EIGHT

204 25 0
                                    

"Huwah tebal nyaaa!" Caitilin membeliakkan matanya dan memandang Emma tidak percaya "Awak biar betul?"

"Betul largh.. " Emma berkata sambil duduk di kerusi dan membelek helaian buku tersebut

"Untuk apa awak nak cari semua ni?" Caitilin bertanya sambil mendekatkan dirinya dengan Emma. Leher di panjangkan agar dia dapat melihat sama

"Saya cuma nak tahu sesuatu" Emma menjelaskan tetapi matanya tetap tidak lari dari buku

Emma membelek semua kes. Kes-kes pembunuhan yang berlaku di situ tidaklah terlalu banyak dan purata menunjukkan semua pelaku telahpun tertangkap

Kecuali...

Kes bunuh dan rogol Alice Malora Gilton yang berlaku pada tahun 1999. Sang pelaku masih belum ditemui sehingga kini

"Kesiannya.. " Caitilin berkata tatkala melihat gambar Alice Gilton yang berlumuran darah di dalam buku

Emma membelek helaian buku itu lagi sehinggala satu ketika dia teringat sesuatu. Kevin mati dibunuh tapi tiada siapapun yang temui mayatnya. Jadi.. Kevin sepatutnya berada di dalam kes orang hilang

Emma menutup buku tersebut membuatkan Caitilin terkejut dengan tindakan Emma yang tiba-tiba itu. Emma berdiri dan terus menuju ke rak buku untuk mencari buku senarai orang hilang. Setelah berjaya menemui buku itu dia segera duduk semula

Helaian kertas buku dibelek dengan perlahan agar dia tidak terlepas pandang. Mata dan jarinya teliti mencari nama Kevin

Dan...

Sebuah kes yang berlaku pada tahun 1999 telah mencatatkan kehilangan Kevin. Emma melihat gambar Kevin di dalam buku itu. Dia melihat pula ke arah bawah untuk melihat nama panjang Kevin

Kevin Mulraso...

Emma tidak dapat membaca nama keluarga Kevin kerana helaian kertas itu telahpun terkoyak. Apa yang Emma lihat hanyalah huruf C di hadapan. Kevin Mulraso C...

Emma mengetap bibirnya. Apa nama keluarga Kevinnnnn urgghhhh?! Nama keluarga amatlah penting untuk memudahkan Emma mencari lebih lagi maklumat tentang Kevin

"Emma... Saya kena pergi sekarang. Kelas saya dah nak mula" Caitilin berkata sambil mengemaskan barangnya

"Baiklah, jumpa lagi" Emma melambai tatkala Caitilin mula membuka langkah menuju ke pintu keluar

"Siapa sebenarnya pembunuh awak Kevin?.." Emma menggumam perlahan sambil mengelamun keluar tingkap yang melihatkan cuaca yang mendung

*****

"KAUUUUUU!" Alice yang berlumuran darah berteriak. Suaranya bukan kedengaran seperti suara seorang gadis seperti seperti suara lelaki yang garau

Emma kaku di tempat dia berdiri. Entah macam mana dia boleh berada di sini. Di tempat yang gelap ini. Angin sejuk membadai tubuhnya

"KENAPAAAAAAAAAAAAA?!" Alice berteriak lagi. Kali ini dia menunjuk ke arah Emma sambil megalirkan air mata pekat bewarna hitam

"ARHHHHHHHHHHHHHHH!" Alice berteriak dan berlari laju untuk mendapatkan Emma..

*****

DUMMMMM! Bunyi petir bergema menggoncang tanah. Emma segera terbangun dari tidurnya. Badanya dipenuhi peluh. Dia melihat sekeliling, perpustakaan telahpun kosong. Hanya dia dan pegawai perpustakaan sahaja yang berada di situ

Boy In The WoodsWhere stories live. Discover now