20

47 1 0
                                    

Di rumah sakit sekolah...

Kelopak mata dibuka. Akid melihat sekeliling, dia berada di ruangan bilik sakit yang menempatkan pelajar-pelajar sekolahnya sekiranya mereka ada masalah kesihatan. Akid cuba menggerakkan kaki kanannya. "Aduh! Sakit." Luka itu sudah dibalut namun bisa yang dirasa masih berbekas. Mungkin dia kena berjalan menggunakan topang ketiak, tak mungkin dia boleh berjalan dengan biasa setelah kondisi kakinya begitu. Dalam keadaan yang sakit begitu, Akid melihat seseorang sedang tidur duduk di sebelah katilnya. Akid hanya diam dan memerhatikan orang itu. Dia kenal tubuh itu, dia kenal sangat. Itu Kim, kawan yang pernah berbalah dengan dia atas sesuatu hal yang tak jelas. Akid segera mengejutkan Kim yang sedang tidur.

"Kim. Ooo Kim, bangunlah, asal kau tidur kat sini?"

"Mmm... Uhh..."

"Bangunlah... Nanti badan kau sakit tidur macam ni. Dah, bangun. Kau ponteng kelas ke ni?"

"Aku dah bangun ni... Asal? Aku tak masuk kelas, aku nak jaga kau. Lagipun tadi cikgu yang suruh aku temankan kau, kalau kau nak apa-apa ke."

"Aku OK jelah, takde pape, sikit je tu."

"Sikit?? Macam tu kau kata sikit? Kau ni gila lah Akid. Banyak darah tahu tak tadi?? Aku risau je jadi apa-apa kat kau."

"Emm, yelah yelah. Aku tahulah jaga diri aku. Kau... Hmm."

"Aku apa?? Apa?? Masih marah kan kau?? Soalan apa tu Akid?? Mana ada aku marah kat kau. Biarlah, dah berlalu dah pun. Aku minta maaf sangat. Aku tak tahu pulak aku boleh jadi sampai macam tu sekali. Aku biar je 'dia' kawal diri aku sampai kita berperang macam ni."

"Jadi, betullah 'dia' yang kawal kau, tapi serius do, aku terasa bodo kau cakap macam tu. Terasa dalam gila."

"Aku dah agak yang Min mesti bagitahu kau pasal ni, tapi kau je tahu cerita sebenar Akid, apa yang jadi masa kita gaduh tu. Punca gaduh aku tak tahu sebab yelah kan, bila kau dah kerasukan ni, kau tak sedar. Boleh kau cerita balik apa yang terjadi?"

Akid menceritakan segalanya yang terjadi pada hari tersebut. Kim sedikit terkejut. Lemparan kata-kata yang ditujukan kepada Akid memang pedas. Kalau dia di tempat Akid, pastinya dia juga buat hal yang sama, perang dingin, mengelak, dan terus berlari. Akid menunjukkan reaksi itu semua kerana kata-kata tajam yang memang mengguris hati. Dia tahu, lebih dekat hubungan persahabatan itu, lebih dalam luka yang dirasai. Jadi memang hati Akid berkecai selepas mendengar lontaran kata-kata itu.

"Jadi, kau nak buat apa sekarang? Cari lembaga tu? Balas dendam untuk pihak kita semua?"

"Aku tak tahu lah Kim, yang penting sekarang keselamatan sahabat-sahabat aku. Kau takda syak apa-apa ke? Aku dah cuba berkomunikasi dengan bendalah tu, dan clue yang aku dapat ialah dia ada tuan untuk dipatuhi. Maksudnya ada yang hantar dia untuk pisahkan kita, tapi siapa?"

"Aku tak pasti Akid, aku tak tahulah dan aku takde suspek memana orang pun. Cuma tulah, aku takut ada musuh dalam selimut."

"Maksud kau? Musuh dalam selimut?"

"Ye, kalau ikutkan cerita yang kau beritahu, semua tu berkaitan dengan hidup kau, peribadi kau. Contoh, rumah usang tu, tak semua orang tahu kewujudan rumah tu selain keluarga kau, kitorang. Kau tak rasa macam tu ke? Sebab yelah,perkara ni cam sulit, bukan dihebah-hebahkan pun, takkanlah sebarang orang boleh hantar lembaga tu untuk kacau kau."

"Itu aku tak pasti lah Kim. Yang aku sangat pasti, benda tu bertuan dan kalau betul apa yang kau cakap ni, tuan dia mesti ada dalam kalangan kita. Tapi... Aku kena buat sesuatu dulu. Yang agak berisiko."

"Kau nak buat apa Akid? Jangan buat benda bodoh sudahlah. Kalau boleh aku nak tolong sekali, boleh ke?"

"Hmm, aku tak bagi sebab benda ni, urusan aku, jadi aku taknak libatkan orang lain, nanti nyawa korang jadi taruhan. Ni beban yang aku dah ambil, jadi aku kena tanggung sendiri. Amanat arwah nenek aku. Aku tak tahu kenapa aku yang dipilih dan aku pun setuju. Dalam tak sedar, aku dah jemput 'dia' ke taman permainan aku, jadi takkan aku nak berpatah balik."

"Akid. Kau dengar sini baik-baik. Aku kawan kau, aku sahabat kau sampai mati, takpe kalau nyawa kau dipertaruh pun, dan aku takkan biarkan sesiapa pun cederakan kawan aku. Aku sanggup, apa pun syaratnya, aku nak tolong jugak walau benda tu berisiko sekalipun, aku akan ambik. Kalaupun benda tu boleh buat aku mati, aku sanggup. Ni jihad aku."

"Kim, aku tahu tu tapi..."

"Tapi apa?? Dah Akid, aku nak tolong. Muktamad."

"Aku tak tahu nak betah macam mana lagi, dah kau nak tolong, tolong tapi janji dengan aku, jangan sampai membahayakan diri kau demi aku sebab ni punca dari aku."

"Baik. Aku janji. Sekarang kau kena rehat dulu. Kasi sembuh dulu kaki kau tu. Nanti nak apa-apa, kau bagitahu aku."

"Kim, aku pening, aku nak rehat dulu. Kalau kau nak masuk kelas, masuklah, aku OK je ni."

"Ahh, takpe takpe, aku kat sini je. Nanti kau nak ape-ape, bagitahu je aku."

"Terima kasih Kim."

Akid terus baring dan berfikir sejenak. Kepalanya pening dan berdenyut-denyut. Mungkin banyak perkara yang dibincangkan dengan Kim. Dia juga terfikir, siapa sebenarnya musuh dalam selimut yang dikatakan oleh Kim. Boleh jadi sesiapa sahaja. Namun kata-kata lembaga itu masih terngiang-ngiang di fikiran. Siapa sebenarnya tuan kepada 'dia'? Akid masih tiada jawapan yang pasti. Nama Nek Kiah tergambar dalam otaknya. Ada sesuatu yang perlu ditanyakan kepada Nek Kiah. Sesuatu yang disorokkan dari pengetahuannya. Akid cuba berprasangka baik dan tak mahu terlalu menghakimi orang sebab semua yang sudah terjadi ada asbab-asbab tertentu. Jika diikutkan amarahnya, kelak diri akan binasa. Ada sesuatu yang diberitahu dalam surat wasiat Nek Semah, berkaitan Pak Ngahnya. Akid mencari masa untuk bertemu dengan Pak Ngah. Jika dibiarkan lama, mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak dapat mereka jangkau. Akid menutup mata dan terus tidur untuk merehatkan mentalnya.

***

Sementar di sudut yang lain...

"Kau dah buat kerja kau? Dapat barang yang aku mintak?"

"Beee... Bee... Belum tuan."

"BELUM?! KAU TAK BUAT KERJA KE?!!"

"Buu... Buat tuan."

"DAH TU?! MANA BARANG AKU?! AHH KAU NI, SUSAH LAH AKU MACAM NI."

"Maaf tuan, saya akan usaha lagi."

"Dah dah, kau pergi sebelum aku naik angin lagi."

"Baik tuan. Saya mintak maaf."

"Kau bahagia sekarang Akid, tapi aku akan pastikan kau takkan lama dapat rasa seronok tu. Aku takkan lupa apa yang keluarga kau dah buat. Sampai mati pun aku takkan puas selagi kau hidup bahagia. Aku akan buat kau sengsara. HAHAHAHAHA AHAHAHAHA."

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
RitualWhere stories live. Discover now