27

34 1 0
                                    

"Mak cakap apa ni? Mana ada Amin datang berdua, Amin seorang ajelah."

"Yeke, siapa perempuan kat dalam kereta Amin tu?"

"Mak jangan main-main, Amin datang seorang je tau."

"Kejap mak pergi tengok."

Bulu Ngah dah meremang, setahu dia, dia seorang diri, tak ada pula ternampak seorang gadis yang naik kereta bersamanya tadi. Nek Kiah menjenguk ke dalam kereta Ngah. Betul kata Ngah, tiada sesiapa yang datang bersamanya. Nek Kiah kembali dan mengangkat bahu tanda tak tahu kepada Ngah. Ngah berasa lega. Nek Kiah tersenyum melihat riak muka Ngah yang risau itu dan mengajak Ngah untuk masuk ke dalam rumah, tak elok biarkan tetamu di luar rumah lama-lama, tidak sopan. Akid mengikut mereka masuk. Nek Kiah berbual-bual rancak bersama Ngah di meja makan. Akid bersama Akira duduk di ruang tamu menunggu mama dengan papa mereka pulang. Tadi Akira dah WhatsApp Puan Riana untuk memberitahu ketibaan Pak Ngah dan mereka sedang dalam perjalanan pulang.

Sedang rancak-rancak berbual, laungan salam didengari dari luar, nampaknya Encik Rashid dan Puan Riana dah balik dari kantor kerja. Nek Kiah menyambut mereka dan mengajak Akid dengan Akira untuk makan tengah hari bersama. Mereka hanya menurut sahaja dan menolong Nek Kiah untuk menghidangkan lauk-lauk tersebut dan mengeluarkan camca dan pinggan. Encik Rashid dan Puan Riana menukar pakaian dan membersihkan diri, usai itu mereka terus turun untuk makan. Lauk itu sedikit istimewa daripada lauk-lauk yang biasanya untuk menyambut kedatangan Ngah yang sudah lama tak menziarahi rumah tersebut.

"Lama dah Ngah tak datang rumah saya ni. Tiba-tiba je telefon pagi tadi cakap nak datang."

"Ngah bukan apa Shid, tapi yelah kan, kalau datang mengejut kang, takut kau tu takde kat rumah, bukan Ngah tak faham kerja kau, busy memanjang je."

"Takdelah busy mana, cuma baru-baru ni ade beberapa tender baru nak masuk, tu yang kena ulang-alik pejabat, selamat ada Mak Kiah ni untuk tengok-tengokkan makan minum Akid dengan Akira ni. Riana pun banyak tolong saya kat pejabat. Lagipun Ngah ada hajat apa datang sini?"

"Saja nak jenguk-jenguk keluarga kau ni hah, lama dah tak datang, rindu pulak kat Akid dengan Akira ni."

"Ada jugak yang rindu kat anak papa ni, hahahaha,"

"Papa ni, biarlah. Kitorang pun rindu kat Pak Ngahlah, kan, Akid?"

"Betul tu. Lama tak jalan-jalan dengan Pak Ngah."

"Kalau camtu, nak ikut Pak Ngah balik kampung tak? Lagipun Pak Ngah seorang kat kampung. Kalau Akid dengan Akira ada, taklah bosan kat kampung tu."

"Akid bolehlah ikut rasanya, Kira busy dengan kerja kolej, tarikh hantar dah dekat dah ni."

"Papa bagi ke? Lagipun Akid bosan kat rumah ni. Kerja sekolah pun dah siap."

"Emm, Riana, awak OK ke?"

"Ikut abanglah. Saya OK je, lagipun kesian pulak kat Akid ni. Sekali sekala kan balik kampung, kita pun jarang dah balik sana sebab sibuk dengan kerja. Lama tak jenguk kubur mak."

"OK, papa bagi tapi Akid kena ikut cakap Pak Ngah tau. Jangan susahkan Pak Ngah."

"Baik Boss! Hahahahaha."

Ngah hanya tersenyum. Nampaknya dia boleh membawa Akid untuk berjumpa dengan Tok Kasim. Usai sahaja makan, Rashid dan Ngah berbual-bual di beranda rumah. Akid dan Akira terus ke bilik masing-masing. Akid mencari baju-baju yang hendak dibawa pulang ke kampung. Beg yang digunakan tidak besar dan cukup untuk mengisi beberapa baju. Dia pulang pun tidak lama, hanya untuk dua hari satu malam. Bulan tiga nanti baru dia akan pulang ke sana selama seminggu cuti persekolahannya. Riana menolong Nek Kiah mengemas ruang makan dan membasuh pinggan. Ngah hanya berbual mengenai peristiwa yang menjadi memori lama sewaktu mereka kecil dengan Rashid. Pelbagai aneka cerekarama yang mencuit hati. Selepas Asar, baru Ngah akan bertolak pulang ke kampung.

Sedang asyik berbual-bual, loceng rumah ditekan oleh seseorang. Rashid terus menuju ke pagar dan terlihat seorang wanita yang amat dikenalinya. Wanita itu adalah mak kepada Kim, Puan Tina. Riak wajah wanita itu sangat risau seperti berada dalam kesusahan. Rashid rasa gusar dan menjemput wanita itu masuk terlebih dahulu. Tina duduk di laman rumah dengan perasaan yang resah. Rashid menyuruh dia bertenang dan selepas itu, dia menyuruh Ngah untuk membawa air untuk diberikan kepada mak Kim. Nek Kiah dan Riana keluar. Riana menepuk belakang Tina untuk menenangkannya.

"Kak Tina kenapa ni? Risau semacam saya tengok."

"Pasal Kim, Riana! Pasal Kim!"

"Ye, kenapa dengan Kim?"

"Dia tak balik dari kelas tuisyen, kakak risau ni, lepas tu kakak dapat satu pesanan WhatsApp ni. WhatsApp tu cakap Kim kena culik! Macam mana ni?"

"Culik? Mana pesanan tu? Saya nak tengok."

Tina mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan pesanan WhatsApp dari nombor yang tak dikenali. Di dalam pesanan itu memang ada menyatakan Kim telah diculik dan ada satu video yang menunjukkan dia telah dipukul oleh seseorang berpakaian baju sejuk hitam. Mukanya pelaku ditutup dengan topeng putih. Tina terus menangis teresak-esak dan memeluk Riana. Akid menjenguk dari tingkap dan berasa pelik dengan kehadiran mak Kim. Dia segera turun ke beranda dan bertanya kepada papanya.

"Papa, Pak Ngah, kenapa ni, kenapa Makcik Tina menangis?"

"Kim kena culik Akid."

"Hah?! Culik? Bila? Kat mana?"

"Baru je tadi, tu yang Makcik Tina datang rumah, risau pasal Kim."

"Abistu, dah buat laporan polis ke belum?"

"Belum sebab Makcik Tina terus ke sini lepas dapat tahu Kim kena culik daripada WhatsApp seseorang."

"WhatsApp? Boleh Akid tengok?"

"Itu, dekat telefon Makcik Tina tu."

Akid meminta telefon bimbit dekat Makcik Tina untuk melihat pesanan dan video yang dihantar melalui WhatsApp. Dia meneliti nombor tersebut. Nombor yang pernah dia dapat melalui satu panggilan telefon. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan meneliti nombor itu satu persatu untuk dibandingkan dengan nombor yang ada pada sejarah panggilan masuk. "Nombor ni sama dengan nombor yang Min guna masa telefon dia takde kredit." Akid bermonolog dalam hati. Akid hanya mendiamkan hal tersebut. Dia masih tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengaitkan Min dalam hal tersebut. Satu pesanan WhatsApp masuk dalam telefon bimbit milik Makcik Tina. Pesanan berbentuk video yang baharu daripada nombor yang sama. Akid melihat video tersebut dengan menurunkan level suara. Dia terkejut dengan isi kandungan video tersebut namun dia terpaksa mendiamkan hal tersebut untuk tidak menambah kerisauan Makcik Tina. Dia padam WhatsApp tersebut. Dia pulangkan telefon itu dan terus naik ke bilik untuk sambung mengemas baju. Ngah sedikit pelik dengan kelakuan Akid tetapi dia tidak mempersoalkannya. Dia tahu ada sesuatu yang Akid tahu namun disorokkan atas asbab tertentu.

***

RitualWhere stories live. Discover now