11

54 2 0
                                    

Sambungan...

                Akid bersiap-siap untuk berjumpa dengan Min dan Kim di port biasa. Rumahnya kelihatan agak sunyi kerana hanya ada Nek Kiah sahaja yang berada di dapur menyiapkan makan malam. Akira ada kelas tuisyen sehingga pukul enam petang, Encik Rashid dan Puan Riana masih berada di pejabat. Begitulah hari-hari kecuali hari minggu sahaja. Usai sembahyang Asar, Akid terus menuju ke port biasa. Tempat tersebut tak jauh dari kawasan perumahan mereka dan boleh berjalan kaki ke sana. Sedang berjalan, dia berasa tak sedap hati, seperti langkahnya diikuti seseorang. Dia memperlahankan langkah dan mendengar bunyi tapak kaki seseorang di belakangnya. Bunyi tapak kaki tersebut semacam dekat dengan dirinya. Dia menoleh belakang. Tiada sesiapa. Bulu tengkuknya berdiri. Dia terus berjalan dan mempercepatkan langkah supaya cepat sampai, dia tak mahu berfikir apa-apa, perasaan gelisah dan cemas masih menghurung diri. Dia berasa lega sedikit apabila port biasa mereka dah kelihatan samar-samar dari tempat dia berjalan, tandanya dia semakin hampir. Dua susuk tubuh juga sudah berada di tempat tersebut dan berborak-borak. Min dengan Kim sudah sampai lebih awal gamaknya.

           "Akid! Sini! Sini!"

         "Ehh Akid, lambat sampai hari ni, selalunya kau awal, ade pape jadi ke?"

        "Takde lah, semua ok je. Jadi, siapa nak start dulu ni?"

        "Emm, kau jelah Akid, kan kau nampak dulu, lepas kau, aku, lepas tu Kim."

        "Baik. Aku mula dulu."

           Akid menceritakan peristiwa yang berlaku di kantin. Semua perkara yang berkait dengan kemunculan lembaga hitam tersebut. Min pula menyambung dengan memberitahu cerita tentang diganggu semasa makan di gazebo pagi itu dengan mereka. Kim menceritakan kisah gangguan semasa dia berada di dalam kelas. Semua menceritakan perkara yang menimpa ke atas mereka. Akid dan Min sedikit terkejut mendengarkan cerita Kim kerana gangguan Kim lebih teruk dari mereka. Halusinasi atau fantasi, Kim sendiri tak dapat nak jelaskan dengan tepat tetapi baginya, gangguan tersebut seperti berbentuk amaran. Mereka terdiam sejenak.

         "Tapi kan Kim, dalam gangguan yang kau kena ni, kau nampak Akid lah? Cuma Akid masa tu macam pelik kan?"

         "Ye, aku nampak dia masuk satu bilik air kat tandas tu, tapi bila aku tengok, dia dah hilang."

          "Ohh, patutlah masa kau balik dari tandas tu, aku senyum kat kau tapi muka kau macam gelabah tak tentu arah."

         "Kau perasan ke? Aku musykil je masa tu, siapa tak seram kena macam tu."

        "Perasanlah, lepas tu aku nak ajak kau balik sama-sama, kau jadi gagap masa tu tapi masuk akal lah, punca dari gangguan tu."

       "Weh, kau orang tak rasa ke kalau semua ni berpunca dengan rumah usang kat belakang rumah Akid tu, tak rasa macam tu ke?"

        "Seriuslah Min, aku tak rasa macam tu lah."

         "Aku pun. Aku rasa kita takde clue atau apa-apa yang sahihkan kejadian ni. Kita tak rasa semua ni berkait dengan rumah usang lama tu tapi ada sesuatu yang buat aku musykil, yang buat aku tertanya-tanya."

         "Benda apa pula? Kau jangan cakap kau nak..."

         "Ye. Pasal tempat tu."

           "Akid, kau gila ke? Tempat tu kan kawasan larangan, kalau kena tangkap, masak kita."

           "Tapi kau orang tak rasa ke semua benda tu berkait dengan kelas 5D tu? Aku dengan khabar macam-macam tentang kelas tu. Memang tak logik kalau nak kaitkan dengan rumah usang belakang rumah aku tu sebab kita tak pernah pergi situ pun. Lagi satu, benda ni berlaku kat kita je, kenapa orang lain tak kena?"

            "Aku tahu, tapi aku tak rasa kita je yang kena sebab kita belum tanya orang lain lagi. Akid, kan kau dengan Kim nak datang kelas aku, masa kau nampak lembaga tu muncul, posisi dia kat mana?"

             "Ohh, dia berdiri betul-betul dekat dengan kelas 5D, kan Kim?"

            "Betul. Dia berdiri depan kelas 5D. Emm, jadi aku dah faham, mesti ada kaitan dengan kelas 5D tu."

           "Baik. Kim, masa kau nampak lembaga tu tenung kau kat luar tingkap kelas kau tu, posisi dia kat mana?"

          "Posisi dia? Hmm... Tak jauh dari kelas 5D, maksudnya dia berdiri betul-betul membelakangkan tingkap kelas 5D."

          "Jadi, benda ni hanya ada berdekatan kelas 5D je ke? Masuk akal juga. Macam detektif dah kau Min."

        "Biasalah, hahahaha. Kalau ikutkan, ye mungkin dia boleh ada berdekatan kelas 5D, aku rasa gangguan Kim masa kat satu kelas tu pun, mesti kelas 5D."

        "Jadi macam mana nak settlekan pasal benda ni?"

        "Aku tak tahu lagi. Ini baru gangguan pertama. Nanti kita tengok macam mana besok. Dah pukul enam setengah dah ni. Aku kena balik, nanti parents aku marah."

       "Baik. Kalau macam tu, kita jumpa kat sekolah je besok."

         Mereka pulang ke rumah masing-masing. Kim berasa dirinya seperti diikuti, dia endahkan dan terus berjalan menuju rumah. Perasaan takut dan resah diketepikan terlebih dahulu. Dia tak mahu gangguan tersebut. Yang penting, dia perlu sampai ke rumah dengan segera sebelum pukul tujuh. Akid dan Min sudah tidak kelihatan, mungkin sudah sampai atau sudah jauh dari penglihatannya. Kim menarik nafas lega apabila sudah sampai di rumah. Dia melihat kereta ayahnya belum ada, bermakna ayahnya belum balik dari tempat kerja. Dia masuk dan terus mandi dan bersiap untuk makan malam yang disediakan oleh ibunya. Usai mandi, dia menjenguk ibunya di dapur dan membantu ibunya menghidangkan makanan. Kim memanggil adik-beradiknya untuk makan sekali, dia anak sulung dan mempunyai dua adik lelaki. Seorang berusia 13 tahun dan seorang lagi 11 tahun.

              Selesai makan malam, Kim terus naik ke bilik dan menunaikan solat Maghrib. Malam itu terasa sedikit lain, seperti ada sesuatu yang tak kena. Rasa tak sedap hati mula menyinggah dekat dirinya. Untuk membuang rasa tersebut, Kim membuka tingkap bilik dan merenung ke luar. Bulan kelihatan sedikit suram dan tak indah seperti selalu. Angin malam tersebut bertiup sepoi-sepoi dan sedikit sejuk. Sedang asyik melihat permandangan langit dengan bintang, tiba-tiba mata Kim tertangkap satu benda yang misteri. Lembaga hitam itu muncul lagi. Bulu romanya terus tegak berdiri. Dia menutup tingkap dengan cepat dan segera menyelubung di atas katil dengan perasaan takut. Lembaga tersebut terlihat jelas, dengan senyuman yang menakutkan, senyuman tanpa muka, hanya menampakkan baris gigi taring yang tajam. Kim hanya menggigil ketakutan, niatnya untuk terus tidur. Dia membetulkan posisi baring dan menarik nafas untuk menenangkan diri. Dia menutup mata tetapi perasaan tersebut semakin membuak-buak menghantui diri. Dia mencuba untuk tidur tetapi dia terhalang oleh perasaan takut itu sendiri. Dia terdengar seperti seseorang duduk di atas kerusi meja belajar. Dia mengintai sedikit dari selubung, tiada siapa. Dia menutup kembali dan kali ini, dia ternampak seperti seseorang sedang berdiri betul-betul di tepi katilnya memandang tepat ke arahnya. Dia mendengar sesuatu bisikan di telinga. Bisikan tersebut sangat halus dengan bahasa yang tidak difahami. Kim kembali tenang serta-merta dan setelah bisikan habis dibaca, dia menjadi tidak tentu arah tetapi telinganya masih mendengar hilaian-hilaian dan suara perempuan ketawa mengekek dengan seram. Selepas itu dunianya menjadi gelap.  

RitualWhere stories live. Discover now