TWO

319 36 0
                                    

"Adakah awak tiada jam di rumah miss Anderson?" Miss Jacie memandang Emma yang baru tiba di depan pintu kelas

"Maafkan saya.. Sa-saya err lambat bangun" Emma tersengih. Mukanya menjadi merah kerana semua orang di dalam kelas memandangnya

"Saya akan lepaskan awak untuk hari ini. Awak boleh pergi duduk"

Emma menghembus nafas lega dan segera menuju ke arah Max dan duduk di sebelahnya

"Lain kali set jam tu betul-betul" Max berkata sambil menahan ketawanya

"Tchh diam lah!" Emma memukul lengan Max

"Baiklah.. Hari ini kita akan mulakan kursus kerja berkumpulan kita. Orang di sebelah kamu akan jadi partner kamu" Miss Jacie menerangkan

"Apa?!" Emma menghentak mejanya. Semua orang menoleh ke arahnya

"Ada apa-apa masalah miss Anderson? Atau.. Kamu nak dapat kosong?"

"Eh.. " Emma terkelu lidah mendengar perkataan kosong.  Mahu tidak mahu dia harus bekerja berkumpulan dengan Max yang sangat lah annoying

"Saya nak kamu cari sebuah sejarah di pekan ni dan bentangkan pada minggu hadapan" Miss Jacie menerangkan

"Baiklah.. "

❄❄❄❄❄❄❄❄❄

"Emma... Beri saya nombor telefon awak!!" Max mengejar Emma yang sedang berjalan menuju keluar dari sekolah

"Untuk?!" Emma mengangkat keningnya

"Kita kan partner... Jadi awak kena lah beri saya nombor telefon awak jadi kita boleh bincangkan sesuatu" Max menerangkan sambil mengeluarkan telefonnya dari dalam kocek hoodienya

"Huhh baiklah... " Emma mengambil telefon Max dan memberikan nombor telefonnya "Tiada apa-apa lagi kan?" Emma menyerahkan telefon Max

"Tiada.. " Max tersenyum menampakkan giginya

"Bagus. Saya pergi dulu!" Emma membuka langkah tetapi dia berhenti tatkala telefonnya berdering

"Hello?"

"Cuma nak periksa kalau ini betul-betul nombor awak haha... " Suara Max kedengaran dari corong telefon

"Huhhh budak tak guna niii!" Emma membuka kasutnya dan segera melemparkan kasutnya itu ke arah Max. Max segera berlari

"Kalau aku dapat kau lain kali ku siaaatttt kauu!" Emma melaung sambil mengambil semula kasut yang dilemparnya

"Hai sayang.. Kenapa muka tu?" Puan Anderson bertanya tatkala anak gadisnya itu masuk ke dalam kereta dengan muka yang masam

"Tiada apa-apa.. Cuma ada seorang budak lelaki di sekolah tuu yang nenjengkelkan betul" Emma berkata dan menjeling ke luar tingkap

"Owh jangan lah macam tu. Kamu tak boleh terlalu benci dekat sesorang tu tau nanti timbul pula rasa suka" Puan Anderson tersenyum nakal

Mendengar saja kata-kata itu, Emma segera membeliakkan matanya. Huhh tidak mungkin dia akan suka lelaki macam itu

"Apasal diam?" Puan Anderson mencuit kecil lengan Emma

"Ishh makk ni!"

❄❄❄❄❄❄❄❄❄

"Kevinnnnn! Helooo Kevinnnnn" Emma berteriak mencari kelibat Kevin di dalam hutan. Entah mengapa hari ini dia berasa terpanggil untuk menemui lelaki itu sekali lagi

"BOO!" Kevin mengejutkan Emma dari belakang membuatkan gadis itu terus melatah

"KEVINNNN!" Emma memukul Kevin dengan kuat

Boy In The WoodsWhere stories live. Discover now