Max🙉
Jumpa saya kat restoran
Hawaiin hari ini..Me
Untuk apa? 😛Max🙉
Datang saja lah.. OK?
Jangan risau saya
BelanjaMe
Jam?Max🙉
Pukul 8 pagi. K thanks~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Apa budak ni nak? Hughhh" Emma melihat handphonennya. Dia tidak tahu mengapa dia bersetuju untuk bertemu dengan Max. Dia mengerling ke arah jam, pukul 7.00 am. Dia segera mengambil tualanya dan menuju ke tandas untuk bersiap
"Mak.. Boleh tak Emma pinjam kereta?" Emma bertanya kepada Puan Anderson yang sedang melayan movie di ruang tamu
"Nak pergi mana?" Puan Anderson membalas pertanyaan dengan pertanyaan. Dia merenung ke arah anaknya meminta jawapan
"Nak jumpa kawan.. " Emma menjawab
"Kawan lelaki atau perempuan?" Puan Anderson bertanya lagi
"Le-lelaki.. " Emma tersengih
"Awww anak mak ada teman lelaki!" Puan Anderson segera melemparkan popcorn yang dipegangnya dan segera memeluk anaknya dengan kuat "Urghhh anak kecil mak dah jadi remaja!" Puan Anderson mencubit pipi Emma
"Urgh, mak Emma memang dah maningkat remaja sejak Emma berumur 13 tahun lah.." Emma menepis tangan Puan Anderson dengan lembut
"Tapi mak rasa kamu macam baru saja lahir semalam.. " Puan Anderson membelai rambut anaknya itu
"Jadi boleh tak Emma pinjam kunci kereta?" Emma bertanya lagi. Kali ini dia menunjukkan mata puppy eyes gituw
"Mestilah boleh!" Puan Anderson berdiri dan mendapatkan kunci keretanya di dalam almari "Nah!" Puan Anderson melemparkan kunci kereta itu kepada Emma. Emma segera menyambutnya
"Terima kasih mak. Emma pergi dulu.." Emma melambaikan tangan ke arah Puan Anderson dan berjalan ke luar rumah
"Jangan balik lambat sangat yerr.. " Puan Anderson melambai ke arah anaknya yang telah pun menekan pedal minyak meninggalkan kawasan rumah "Aww anak kecil mak.. "
~Hawaiin Restoran~
"Ada apa awak nak jumpa saya?" Emma bertanya sebaik saja dia duduk di hadapan Max
"Kita pesan makanan lah dulu.. " Max berkata dan segera melambaikan tangan memberikan tanda agar pelayan di situ segera datang
"Nak pesan apa?" Seorang pelayan yang mengenakan topi dan baju restoran bertanya
"Saya nak pizza hawaiin dan beri gadis cantik ini.. " Max mengerling ke arah Emma memberi isyarat agar Emma memberitahu apa yang dia mahukan
"Beri saya brownies.. " Emma berkata
"Baiklah. Satu pizza dan satu brownies. Kamu berdua taknak ice-cream kekasih tak?" Pelayan itu bertanya
"Err tak. Kami berdua bukannya pasangan kekasih pun.. " Emma tersengih
"Maaf kan saya... Ta-tapi kamu berdua memang kelihatan serasi sebab warna baju tu macam disengajakan.. " Pelayan itu tersenyum nakal
YOU ARE READING
Boy In The Woods
Mystery / Thriller[COMPLETED] Achievement~ 🌹2nd of The Uranus Mystery Horror-𝓡𝓮𝓪𝓵𝓰𝓪𝓵𝓪𝔁𝔂𝓪𝔀𝓪𝓻𝓭🌹 Kerana jiwa yang sangat ingin tahu, Emma Anderson (17 tahun) mengambil keputusan untuk menjelajah hutan tebal di belakang rumah barunya. Di dalam hutan itu...