Emma berlari ke tingkat atas. Pintu bilik di hentam dengan kuat. Matanya sedari tadi tidak henti merembeskan air mata. Apa yang di saksikannya masih tidak boleh diterima akal
"Dan.. Aku berjanji untuk jadi kawan dia?!" Emma menghempaskan dirinya di katil "Aku berkawan dengan demon selama ni urghh?!" Emma menekup mukanya menggunakan bantal
"Emma?" Puan Anderson masuk ke dalam bilik. Emma segera bangun dan mengesat air matanya dengan pantas
"Kamu okay?" Puan Anderson melabuhkan punggung di sebelah anaknya. Tangannya memegang bahu Emma
"Ya.. Ada sedikit masalah sahaja" Emma berkata dengan suara yang perlahan. Bibirnya di cuba untuk tersenyum meskipun kelatnya masih kelihatan
"Kalau macam tu ceritalah.. " Puan Anderson memujuk
"Tak mak. Ada sesetengah masalah yang Emma tak boleh cerita.. "
"Jadi macam mana mak boleh tolong kamu kalau kamu tak cerita?"
"Mak boleh tolong dengan beri Emma sedikit ruang untuk bersendirian"
"Baiklah kalau itu yang kamu mahu.. " Puan Anderson berdiri dan menuju ke arah pintu. Dia menoleh ke arah anaknya dengan perasaan sayu dan keluar dari situ
Melihat sahaja ibunya sudah keluar, Emma segera melabuhkan dirinya di katil. Matanya terasa begitu berat, tidak tahu sama ada kerana terlalu penat ataupun disebabkan dia terlalu tekanan. Perasaannya bercampur-baur. Marah, terkejut, sedih, patah hati dan kini semunya terasa 'sakit'. Lama-kelamaan dia mula memejamkan mata dan terus tertidur
*****
Lelaki itu menarik lengan Alice dengan kasar. Dia menolak gadis itu sehingga terjatuh ke tanah yang di penuhi daun yang berguguran. Alice mengerang kesakitan. Sikunya berdarah dan terasa seperti terseliuh
"Salah kau lah sebab setuju.. " Lelaki itu menarik rambut Alice dan di hantak beberapa kali ke tanah "Sebab kau pilih dia dan bukan aku.. " Lelaki itu berbisik di telinga Alice
Alice mula merembeskan air mata. Deras nya boleh mengisi sebuah lautan. Kepalanya terasa berdenyut dan mengalirkan darah yang pekat
"Tolong.... " Alice bersuara meskipun ianya kedengaran sangat perlahan
"Tiada siapa dapat tolong kau.. " Lelaki itu tersenyum sinis dan naik di atas Alice
"TOLONGGGGG!" Alice berteriak dengan kuat bersama esakan tangisannya. Suaranya bergema di hutan itu
"ARGHHH DIAM LAH!" Lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau kecil dari kocek seluarnya. "Mungkin sedikit goresan boleh buat kau diam?" Lelaki itu tersenyum dan mengangkat pisau itu ke pipi Alice dan...
*****
"TIDAKKK JANGANNN!" Emma terbangun dari tidurnya. Air mata terasa hangat di pipinya. Dia bermimpi tentang gadis itu lagi, Alice Gilton
"Apa kena mengena dia dengan aku?" Emma bermonolog. Entah mengapa Alice sering muncul dalam mimpinya
'Emma.. ' Kedengaran suara kecil bergema di bilik Emma. Suara itu kedengaran seperti suara lelaki. Emma kenali suara itu. Tubuhnya mula bergetar. Suara itu... Yahh suara Kevin. Emma menuju ke tingkap. Langsir di selak dan bayangan mata bewarna merah muncul pada pandangannya
Jantung Emma berdegup kencang. Dia ingin kembali ke katil tapi matanya seakan masih mahu menatap mata merah itu. Emma memberanikan dirinya untuk menatap lebih lama dan bayangan mata merah mula bertukar menjadi bayangan Kevin yang kelihatan sedih
"Apa kau nak?" Emma meletakkan kepalanya ke tingkap. Air matanya terpancul keluar "Tinggalkan saya... Lupakan saya.. " Emma berbisik
'Tapi saya sayang awak.. ' Suara Kevin bergema lagi di biliknya
YOU ARE READING
Boy In The Woods
Mystery / Thriller[COMPLETED] Achievement~ 🌹2nd of The Uranus Mystery Horror-𝓡𝓮𝓪𝓵𝓰𝓪𝓵𝓪𝔁𝔂𝓪𝔀𝓪𝓻𝓭🌹 Kerana jiwa yang sangat ingin tahu, Emma Anderson (17 tahun) mengambil keputusan untuk menjelajah hutan tebal di belakang rumah barunya. Di dalam hutan itu...