"Tolonglah!" Gadis itu mula menangis. Matanya mula membengkak dan sangat merah
"Lain kali kau jangan biar dia ni menyibuk!" Lelaki itu mengambil sebiji batu yang besar dan bersedia untuk menghempapkan batu itu ke arah seorang lelaki yang sedang terbaring kaku berlumuran darah di atas tanah
"Tolonglah... Bunuh saya sajaaa!" Gadis itu merayu dan memeluk kaki lelaki itu
"AHHHHH!" lelaki itu menendang gadis tersebut membuatkan gadis yang lemah itu mengerang kesakitan
"SELAMAT TINGGAL.." Lelaki itu tersenyum sinis dan menghempapkan batu itu ke arah lelaki yang terbaring berlumuran darah di atas tanah tersebut membuatkan isi kepala lelaki itu terkeluar
❄❄❄❄❄❄❄❄❄
"ARGHHHHHHHHHHHHHH!" Emma terbangun dari tidurnya. Dia berpeluh satu badan. Tangannya bergegar. Apa yang dilihat dalam mimpinya tadi amat ngeri
Dia kemudian segera berlari mendapatkan tandas. Pintu tandas di tolak kasar, dia mendapatkan sinki dan muntah di situ
Dia berasa mual disebabkan mimpi tadi. Bayangan isi kepala terkeluar membuatkan dia memuntahkan segala makanan yang dimakannya tadi
"Huuhhhhhh apa mimpi tadi tu?!" Emma menghidupkan pili air dan mencuci mukanya. Dia mengimbas kembali mimpinya itu dan entah mengapa dia seperti pernah melihat gadis di dalam mimpinya tersebut
Tiba-tiba Emma terdengar bunyi orang berlari dari arah luar. Dia keluar dari tandas dan mengerling ke arah jam besar. Pukul 3 pagi. Dia mendegar pula bunyi cermin tingkap tandas seakan di ketuk orang jadi dia masuk semula dan menuju ke arah tingkap. Tiada siapa pun di situ kecuali suasana hutan yang sangat gelap
Tapi...
Sesuatu meangkap mata Emma. Tiba-tiba terdapat seekor bangkai burung gagak di situ
Pakk! Kedengaran bunyi sesuatu jatuh dari luar tandas. Emma melompat kerana terkejut. Buluh romanya mula berdiri tegak menandakan seperti terdapat kehadiran yang menyeramkan di dalam rumah itu. Dia segera menutup pintu tandas dan menguncinya
Tok.. Tokk..
Kedengaran bunyi pintu tandas di ketuk"Ah.. " Emma ingin berteriak tetapi dia segera menutup mulutnya agar benda di luar itu tidak mengetahui dia berada di situ
TOKKKKK! TOKKK!
Kali ini pintu tandas di ketuk dengan kuat. Emma berundur ke arah sudut tandas dan duduk sambil memeluk lututnya di situTOKKKKK! TOKKKK! TOKKK!
Makin kuat pintu tandas itu diketuk. Jantung Emma mula mengepam rasa takut yang amat deras"APA KAU NAK?! TINGGALKAN AKU SENDIRIAN!" Emma menangis teresak-esak. Dia tidak dapat berhenti menggigil ketakutan
"Hihihi... " Kedengaran suara orang ketawa dari luar tandas. Jantung Emma terasa seperti hendak jatuh tatkala pintu tandas itu ditolak kasar. Jantungnya terasa seakan berhenti dan semuanya mula bertukar menjadi gelap-gelita...
❄❄❄❄❄❄❄❄❄
"Emma... "
"Mak... " Emma membuka matanya dan melihat ibu, ayah dan adiknya Jaxon berada di dalam biliknya "MAK!" Emma segera memeluk tubuh ibunya dan menangis teresak-esak. Puan Anderson membalas pelukan anaknya
"Kamu okay?" Encik Anderson bertanya sambil memegang bahu anak gadisnya itu
"Ayah tolong bawa Emma keluar dari rumah ni!" Emma mula menangis seakan orang histeria. Tragedi semalam membuatnya amat lemah semangat
"Mm kakak, ada sesuatu yang Jaxon perlu beritahu kakak.. " Jaxon mendekati kakaknya. Mukanya tampak sangat bersalah
Imbas Kembali
YOU ARE READING
Boy In The Woods
Mystery / Thriller[COMPLETED] Achievement~ 🌹2nd of The Uranus Mystery Horror-𝓡𝓮𝓪𝓵𝓰𝓪𝓵𝓪𝔁𝔂𝓪𝔀𝓪𝓻𝓭🌹 Kerana jiwa yang sangat ingin tahu, Emma Anderson (17 tahun) mengambil keputusan untuk menjelajah hutan tebal di belakang rumah barunya. Di dalam hutan itu...