EPILOG

291 30 4
                                    

Nombor telefon di dail lagi, lagi dan lagi. Panggilan di sebelah sana tetap tidak bersambut. Caitilin mengetap bibirnya. Kalau dia sampai di rumah Emma nanti di sembelih gadis itu. Katanya sudah janji hendak temannya ke shopping mall tapi sampai sekarang tiada panggilan mahupun chat masuk

"Matahari dah naik takkan masih tidur!" Caitilin bermonolog sendiri sambil langkah kaki tetap di kayuh menuju ke rumah Emma

Setelah beberapa minit dia berjalan, akhirnya dia tiba di depan pintu rumah Emma. Loceng pintu ditekan berkali-kali. Tapi tiada tanda orang akan membuka pintu. Caitilin mengetap bibirnya lagi

Dia melihat ke tempat letak kereta. Kesemua kereta keluarga Anderson ada di situ, tidak mungkin mereka jalan

"Hello... Emma, Puan Anderson, Jaxon... " Caitilin mengetuk pintu. Tetap tidak bersambut. Kerutan bergayut di wajahnya. Hatinya berasa sesuatu yang aneh. Caitilin akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan ke arah tingkap

Dia berjengket sedikit untuk melihat ke dalam rumah. Setelah dia dapat melihat suasana di dalam rumah, matanya terus terbungtang luas. Jantungnya berdegup sekencang-kencangnya. Langkah kaki pun dibuka dengan sangat laju memutar tombol pintu rumah yang tidak berkunci dan masuk ke dalam

"PUAN ANDERSON, JAXON!" Caitilin terlebih dahulu mendapatkan puan Anderson dan Jaxon yang diikat menggunakan dawai besi. Mata mereka terkatup rapat. Caitilin sedaya upaya membuka dawai yang mengikat dua beranak itu

Setelah dawai itu dapat dibuka, Caitilin memeriksa nadi mereka. Masih ada.. Cuma.. Lemah! Caitilin segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor '911'. Dia kemudian menoleh ke arah Encik Anderson. Dia tidak dapat bertahan lagi, teriakan terus bergema di segenap pelusuk rumah tatkala melihat Encik Anderson yang telah mati dengan kesan tikaman yang dalam

* * *

Beberapa pegawai polis sibuk memeriksa dan mencatatkan sesuatu. Dua orang petugas ambulance sedang mengangkat mayat Encik Anderson keluar dari rumah menggunakan sebuah beg mayat

Caitilin kini sedang duduk di dalam ambulance tempat di mana Puan Anderson dan Jaxon sedang diberikan alat bantuan pernafasan. Mereka telahpun sedar cuma berada dalam keadaan terkejut. Ataupun lebih senang dikatakan trauma

"Boleh saya tanya puan dan cik beberapa perkara?" Seorang inspektor polis menegur mereka

"Err.. Ya" Caitilin berkata manakala Puan Anderson hanya menganggukkan kepalanya

"Nama saya Inspektor Daniel. Boleh saya tanya sebab apa cik datang ke sini?" Inspektor Daniel mengajukan soalan kepada Caitilin

Caitilin menceritakan niatnya datang ke rumah keluarga Anderson itu. Iaitu hendak bertemu Emma

Mendengar sahaja nama Emma, Puan Anderson terus menoleh ke kiri dan ke kanan. Wajahnya terpampang kerisauan

"MANA EMMA?!" Puan Anderson bertanya dan pada masa itu juga dua orang pegawai ambulance keluar dari rumah bersama mayat Emma yang telah di letakkan ke dalam beg mayat

"EMMA!" Puan Anderson terus berlari mendapatkan beg mayat anaknya. Jaxon pula segera membuka alat bantuan pernafasannya dan turut membuka langkah mengikuti ibunya

Di situ dua beranak itu menangis. Puan Anderson melihat mayat suami dan anak gadisnya silih berganti. Dia meraung dan kelihatan seperti hendak pengsan lagi. Jaxon segera membawa ibunya ke dalam dakapannya

"Maafkan saya Puan, tapi kami harus bawa mayat-mayat ini ke hospital untuk proses bedah siasat" Kata seorang pegawai ambulance. Puan Anderson tidak mengangguk tidak juga menggeleng. Hanya sekadar membiarkan mayat orang yang disayanginya di bawa pergi

Caitilin dan Inspektor Daniel yang berasa berasa kasihan terus menolong Jaxon dan Puan Anderson kembali ke dalam ambulance

"Saya minta maaf atas kehilangan Puan. Tapi saya harap puan dapat memberi kerjama dengan memberitahu kami apa yang telah berlaku" Inspektor Daniel menegaskan

"Saya tak tahu. Saya tidak ingat apa-apa kecuali ketika saya tersedar dalam keadaan diikat dengan dawai besi. Saya lihat seseorang, tak dia bukan manusia. Dia seperti makhluk yang mengerikan. Dia... Dia kata dia datang untuk membalas dendam atas kematian.. " Puan Anderson terhenti bicara teringat akan cerita yang didengarnya walaupun dia tidak berani membuka mata pada malam itu

"Ya?" Inspektor Daniel menunggu kata-kata seterusnya

"Dia kata suami sayalah yang bertanggungjawab atas kematian Alice Gilton dan dirinya!" Puan Anderson menerangkan dengan jiwa yang runtuh. Tidak di sangka suaminya itu pernah melakukan perkara yang sangat keji

Inspektor Daniel dan Caitilin terbejat bicara. Tidak percaya akan apa yang di ceritakan. Inspektor Daniel pun terus membuat panggilan

"Tolong bawakan saya fail kes rogol dan bunuh Alice Gilton" Dia berkata

* * *

Pagi itu kelihatan sangat cerah. Tetapi pagi yang cerah itu tidak dapat menerangkan duka di dalam hati semua orang di tapak perkuburan yang menghadiri pengebumian Encik Anderson dan Emma

Berita tentang kejadian itu telahpun di sebarkan. Malah kes pembunuhan rogol dan bunuh Alice Gilton juga turut di buka semula. Beberapa berita dan media semuanya menggunakan tajuk 'Adakah betul dia adalah dalang pembunuhan tersebut?' dan 'Si mati datang menuntut kembali'. Semua tajuk tersebut berjaya mencuri hati orang ramai. Para pegawai polis kini sedang menyiasat semula kes Alice Gilton dan kehilangan Kevin Gilton

"Berehatlah dengan tenang.. " Puan Anderson berkata sambil meletakkan gambar Emma dan Encik Anderson di batu nisan mereka yang telahpun menjadi saksi akan pemergian mereka

Setelah itu, Puan Anderson mendapatkan Jaxon dan memeluk anaknya itu

Setelah proses pengebumian tamat, semua orang akhirnya berjalan pulang menuju ke rumah masing-masing. Kesemuanya memberikan salam takziah sebelum beredar. Lama-kelamaan, tapak perkuburan semakin lenggang dan Puan Anderson serta Jaxon merupakan orang yang terakhir pulang

Kini tapak perkuburan kembali sunyi. Dalam kesunyian itu, di jalan masuk hutan yang bersebelahan dengan tapak perkuburan... Kelihatan seorang lelaki berbaju putih. Air matanya keluar membasahi pipi

"Saya minta maaf Emma.. " lelaki itu sujud ke tanah. Dia bertukar menjadi debu dan dibawa pergi bersama tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa

~TAMAT~

Boy In The WoodsWhere stories live. Discover now