THIRTEEN

265 30 0
                                    

Hari ini...

"Kalau kau nak tahu..." Kevin menghalakan jari telunjuknya ke arah Encik Anderson "DIA NI TAK LAH BAIK SANGAT!" Dia membentak dengan suara yang sangat keras

Emma terkelu lidah. Terbejat bicara. Hanya air mata sahaja yang mampu bersuara menggambarkan hati dan mindanya yang tidak percaya. Matanya merenung Encik Anderson. Adakah betul ayahnya sejahat itu sewaktu zaman sekolah?

"Apa kau tak percaya?!" Kevin merenung Emma. Matanya yang merah jelas melihatkan dendam yang teramat

Emma menggeleng lemah. Air mata masih lagi melebat membasahi pipinya

"APA YANG KAU TAK PERCAYA LAGI?! LELAKI NII YANG BUNUH AKU DAN ADIK AKU!!" Kevin membentak. Tangannya diangkat dan ditampar wajah Emma dengan kuat membuatkan gadis itu terbaring dengan cara tertiarap. Mata Emma terpejam rapat

"Kau tak sepatutnya balik ke sini.." Kevin tersenyum. Senyuman yang berunsurkan ejekan dan kengerian "ADAKAH KAU MENYESAL?! KAU SEPATUTNYA TOLAK TAWARAN KERJA KAU KAT SINI DAN TERUSKAN HIDUP KAU KAT BANDAR...TAPI KAU BODOH! KAU TETAP NAK DATANG SINI WALAUPUN KAU TAHU KAU TELAH MENUMPAHKAN DARAH SESEORANG DI SINI!" Kevin mencekik encik Anderson membuatkan lelaki dalam lingkungan 30-an itu terkapai-kapai mencari nafas

"Nyawa harus dibayar dengan nyawa.. " Kevin melepaskan tangannya dan bersedia untuk menikam Encik Anderson dengan kukunya yang panjang lagi tajam tetapi kehendaknya itu terbejat tatkala Emma memegang tangannya

"Kevin... Tolonglah.. " Emma merayu. Dirinya diberanikan untuk merenung ke arah mata merah Kevin

"ARGHHH!" Kevin menolak Emma membuatkan gadis itu terlempar lagi "NYAWA HARUS DI BALAS DENGAN NYAWA!" Kevin membentak, menegakkan lagi pendiriannya. Tiada belas kasihan untuk sesiapa yang ada kaitan dengan Encik Anderson

"Waktu aku mati, aku tertanya-tanya kenapa aku tak dapat pergi dari hutan. Aku tertanya-tanya macam mana aku mati. Yang aku ingat hanyalah seorang kawan yang merogol seseorang. Tapi aku tak sangka lah perbuatannya lebih keji. Sekarang aku bersyukur sangat aku tak dapat mati dengan tenang sebab aku dapat balas dendam dekat kau!" Kevin ketawa dengan penuh kejahatan. Tangannya diangkat. Kukunya yang tajampun terus dibenamkan di bahagian perut Encik Anderson dan dipulaskan di dalam daging lelaki itu membuatkan darah memancut keluar dari mulut Encik Anderson

"Kevin.. Saya minta maaf!" Encik Anderson berkata dengan suara yang perlahan. Matanya memandang lelaki yang dibunuhnya itu. Akhirnya perbuatannya dibalas jua. Sesalan mula berlayar di benak mindanya

"Dah terlambat untuk kau minta maaf.." Kevin tersenyum sinis "Sekarang masa untuk kau ke neraka!" Dia menekan lagi tikaman di perut Encik Anderson membuat lelaki itu kehilangan satu-satunya nyawa

Tiba-tiba... Kevin merasakan belakangnya di tusuk oleh sesuatu. Dia menoleh dan kelihatan Emma sudah membenamkan sebilah pisau yang tajam di belakangnya. Tangan gadis itu kelihataan bergetar

"Emma.. " Kevin berkata dengan lembut. Tetapi kelembutan itu tetap terasa menyeramkan. Senyuman sinis di lontarkan "Awak tak boleh bunuh orang yang sudah mati.. "

Mendengar kata-kata itu, mata Emma terbuntang luas. Badannya mula menggil. Menyesal akan perbuatannya

"Aku akan selesaikan kau nanti tolong duduk diam-diam.." Kevin membelai lembut rambut Emma dan terus menampar gadis itu "Aku nak urus mak kau dan adik kau dulu"

"Tak.. Awak tak boleh!" Emma mencuba dengan segala kudrat yang masih tinggal untuk bangun berdiri dan terus menolak Kevin. Dia megambil pisau yang terletak di atas lantai dan menghiris muka Kevin. Tetapi hirisan merah itu kembali membentuk kulit demon biasanya

Boy In The WoodsWhere stories live. Discover now