TWELVE

214 27 0
                                    

"Jadi kau berjaya tak?" Simon bertanya sambil cuba beriringan langkah bersama Jeff yang kian melangkah dengan laju. Pertanyaan yang diajukan menjerumus kepada pertanyaan tentang rancangan kawannya itu hendak memikat Alice

"Tak.. Dia kata arghh!" Jeff membentak. Amarah manakhluk hati dan mindanya. Dia memaksa dirinya untuk berbaik dengan Kevin dan berlagak gentleman untuk memikat gadis itu tetapi di pengakhiran... Semuanya hanyalah sia-sia sahaja

"Dia taknak?" Aju Simon tidak percaya. Sebelum ini, tidak pernah ada seorang gadispun pernah menolak cinta Jeff. Siapa tidak mahu lelaki berbadan sasa dan atlet sekolah seperti Jeff itu?

"YA!" Jeff membentak lagi. Amarahnya amat sukar untuk redah

"Sudah lah Jeff, banyak lagi perempuan kat sekolah ni. Mary tuu dah lama gila kat kau. Apa lagi?" Simon cuba memujuk

"Tak. Aku tidak mahu perempuan itu. Bukan mahukan aku tetapi popularity ku" Jeff berkata. Sememangnya itulah yang dimahukan Mary dari dirinya

"Baiklah kalau macam tu. Tapi aku harap kau dapat bertenang untuk pagi ni. Ingat pagi nii kita ada perlawanan penting melawan sekolah dari selatan pulak. Kalau kau buat bagus-bagus.. Manalah tau Alice akan teratarik?" Simon mengangkat keningnya lagi. Pujukannya terlihat sudah berjaya melalui segaris senyuman harapan yang terukir dari wajah Jeff

"Aku lupa lah perlawanan hari ni. Baiklah aku akan pastikan team kita main cantik hari ini! Aku akan pastikan dia terpikat!" Jeff berkata sambil mengangkat tangannya dan memberikan hi five kepada Simon "Cepatlah!" Jeff memukul kecil lengan Simon menandakan agar lelaki itu bergerak pantas ke bilik persalinan bola keranjang

🍂

Jeff menjenguk dari arah tempat duduk pemain ke arah tempat duduk penonton. Matanya melilau mencari kelibat Alice. Pencariannya berhasil tatkala terlihat gadis berambut merah coklat, berkulit putih dan bermata biru duduk di sebelah Kevin

Jeff melambai ke arah Alice. Alice yang terlihatnya segera melambai kembali. Senyuman Jeff mula melebar. Satu semangat membara di dalam hatinya

"Permainan akan dimulakan dalam beberapa saat lagi!" Kata seorang referee dari tengah gelanggang

"BAIKLAH SEMUA. MARI KITA BUAT SEHABIS BAIK UNTUK PAGI INI!" Jeff selaku seorang kapten pasukan berdiri dan melaung memberikan semangat. Semua ahli pasukan turut berdiri

"Dalam kiraan 3" Jeff meletakkan tangannya dan semua ahli pasukan mula meletakkan tangan mereka di tangan Jeff "1...2...3.."

"KITA MENANG!" Mereka berteriak dengan penuh semangat sekaligus menggentarkan pasukan lawan

Perlawanan dimulakan. Setiap pasukan mula mengatur langkah berdasarkan strategi kumpulan masing-masing. Tidak ketinggalan juga jurulatih kedua-dua pasukan yang sibuk melaung beberapa kod strategi kepada kumpulan mereka

Masa pertama berlalu dan pasukan sekolah dari sebelah selatan sudah kelihatan putus harapan. Mana tidaknya, kumpulan mereka di belasah teruk dengan 15 mata berbalas 3 mata. Jika masa seterusnya mereka tumpas lagi, maka kemenangan berpihak kepada lawan

Jeff tersenyum berpuas hati dengan usahanya. Keringat yang mengalir di lap dan air sejuk diteguk beberapa kali. Setelah itu dia menoleh ke arah Alice tetapi gadis itu tidak memandangnya. Gadis itu melihat ke arah seorang lelaki dari pihak lawan. Sesuatu terzahir dari mata gadis itu

Jeff mula berasa tidak puas hati. Satu semangat merasuki lagi 'Aku akan pastikan kami menang pagi ini agar Alice tidak akan melihat ke arah lawan lagi' Monolog Jeff di dalam hati. Senyuman sinis yang terukir di bibirnya melihatkan bongkaknya kerana dapat menewaskan pihak lawan di masa pertama

Boy In The WoodsWhere stories live. Discover now