13

42 2 0
                                    

15 Januari 2015 (flashback)

Sementara itu, di kampung Akid...

          3 hari sudah berlalu, namun Ngah masih tak bersedia untuk kembali ke bilik tersebut. Sesuatu yang dilihat pada tempoh hari itu masih terngiang-ngiang jelas di lubuk ingatan. Dia seakan-akan tidak percaya tetapi firasatnya kuat mengatakan bahawa tanggapan itu betul. Tiada apa yang boleh mensahihkan kebenaran itu selain dia melihat dengan mata kepalanya sendiri. Dia cuba menenangkan dirinya, tidak mungkin dia ingin duduk di rumah usang itu tanpa berfikirkan tentang bilik tersebut. Walau bagaimanapun, bilik arwah Nek Semah perlu dibersihkan. Ngah mengurut dahi lagi, memikirkan solusi. Semenjak hari dia datang ke rumah usang itu, banyak perkara yang telah berlaku, tanpa dia sendiri sedar. Peristiwa dirinya ditolak ke dalam bilik menjahit masih musykil dan tidak diketahui pelakunya. Setelah kunci bilik arwah dijumpai, bilik tersebut sudah tidak berkunci. Perkara itu semacam pelik, jikalau betul ada yang membukanya sedangkan dirinya terkunci dari dalam, siapa yang membuka kunci itu di luar kerana hanya dia seorang diri di rumah tersebut. Ngah mula berfikir, mungkinkah lembaga yang dilihatnya 18 tahun lepas? Ada betul juga kerana rumah usang itu sudah lama tidak berpenghuni.

          "Ahh tak mungkin, benda tu 18 tahun lepas dah terjadi, takkanlah dia masih lagi ada walaupun arwah sudah tiada tapi boleh jadi sebab benda tu bukan hidup cuma 100 tahun, mungkin lebih dari tu. Ehh tak boleh jadi ni, aku kena tanya orang yang lebih pakar, mungkin Pak Kasim boleh tolong aku, lagipun dia tu banyak ubat orang yang terkena gangguan makhluk halus ni." Ngah bermonolog sendirian.

          Ngah tengok jam di dinding ruang tamu, masih jam 12 tengahari. Dia berhasrat untuk meminta pertolongan Pak Kasim, Tok Guru yang mengamalkan ilmu perubatan menghalau jin dan makhluk halus sejak turun-temurun lagi di kampung tersebut. Pak Kasim merupakan seorang dukun yang pakar dalam merawat orang kerasukan ataupun yang terkena gangguan penghuni dari dimensi lain. Memang tidak dinafikan kepakaran Pak Kasim itu sebab ramai yang berpuas hati dengan perubatannya. Ngah dapat tahu hal tersebut kerana dulu sewaktu umurnya 15 tahun, dia mengikut ayahnya pergi ke rumah dukun tersebut atas hal-hal yang tertentu. Waktu itu, Ngah hanya menunggu di luar rumah dukun kerana ayahnya tidak membenarkan Ngah ikut masuk sekali. Ayahnya juga berpesan, jikalau ada sesuatu yang dilihat ketika berada berdekatan rumah dukun itu, anggap benda itu tidak wujud. Ngah hanya mengangguk faham. Di situ juga, Ngah mengetahui asal usul bungkusan kuning yang dilihat ketika dia berusia 12 tahun. Walau dia hanya intai dari luar tingkap sahaja, namun dia boleh nampak sewaktu Pak Kasim menghulurkan bungkusan kuning itu kepada ayahnya dengan jelas. Rupanya ayah dia ke rumah Pak Kasim untuk memperbaharui isi bungkusan kuning itu. Ngah mengingat lagi dengan jelas kisah tersebut dan keberadaan rumah itu. Dia nak ke rumah dukun dalam satu jam setengah lagi. Masih ada lagi masa untuk mencari makan tengahari sambil-sambil membersihkan sesawang yang banyak di dalam rumah itu. Almaklumlah, beberapa hari lepas, dia menguruskan urusan hal rumah sewa yang pernah didudukinya. Dia juga ada menjenguk slot tanah yang tak jauh dari kawasan rumah. Slot tanah yang dinyatakan dalam wasiat terakhir Tok Adi, bapanya. Bila difikirkan balik, semuanya bersebab dan Ngah faham itu sangat. Dia menyesal kerana telah memberontak pasal pembahagian tanah itu.

          Dia tahu, slot tanah yang dimilikinya itu, merupakan tempat yang selalu dia pergi ketika menghadapi masalah atau tidak tenang. Aura ketenangan di bawah pokok rendang itu menenangkan jiwa dan membuatkan Ngah berada dalam fantasinya sendiri. Tetapi dalam banyak-banyak peristiwa yang terjadi di situ, ada beberapa peristiwa aneh yang lebih menarik perhatiannya. Ketika arwah Tok Adi masih hidup, arwah tidak membenarkan anak-anaknya untuk mengambil sesuatu atau benda yang pelik-pelik jika dijumpai di tanah sebesar sepuluh ekar itu. Takut terambil barang yang tidak sepatutnya diambil. Ngah masih lagi musykil dengan pantang larang tersebut, berkemungkinan berkait rapat dengan pemujaan yang dilakukan selama itu. Peristiwa-peristiwa aneh itu terpapar di ruang memori Ngah, satu persatu dimainkan dengan jelas. Ada satu peristiwa yang paling pelik di antara peristiwa lain.

(Peristiwa aneh)

          Hari sudah senja, seperti biasa, Ngah atau nama sebenarnya Amin lebih selesa untuk pergi bermain di sekitar pokok rendang yang terdapat di tanah pusaka milik Tok Adi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Hari sudah senja, seperti biasa, Ngah atau nama sebenarnya Amin lebih selesa untuk pergi bermain di sekitar pokok rendang yang terdapat di tanah pusaka milik Tok Adi. Acapkali Ngah akan pergi ke tempat tersebut habis sahaja dia pulang dari sekolah. Namun hari tersebut lain daripada hari kebiasaannya, sewaktu Ngah berlari menuju ke tempat itu dengan muka yang gembira, riak wajah terus berubah apabila dia melihat kawasan pokok itu bukanlah seperti sediakala. Persekitaran pokok itu sudah berubah, jika dahulu terdapat banyak rumput menghijau, kini rumput itu sudah kering, jika dulu tanah itu kelihatan subur, sekarang kering kontang dan merekah. Dia juga terhidu bau yang kurang menyenangkan. Bau darah. Dia mencari arah bau tersebut dan dia melihat ke bawah kakinya tempat dia berdiri. Ada seekor mayat ayam hitam yang macam baru dikelar lehernya dan dibiarkan berlumuran darah. Ngah terkejut dan berganjak ke tempat lain. Kakinya penuh dengan darah ayam. Tiba-tiba ayam tersebut semacam mencuba untuk berdiri. Ngah yang masih terkejut itu terkaku melihat perlakuan ayam hitam tersebut. Dia diam membatu dan tak bergerak. Ayam itu bangun berdiri dengan kepala yang bengkok. Krak! Krak! Krak! Tulang ayam itu diremuk dan dibengkokkan dengan sendiri. Ngah menyaksikan insiden itu dengan mata yang membulat. Dia mahu lari, tetapi kakinya kaku. Ayam itu ditangkap dengan lembaga hitam yang sama sewaktu Ngah berusia 12 tahun.

 Ayam itu ditangkap dengan lembaga hitam yang sama sewaktu Ngah berusia 12 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kemudian ayam itu dimakan mentah-mentah di depan mata Ngah. Ngah mencari peluang untuk lari sementara lembaga itu menikmati santapannya. Dia berjalan dengan perlahan dan apabila jaraknya sudah jauh dari kawasan pokok itu, dia terus berlari. Dia sempat menoleh ke arah pokok itu dan ternampak lembaga itu senyum menyeringai dengan gigi taring yang tajam dan darah menitik dari mulut. Nafas Ngah tercungap-cungap setelah penat berlari. Dia memandang kawasan itu dari jauh. Tiba-tiba, kawasan itu dihurung dengan banyak ayam hitam entah datang dari mana. Ngah terus balik kerana dia takut.

End of Peristiwa Aneh

          Sedang asyik Amin mengingat memori lama, hidung dia terhidu bau-bauan wangi yang kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Sedang asyik Amin mengingat memori lama, hidung dia terhidu bau-bauan wangi yang kuat. Bau yang menghairahkan. Dia pelik tetapi dia seakan khayal dengan bau tersebut. Dia mencari sekitar dalam rumah bau tersebut untuk mencari pemiliknya. Mungkin tekaannya tepat, ada seseorang yang tinggal dan menjaga rumah arwah mak. Dia berjalan dengan berpandukan bau wangi tersebut sehingga kepalanya terhantuk di pintu satu bilik. Bilik menjahit Nek Semah. Amin tersedar, dia segera membuka pintu tersebut untuk melihat gerangan yang memiliki bau tersebut. Dia sudah tidak sabar-sabar.            

RitualWhere stories live. Discover now