16

34 1 0
                                    

Prakk! Prakk!

Dahan-dahan kayu yang berada di sekitar rumah usang itu patah, seperti ada seseorang yang memijaknya. Akid dan Min terdiam sebentar. Akid memberi isyarat supaya Min tidak bersuara. Bunyi tapak kaki kedengaran yang berdekatan dengan mereka. Bunyi itu mengelilingi rumah tersebut. Min dengan Akid hanya mendiamkan diri tanpa berbuat bising. Akid cuba mengintai mengikut jendela untuk melihat pemilik tapak kaki, tetapi penglihatannya terbatas kerana tingkap itu memang ditutup. Akid berbisik kepada Min dan memberitahu serba sedikit tentang makhluk yang pernah mengganggu dia dan Akira hujung minggu yang lepas. Akid juga cakap ada sesuatu yang perlu diceritakan tetapi bukan di dalam rumah usang kerana sudah pasti, keadaan mereka sangat tak selamat, jadi cara untuk keluar dari rumah tersebut perlu difikirkan. Sedang mereka mendiamkan diri, mereka terdengar suara seperti binatang buas mengaum dengan kuat, sejurus rumah usang itu bergegar dengan sendiri. Akid dan Min berpaut kepada tiang rumah supaya diri mereka stabil. Goncangan itu berlaku agak lama, dalam lima minit, hampir mabuk pening mereka dibuatnya. Rumah itu sudah kembali kepada keadaan seperti sediakala tidak lama lepas itu.

Akid meninjau kawasan luar rumah usang itu. Lembaga itu sudah pergi gamaknya. Akid mengajak Min untuk terus balik ke rumah Akid. Tempat itu sudah tak beberapa selamat. Akid terus berlari diekori oleh Min di belakang. Sudah kali kedua lembaga yang sama datang menjenguk, mungkin masa itu tidak berapa sesuai. Akid tahu misinya untuk mengumpulkan semua petanda sebagaimana diberitahu dalam amanat terakhir si arwah tak akan jadi mudah. Dia perlukan pertolongan dan perkara itu tidak boleh dilakukan seorang diri tetapi dia tak mahu libatkan ahli keluarganya, mungkin Akira sudah tahu. Namun, ada seseorang yang boleh menolong dirinya untuk mendapatkan petanda yang pertama iaitu seseorang yang berada di rumah pusaka Tok Adi dengan Nek Semah. Mereka tercungap-cungap kerana kepenatan, walau rumah usang itu taklah seberapa jauh, dalam 50meter dari kediaman Akid dan memang boleh nampak dari seberang jalan kawasan perumahan. Min melirik jamnya, jarum menunjukkan sudah pukul 6:45 petang. ada lagi 15 minit sebelum pukul tujuh, jadi dia kena balik, takut nanti telinganya bernanah dibebelkan oleh ibunya.

"Weh Akid, aku gerak dulu ah, nanti ada ape-ape, kau WhatsApp ke, mesej ke, tau."

"Ha okay okay, lagipun dah lewat ni, orang kata anak dara tak baik balik lewat waktu-waktu maghrib macam ni."

"Ehh apa kejadahnya kau ni? Aku bukan anak dara giler! Dah ah, cau dulu, besok jumpa kat sekolah, ada ape-ape ke, WhatsApp tau, bye!"

"Yelah yelah, hahahaha. Bye!"

Min berjalan dengan laju untuk balik, rumahnya taklah jauh tapi waktu dah nak maghrib, jadi memang tak elok berkeliaran kat luar rumah. Orang kata, maghrib-maghrib jangan keluar rumah, nanti kena sampuk dengan hantu, takpun syaitan banyak merayau waktu-waktu begitu. Min terfikir sejenak mengenai peristiwa tadi, ada rasa sedikit penyesalan kerana mengajak Akid untuk buat 'house tour' di rumah yang bagaikan kediaman makhluk alam angker itu. Sejujurnya, dia tidak pernah melihat perkara yang sebegitu, dia mempercayai bahawa perkara Ghaib itu sememangnya wujud dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Namun kejadian tadi, membuatkan dia sedar beberapa perkara dan apa yang dijangka, tidak sama dengan realiti kehidupan, ada perbezaan. Memanglah ada dikatakan jin, ada yang kafir, ada yang Islam dan mereka juga menyembah Tuhan seperti kita, tetapi darjat kedudukan kita, sebagai ciptaan Tuhan yang agung, kita duduk di tempat teratas sebagai insan bernama manusia dari kalangan jin dan syaitan. Peristiwa keangkuhannya seekor syaitan yang tidak mahu menyembah Si Adam bermain di kotak fikiran Min. Di situ titik permulaan sumpah yang dilakukan oleh Si Syaitan untuk menyesatkan anak-anak Adam sehingga dunia ini kiamat. Namun, ada juga sejarah mengenai manusia yang ketika dahulu bekerjasama dengan kaum jin dalam melakukan pekerjaan, dan tidak dinafikan, masih ada lagi manusia yang mengamalkan perbuatan syirik dan meminta tolong bantuan jin untuk menganiaya orang lain. Seiring dengan perubahan masa ke arah lebih moden, perbuatan khurafat dan syirik juga tidak kurang juga berkembang. Min sampai di rumah tepat lima minit sebelum masuk pukul tujuh. Dia terus naik ke bilik untuk mandi dan bersiap sedia untuk solat Maghrib.

Akid terus masuk ke dalam rumah dan mandi. Dia nampak kereta ayah dengan ibunya sudah ada, menandakan mereka dah balik dari pejabat. Tak lama itu, azan Maghrib berkumandang menandakan sudah masuk waktu. Usai mandi, Akid terus mengenakan pakaian dan menunaikan solat. Usai solat, dia duduk atas sejadah sebentar. Dia berdoa kepada Sang Pencipta untuk menolong dirinya. Dia tahu Tuhan akan bagi dia petunjuk cuma pada masa-masa tertentu. Pertama sekali, dia harus pergi berjumpa dengan insan itu untuk melihat sendiri tanah pusaka yang dikatakan oleh Nek Semah. Berkemungkinan besar, petanda pertama terletak di situ dan insan itu tahu akan keberadaannya.

Tok! Tok! Tok!

"Akid, jom turun makan nak, nek dah siapkan makanan, puan dengan tuan dah menunggu."

"Ye nek, nanti Akid turun, Akid nak siap-siap kejap."

Akid melipat sejadah dan bersiap untuk makan malam. Dia terfikir sesuatu, mungkin dia boleh minta kebenaran dari Encik Rashid dan Puan Riana untuk pulang ke kampung pada cuti sekolah bulan tiga nanti, cuti seminggu. Pada waktu itu, dia nak habiskan masa dengan insan tersebut dan ada beberapa soalan perlu ditanya. Dia berharap insan itu masih ada di rumah pusaka itu, insiden perbalahan tentang tanah itu masih terngiang di ingatan Akid. Semenjak kejadian itu, mereka tidak pulang lagi ke kampung, adapun ketika Nek Semah meninggal dunia. Akid terus turun ke ruang makan, betul kata Nek Kiah, ibu dan ayahnya sudah ada di meja makan namun kelibat Akira tidak kelihatan. Akid sedikit pelik, mungkin Akira tak balik agaknya. Akid terus mengambil tempat duduk di hadapan ibu dan ayahnya.

"Mama, Akira tak balik lagi ke?"

"Tak, Akira tak balik harini, dia duduk rumah kawan kolej dia. Ada kerja kursus katanya."

"Ohh, mama, papa, Akid nak tanya sesuatu boleh?"

"Haa, tanya apa tu, ada masalah dengan sekolah ke?"

"Taklah papa, pasal cuti sekolah nanti."

"Kenapa dengan cuti sekolah? Akid ada plan nak pergi mana-mana ke?"

"Kalau boleh, Akid nak balik kampung masa cuti sekolah seminggu tu nanti. Boleh tak?"

"Laa pulak, kenapa nak balik kampung? Lagipun papa dengan mama sibuk sikit dengan kerja pejabat masa tu."

"Betul tu Akid, mama pun kena tolong papa masa tu. Kamu pun nak pergi kampung tu, ada siapa kat sana? Kan arwah nenek dah meninggal tahun lepas. Lagipun rumah tu tak pasti siapa yang duduk sekarang, risaulah mama."

"Alaa mama, bolehlah, pa bolehlah. Akid pergi dengan Min nanti, lagipun Akid tahu Pak Ngah ada kat sana."

"Hurm... macam mana bang? Saya risau ni."

"Emm, boleh tapi dengan satu syarat."

"Haa ape syaratnya pa?"

"Nanti kalau jadi apa-apa, terus telefon papa atau mama, kalau tak dapat, telefon parents Min. Sampai je sana, terus telefon papa."

"Yelah, kalau papa dah cakap macam tu, mama izinkan."

"Yeay! Terima kasih ma, terima kasih pa."

***

RitualWhere stories live. Discover now