19

60 1 0
                                    

"Apa syaratnya tok?"

"Betul ni? Syarat ini agak berisiko tau dan bukan calang-calang orang boleh buat syarat ni."

"Susah sangat ke syaratnya tok? Tok cakap macam susah je."

"Tok nak kamu yakin dengan diri kamu. Tok tanya lagi sekali, betul kamu nak buat syarat ni? Kalau kamu dah yakin dengan diri kamu, baru tok bagitau syaratnya."

"Saya yakin tok. Tak kisah lah ape pun syarat tu, saya nak buat. Saya cabar diri saya tok."

"Baik. Syaratnya ialah kamu harus pergi ke alam jin itu sendiri. Tok boleh tolong kamu untuk pergi, tapi ingat, kalau kamu tak balik ke jasad kamu dalam waktu yang ditetapkan, kamu boleh terperangkap di alam jin itu selama-lamanya dan lebih teruk lagi, jasad kamu itu mati di alam ini. Penghuni-penghuni di sana mungkin perasan kehadiran kamu. Boleh jadi kamu akan diseksa oleh kaum mereka. Jin ini tak berapa mesra alam sebab kita berbeza dimensi. Dan kamu tahu kan, dari dulu lagi, darjat manusia diangkat oleh Tuhan. Syarat ini sangat berisiko, kerana kes seperti kamu ini, pernah dialami oleh beberapa orang sebelum ini, tetapi banyak yang tak dapat kembali, dan jasadnya mati di sini."

"Tapi tok, ape kena mengena alam jin dengan kejadian yang berlaku dekat rumah saya tu tok? Lepas tu, pasal bungkusan kuning tu, saya tak berapa faham lah tok."

"Tok akan jelaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tok akan jelaskan. Bungkusan kuning yang arwah bapak kamu selalu bawa datang ke sini, bertemu dengan tok tu, kandungannya bukan dari alam kita. Kandungan itu berupa azimat atau tangkal yang dipakai oleh kaum jin untuk melindungi diri mereka. Atas asbab tertentu, si arwah minta tolong tok untuk carikan tangkal tersebut di alam jin, jadi tok carikan dengan pertolongan jin yang tok bela. Lembaga yang datang ke rumah kamu itu bukan jin yang biasa-biasa. Tok tahu yang arwah ibu bapa kamu melakukan pemujaan untuk memuaskan hati lembaga tersebut, demi menjamin keselamatan diri mereka sekeluarga, jadi azimat dalam bungkusan kuning itu memang diletakkan di dalam almari bilik tu, untuk melindungi diri mereka supaya semasa pemujaan itu dilakukan, lembaga tersebut tidak boleh berbuat apa-apa kepada mereka selain menerima darah pujaan tersebut."

"Tapi kan tok, lembaga tu pun dari alam jin, berkesan ke azimat tu?"

"Azimat tu untuk melindungi diri daripada unsur-unsur jahat. Memang berkesan tapi tak lama sebab kekuatan azimat itu akan pudar, sebab tu bapak kamu datang kat tok untuk tambah kekuatan azimat tu."

"Jadi saya kena pergi alam jin, untuk cari lembaga tu?"

"Tak, kamu kena cari mak tiri kamu."

"Mak tiri? Sejak bila bapak saya kahwin lain?"

"Amin, kamu ada seorang adik perempuan. Anak bapak kamu dengan mak tiri kamu. Adik-beradik kamu memang tak tahu pasal ni, ini rahsia antara tok, arwah mak bapak kamu. Sengaja dirahsiakan atas permintaan arwah Adi. Tok yang tolong aturkan perkahwinan tersebut. Sepatutnya kamu tahu perkara ini dari arwah mak kamu. Sayang sekali, arwah tak sempat kerana..."

"Kerana apa tok? Kenapa tok tetiba diam ni?"

"Kerana dibunuh malam itu, oleh... lembaga tersebut. Tok bukan nak suruh kamu berdendam, tetapi perjanjian nenek moyang kamu dahulu yang telah membawa bala kepada keluarga kamu sekarang. Kamu kena masuk alam jin untuk mencari kelemahan lembaga tersebut tapi kamu kena cari mak tiri kamu dahulu. Tok selalu perhatikan kamu sekeluarga melalui jin belaan tok. Mak tiri kamu bukan manusia, tetapi seekor jin betina. Tujuan perkahwinan itu untuk merawat bapak kamu yang sakit tenat disebabkan penyakit kronik. Arwah Semah yang datang kat tok, merayu-rayu untuk mintak tolong dengan tok supaya selamatkan arwah Adi, dan dia suruh tok guna apa cara sekalipun."

"Apa cara sekalipun? Sampai terpaksa berkahwin?"

"Betul, sebab mak kamu tak sanggup tengok arwah menderita. Jadi dikahwinkan dengan mak tiri kamu untuk merawat bapak kamu. Dengan cara itu, bapak kamu dibawa ke alam jin untuk berjumpa dengan dukun di alam itu dan apa yang kamu nampak dalam bilik arwah itu betul. Itulah jasad bapak kamu yang sudah lama membusuk. Kerana ayah kamu tak dapat kembali setelah dia dihantar ke alam jin."

"Jadi, saya kena ke alam jin? Untuk cari mak tiri saya, dan cari kelemahan lembaga tersebut?"

"Tok akan tolong, tapi risikonya berbahaya dan kamu kena cepat. Sebab jasad kamu mungkin tak dapat bertahan lama tanpa roh. Dan pintu ke alam itu akan terbuka pada masa-masa tertentu sahaja. Kamu kena dengar cakap tok baik-baik dan setelah kamu jumpa mak tiri kamu, Kiah, bagitahu dia untuk berjumpa dengan tok, bagitahu nama tok, Kasim. Lepas itu, kamu akan merantau untuk kali kedua mencari kelemahan lembaga tersebut."

"Baik tok, saya faham."

"Tok nak mintak tolong kamu sesuatu boleh?"

"Tolong apa tok?"

"Tolong bawak tok berjumpa dengan anak buah kamu, Syazwan Akid. Tok kena jelaskan kepada dia sesuatu."

"Akid? Anak Rashid? Maaf tanya, kenapa tok nak jumpe dengan dia?"

"Tu kamu takyah risau, tok kena jumpe dia dulu, secepat mungkin. Nanti lepas tok berjumpa dengan dia, baru dia akan beritahu kamu. Barang itu ada dekat dia."

"Barang?"

"Ye, barang itu. Kamu jangan risau, kamu bawak dia datang jumpa atok dulu, nanti tok cerita."

"Baik tok, malam ni saya tunggu kat rumah. Tok tolong saya kan?"

"Tok akan tolong kamu untuk bersihkan bilik arwah tu. Mungkin adik tiri perempuan kamu pun ada di sana."

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu, pasal Akid tu, saya kena cari masa dulu, mungkin hujung minggu ni, saya cuba bawak dia datang jumpe dengan tok."

"Sebelum tu, tok nak pesan ni, kalau ada ape-ape yang berlaku, terus beritahu tok, sebab perbincangan kita ni, bukan kita je yang dengar. Macam biasa, kalau nampak sesuatu luar rumah tok, buat-buat tak nampak walaupun benda itu sebenarnya wujud. Balik ni hati-hati."

"OK tok, saya balik dulu."

***

RitualWhere stories live. Discover now