Emma tersenyum di sebalik ciuman. Itulah pertama kali dia rasa seperti betul-betul jatuh cinta. Dia tahu Kevin bukan manusia, tetapi seperti kisah Edward dan Bella inilah kisah cinta mereka
Kevin melepaskan Emma dari dakapannya. Wajah mereka berdua merah menyalah sehingga ke telinga. Kevin memandang wajah Emma, ada sesuatu yang tidak kena
"Emma kenapa dengan bibir awak tu?" Kevin mendekatkan wajahnya untuk melihat dengan lebih dekat
Emma menyentuh bibirnya. Kelihatan darah pekat mula mengalir "Eh.. " Emma kehairanan. Dari mana datangnya darah ini? Dia menekan bibirnya agar darah tidak mengalir lagi sambil cuba memikirkan macam mana dia boleh mendapat luka itu "Ermm Kevin... Cuba awak buka mulut"
Kevin menurut. Emma memegang pipi Kevin dan memeriksa sesuatu. Akhirnya gadis itu tersenyum sambil mengelengkan kepalanya
"Gigi taring awak tajam sangat.. " Emma berkata sambil menyapu bibirnya yang luka
"Hehe maaflah.. " Kevin tersengih
"Takpa.. Bukan sakit sangan pun"
"Betul?"
"Ya. Saya balik dulu erm?" Emma melambaikan tangannya dan mengayuh kakinya kembali ke rumah
*****
"Saya dah balik.. " Emma membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam rumah
"Kamu dari mana?" Puan Anderson bertanya dari meja makan. Dia kelihatan sedang sibuk menyediakan pinggan dan gelas untuk makan malam
"Dari jumpa kawan" Emma berkata sambil mendekati Puan Anderson "Perlukan bantuan?"
Puan Anderson menggeleng "Kamu pergi naik mandi sekarang"
"Baiklah.. "
Emma mendaki tangga ke tingkat atas. Setelah kakinya menginjak lantai di situ, dia terus membuka langkah ke tandas untuk membersihkan dirinya
Dia menghidupkan air panas dan menunggu sehingga air di dalam tab mandi penuh. Emma memberus giginya terlebih dahulu. Ubat gigi yang menyentuh luka di bibirnya terasa menyengat dan agak pedih. Setelah tab mandi telahpun penuh, Emma membuka bajunya dan masuk ke dalam tab
Dia meletakkan sabun yang berbuih ke dalam air. Dia menyabun badannya dan kepalanya. Setelah itu dia mengambil keputusan untuk berendam lebih lama. Dia bersandar dan merehatkan kepalanya. Mata ditutup rapat
Tiba-tiba muncul sebuah tangan. Tangan tersebut menolak kepalanya masuk ke dalam air. Tangan itu terasa sangat sejuk menyentuh mukanya. Emma cuba melawan tetapi tangan itu mula beralih ke bahagian leher dan mencekiknya. Emma membuka mata dan melihat wajah Alice Gilton yang belumuran darah. Senyuman sinis terserlah di wajah Alice. Emma berteriak di dalam air membuatkan air masuk ke dalam mulutnya dan membuatnya semakin sukar untuk bernafas. Lama-kelamaan, pandangan matanya mula menjadi kabur
"Emma.." Puan Anderson mengetuk pintu tandas
Mendengar saja panggilan itu, roh Alice Gilton tiba-tiba hilang. Emma segera bangun. Dia terbatuk membuatkan banyak air keluar dari mulutnya. Emma mula tercungap-cungap mencari nafas
"Emma.. " Puan Anderson memanggil lagi
"Ya! uhuk uhuk" Emma berkata sambil terbatuk-batuk. Dadanya disapu
"Mandi cepat. Makan malam dah siap. Lagipun ayah kamu dah balik ni.. "
"Ya.. " Emma menarik nafas dan melepaskannya dengan tenang. Dia rasa seperti baru saja berjalan menuju ke arah kematian
Dalam beberapa minit, Emma akhirnya dapat bernafas dengan normal semula. Dia segera mendapatkan tuala dan berlari menuju ke biliknya. Baju diambil secara rambang dan dipakai dengan cepat
YOU ARE READING
Boy In The Woods
Mystery / Thriller[COMPLETED] Achievement~ 🌹2nd of The Uranus Mystery Horror-𝓡𝓮𝓪𝓵𝓰𝓪𝓵𝓪𝔁𝔂𝓪𝔀𝓪𝓻𝓭🌹 Kerana jiwa yang sangat ingin tahu, Emma Anderson (17 tahun) mengambil keputusan untuk menjelajah hutan tebal di belakang rumah barunya. Di dalam hutan itu...