28

49 1 0
                                    

Azan Asar dah berkumandang. Akid dah siap sedia membawa keluar beg yang berisi baju untuk ke kampung. Mama dia keluar bersama Makcik Tina untuk membuat laporan polis tentang penculikan Kim. Encik Rashid mengiringi Akid ke pintu pagar. Akira pun ada sekali. Akid memasukkan beg baju ke dalam kereta Ngah. Ngah bersalam dengan Rashid dan Akira. Akid memeluk papanya dan Akira. Nek Kiah hanya memerhatikan dari jauh di depan pintu rumah. Enjin kereta dihidupkan. Ngah mula memandu kereta itu dan Akid melambai-lambai tangan kepada Encik Rashid, Akira dan Nek Kiah. Kereta itu semakin jauh dan hilang dari penglihatan mereka.

Semasa berada di dalam kereta, Akid berbual-bual dengan Ngah mengenai perkara yang terjadi kepada dirinya dan keadaan rumah usang di belakang rumahnya itu. Ngah hanya mendengar dengan tekun sambil memandu. Akid juga memberitahu pesanan Nek Kiah mengenai sejarah dan cara Nek Kiah menjadi nenek tirinya. Ngah berasa perkara itu sudah mampu diterimanya kerana dia sudah tahu terlebih dahulu perkara tersebut. Jadi, dia tidaklah berapa terkejut.

"Akid bawak tak barang yang Nek Kiah bagi dengan barang yang Pak Ngah mintak?"

"Bawak, batu merah dengan surat wasiat nenek kan?"

"Haah. Pak Ngah perlukan benda tu semua, untuk merungkai benda-benda yang berlaku dekat rumah nenek tu."

"Akid tahu, sebab arwah nenek dah tulis dalam wasiat ni, yang Akid kena yakinkan Pak Ngah pasal tanah pusaka yang Pak Ngah dapat tu. Nenek kata ada sesuatu pasal tanah tu."

"Tanah pusaka tu? Ada apa dengan tanah tu? Tapi memang Pak Ngah tertanya-tanya juga, kenapa hanya Pak Ngah je yang dapat tanah tu sikit daripada pakcik-pakcik Akid yang lain? Sampai sekarang tak dapat jawapan."

"Akid takda idea, cuma yang pasti, nenek suruh Akid yakinkan Pak Ngah, tanah itu ada rahsia sesuatu."

"Takpe, surat tu kita bawak kat Tok Kasim dengan batu merah tu jugak. Lagipun memang tu pun tujuan Pak Ngah datang dari jauh nak ambik Akid berjumpa dengan dia."

"Tok Kasim? Siapa tu? Kenapa Akid kena jumpa dengan dia pulak?"

"Tok Kasim ni, dukun yang selalu bantu keluarga kita, masa dulu, atok dengan nenek Akid memang selalu mintak tolong dengan dia."

"Dukun? Tapi kenapa kita mintak tolong dukun pulak? Kan syirik tu Pak Ngah."

"Ehh takpe. Dah terpaksa, lagipun dah selalu mintak tolong dengan dia. Dia seorang je yang pandai ubat orang dalam kampung tu."

"Tak boleh lah macam tu. Hurmm..."

"Takpe, Akid ikut je Pak Ngah, mesti ada sesuatu yang dia nak bagitahu Akid. Pak Ngah tahu benda ni susah untuk diterima akal, tapi kita kena jugak, demi keselamatan kita semua."

"Ye, baik Pak Ngah."

"Akid tahu tak, semua benda yang jadi ni bersebab dan ada sebab Tok Kasim itu ditugaskan untuk bantu kita. Jangan risau tau. Yang penting, kita kena selesaikan semua ni sebelum terlambat."

"Akid faham, tapi Akid nak tanya Pak Ngah, dah lama ke Tok Kasim tu tolong keluarga kita?"

"Lama dan dah berpuluh-puluh tahun dia tolong keluarga kita."

"Ohh macam tu. Pak Ngah, Akid ada sesuatu nak bagitahu. Pasal Kim."

"Hah, kenapa tu? Ada apa-apa info?"

"Kim memang kena culik dan..."

"Dan?"

"Dan Akid tahu siapa yang culik Akid, cuma Akid takde bukti nak kaitkan dengan orang itu."

"Siapa? Kalau Akid tahu, kenapa tak bagitahu je kat Makcik Tina tadi? Kesian dia risau."

"Tak, Akid tak boleh beritahu dia, nanti nyawa Kim dalam bahaya."

"Apa Akid nak sampaikan ni? Cuba bagitahu Pak Ngah betul-betul."

"Pak Ngah tahu kan rumah usang kat belakang rumah Akid tu?"

"Tahu, kenapa dengan rumah tu?"

"Kat situ Kim berada. Masa Akid tengah pegang telefon Makcik Tina, ada WhatsApp masuk, dan Akid tengok lah video tu. Video dalam tu ada Kim yang kena ikat dekat atas kerusi, lepas tu Akid cubalah cam tempat tu. Memang sama dengan keadaan rumah usang itu. So Akid terus padam sebab taknak Makcik Tina risau lagi."

"Jap jap, sama?? Jadi Akid pernah masuklah rumah usang tu?"

"Pernah, sebab nenek suruh kumpulkan semua petanda kat sana. Dan Akid rasa kita dah ada dua petanda, surat tu dan batu merah yang Nek Kiah bagi."

"Petanda? Kenapa Pak Ngah tak tahu apa-apa pun pasal benda ni?"

"Pak Ngah gaduh dengan nenek pasal tanah tu, sebab tu nenek tak sempat nak beritahu Pak Ngah. Dan nenek amanahkan Akid untuk beritahu kat Pak Ngah. Petanda tu semua kena kumpulkan dekat rumah usang tu sebab di situ permulaan. Nenek kata, perjanjian yang dah dibuat oleh moyang-moyang dari dulu lagi perlu ditamatkan, jadi dengan ada petanda ni, kita boleh putuskan perjanjian tu."

"Pak Ngah marah sangat pasal tanah tu, Pak Ngah tak tahu apa-apa pasal tu sebab ikutkan ego sendiri tapi lepas tu, hidup Pak Ngah tak bahagia pun. Pak Ngah balik jugak untuk jaga rumah nenek."

"Takpe, benda dah lepas. Yang penting, kita kena tamatkan benda ni. Akid taknak dah benda ni terus mengganggu kita. Nyawa kawan-kawan Akid jadi taruhan. Tapi betul apa yang Kim cakap, mungkin ada musuh dalam selimut."

"Maksud Akid ape?"

"Akid rasa, memang dia orangnya tapi Akid kena cari bukti dulu. Sebab kalau takde bukti, tuduhan tu cuma sia-sia."

"Pak Ngah tak fahamlah."

"Takpe, kita jumpa dulu dengan Tok Kasim, kita dengar dulu apa yang dia bagitahu. Nanti Akid cerita kat Pak Ngah."

"OK boleh."

"Pak Ngah, kenapa dari tadi, kita dekat jalan yang sama je, rasanya yang potong kereta kita ni kereta yang sama aje?"

"Akid, ambilkan air botol kosong dalam poket tempat duduk Pak Ngah ni, cepat."

"Yang ni ker?"

"Hah, Akid buka, sapukan kat muka Pak Ngah dengan muka Akid sekali."

"Ohh OK OK. Kenapa Pak Ngah?"

"Air tu dah dijampi oleh Tok Kasim untuk lindung kita dari halusinasi. Sebab perjalanan ni bukan mudah, ada je mata yang memerhati pergerakan kita."

"Ohh faham-faham."

Akid hanya melakukan apa yang disuruh oleh Pak Ngah. Selepas itu, baru kereta itu bergerak seperti biasa. Kereta yang selalu memotong mereka hilang. Mungkin ada gangguan, kerana semasa Akid memeluk Akira, dia ternampak ada lembaga hitam yang menjenguk dari belakang rumahnya. Dia tahu angkara siapa Kim diculik. Seseorang yang hanya berpura-pura menjadi kawannya untuk mengorek rahsia-rahsianya. Namun bukti yang sahih perlu dikumpul supaya tiada tuduhan yang melulu. Video itu menjadi bukti lokasi Kim berada. Akid perlu berjumpa dengan Tok Kasim dahulu. Mungkin ada beberapa petunjuk yang boleh mengukuhkan tekaannya.

***

RitualWhere stories live. Discover now