ONE

779 50 1
                                    

Matahari kelihatan sekejap lagi bakal berlabuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Matahari kelihatan sekejap lagi bakal berlabuh. Di saat keindahan warna jingga menghiasi bumi, sebuah kereta pacutan empat roda, Honda memecut laju memasuki kawasan rumah dua tingkat yang telah bertahun-tahun tidak berpenghuni

Saat kereta itu menghentikan enjin keretanya, kelihatan seorang gadis bernama Emma Anderson yang bermata biru, berambut blonde dan berkulit putih susu sedang keluar dari kereta. Dia mengangkat sebuah kotak dan menuju ke depan pintu rumah

"Emma... Tolonglah angkatkan barang saya ini!" Jaxon keluar dari kereta dengan kotak barang yang bertingkat-tingkat

"Apasal kau tak letak semua barang kau kat lori hari tu?!" Emma membebel-bebel sambil langkah kakinya di angkat menuju ke arah adiknya itu. Separuh kotak berpindah ke tangannya

"Kamu ni... Kita baru saja sampai. Jangan lah nak bergaduh!" Puan Anderson menggeleng-geleng sambil berjalan menuju ke arah pintu dan membuka pintu yang berkunci itu "Selamat datang ke rumah baru kita.." Puan Anderson tersenyum dan menjejakkan kaki ke dalam rumah. Emma dan Jaxon mengikuti ibu mereka

Rumah itu kelihatan penuh dengan perabot dari ruang tamu hinggalah dapur yang tersusun dengan cantik walaupun sedikit berhabuk. Beberapa kotak barang yang telah dihantar oleh lori beberapa hari lalu kelihatan terusun di depan mereka

"Siapa cepat dapat bilik yang dia mahu!" Jaxon meletakkan kotak yang dipegangnya dan berlari ke tingkat atas

"Hoiii tak adil!" Emma yang tidak mahu terlepas bilik yang cantik segera menghumbankan kotak barang milik Jaxon dan membuka langkah seribu ke tingkat atas. Puan Anderson ketawa kecil melihat tingkah-laku anak-anaknya itu

"Aku copppp bilik ini!" Jaxon masuk ke dalam sebuah bilik yang agak besar

"Kamu pasti?" Emma tersenyum jahat dan menolak Jaxon. Mereka berdua mula bergelut tetapi disebabkan Emma lebih tua dari Jaxon dan lebih kuat, dia berjaya menolak adiknya keluar "Bilik saya sekarang!" Emma menjelirkan lidahnya

"Saya akan cari bilik yang lebih baik werkkkkk!" Jaxon turut menjelirkan lidahnya dan menuju ke bilik yang lain

Emma ketawa dan menuju ke bawah untuk mengangakat barang-barangnya naik ke atas. Setelah semua barangnya berada di atas, dia mula membuka satu per satu kotak itu dan menyusunkan semua barang-barangnya. Dia memenuhkan bilik pakaian dengan bajunya, memasangakan cadar di sebuah katil yang sememangnya telah berada di situ dan banyak lagi. Dalam masa dua jam akhirnya bilik itu selesai di kemas dan dihias

"Emma turun makan!" Kedengaran suara puan Anderson memanggil dari tingkat bawah

Mendengar saja panggilan itu, barulah Emma sedar yang suasana di luar sudahpun menjadi gelap. Perutnya mula memalu gendang meminta makanan

"Baikalah" Emma segera turun ke tingkat bawah. Jaxon dan ibunya kelihatan sudah siap sedia duduk di meja makan. Emma duduk bersama mereka

"Mari makan!" Jaxon segera menyuapkan makanan berupa ayam, salad dan kentang putar ke dalam mulutnya

Boy In The WoodsWhere stories live. Discover now