                    

11 Januari 2015(flashback)

          Semua gelap dan samar-samar kerana hanya sedikit cahaya yang menusuk ke ruangan tersebut. Cahaya yang menembus dari atap zink yang bocor. Ngah bangun dan mengusap kepala lututnya. Belakang badannya sakit akibat ditolak jatuh ke dalam bilik tersebut. Ngah mengusap kepalanya yang tidak gatal, dia pelik. Bilik menjahit tersebut kelihatan kemas dan bersih, seperti ada seseorang yang tinggal di kamar tersebut. Ngah berjalan sekitar bilik untuk mencari satu kotak berwarna coklat yang sering digunakan oleh si arwah untuk menyimpan benang-benang kain jahitan. Dia melihat atas meja menjahit dan selongkar dalam laci meja. Masih tidak dijumpai. Di dalam bilik tersebut, ada satu almari yang sudah usang. Sewaktu Ngah kecil, almari tersebut masih dalam keadaan yang sama. Ngah berfikir sejenak. Mungkin kotok itu berada di dalam almari tersebut.

           Ngah melangkah ke arah almari tersebut. Tangannya memegang tombol almari tersebut dan sekilas itu, mindanya terus memainkan kenangan dahulu, kenangan yang melarang anak-anak Nek Semah untuk membuka almari tersebut melainkan dengan keizinannya. Kenangan tersebut bermain di minda Ngah dan dia ingat benar, bahawa isi almari tersebut memang sudah terbongkar akibat satu kejadian yang tak disengajakan. Kejadian tersebut adalah ketika Ngah bermain permainan sorok-sorok bersama adik-beradik yang lain. Dia menyorok di kamar tersebut, di sebalik pintu bilik tersebut, ada ruangan untuk menempatkan meja dan kerusi. Ngah mengambil keputusan untuk bersembunyi di bawah meja dan menunggu adik-beradik yang lain untuk mencarinya. Pintu bilik ditutup rapat supaya dia tidak dapat dicari dengan mudah. Ngah hanya duduk dengan diam dan tenang. 

             Pintu bilik dikuak sedikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

             Pintu bilik dikuak sedikit. Ngah menekup mulutnya supaya tidak berbunyi. Bunyi tapak kaki kedengaran melangkah masuk ke dalam bilik. Ngah terus berdiam diri supaya tidak dikesan namun sangkaan dia meleset. Bukan adik atau abangnya yang masuk tetapi ibu dan ayahnya. Nek Semah dan Tok Adi masuk berdua dan mengunci bilik tersebut. Ngah hanya diam membatu dan berdoa agar ibu dan ayah tidak perasan akan kehadirannya di bilik tersebut. Almari usang tersebut dibuka. Ngah boleh melihat dengan jelas almari tersebut kerana almari tersebut berada di hadapan meja yang digunakan olehnya untuk menyorok. Ngah mahu menjerit tetapi dia membatalkan niat tersebut. Dia baru berumur 12 tahun tetapi dia tahu, yang mana halal dan haram. Patutlah selama ini, dia rasa dia asyik diperhati oleh sesuatu yang dia tidak pasti, hantu atau jin? Sesuatu yang tidak pernah dialami oleh dirinya.

             Ngah hanya memerhatikan segala bendalah haram yang terdapat di dalam almari tersebut. Dia mula berfikir segala kemungkinan, sukar untuk mempercayai ibu dan ayahnya menyekutukan Tuhan Yang Maha Agung. Satu dulang besi yang berisi seperti patung dan terdapat beberapa lilin merah di atas. Ada juga satu span yang menempatkan beberapa colok. Sebilah pisau kecil dikeluarkan dari almari. Dulang besi itu diletakkan atas Tok Adi. Dua biji limau kasturi dipotong separuh dan diletakkan dalam mangkuk berisi air. Ngah meneliti mulut ibunya yang terkumat-kamit membacakan sesuatu. Ayat mantera yang berbahasa Jawa. Sedikitpun dia tak mengerti namun dia yakin, semua itu pemujaan terhadap makhluk durjana. Ngah tahu perkara itu syirik kerana dia pernah mempelajarinya di sekolah. Kemudian, ibunya mengambil pisau kecil dan menoreh tangan kanannya dan titisan darah itu dihalakan ke patung yang terbaring di dalam dulang. Giliran Tok Adi menoreh tangan kirinya dan melakukan perkara sama seperti Nek Semah. Mulut mereka terkumat-kamit membacakan sesuatu dan datang satu gumpalan asap yang tebal. Ngah hanya diam menyaksikan pemujaan tersebut. 

RitualWhere stories live. Discover now