ELEVEN

208 26 0
                                    

"Alice, sini!" Jeff memanggil mengisyaratkan agar Alice duduk bersamanya di meja makan. Alice mengangguk dan mendapatkan Jeff

"Hai.. " Alice tersenyum dan duduk di sebelah Jeff. Dia kemudian memandang ke arah Simon, Zach dan Tom yang menjamu makanan di depannya. Mata ditajamkan memandang mereka "Err kita pernah jumpa kah? Saya rasa seperti pernah nampak kamu bertiga" Alice bertanya sambil meneliti muka mereka

"Ehh tak pernah, kita baru jumpa hari ni lah!" Tom bersuara. Zach dan Simon mengangguk mengiyakan. Mereka kemudian membisu dan menundukkan kepala kerana takut kalau Alice mengenali mereka iaitu orang yang membuli abangnya malam semalam

"Jadi.. Alice mana abang awak?" Jeff bertanya. Simon tersedak dan segera beredar. Zach dan Tom ingin berbuat benda yang sama tetapi Jeff memberikan isyarat maut membuatkan mereka berdua kembali duduk

"Abang saya kat rumah. Sakit. Saya rasa dia terlalu terkejut sebab kena ugut semalam" Alice menjelaskan

"Owh. Boleh tak saya pergi lawat dia lepas sekolah ni?" Jeff bertanya dengan penuh teruja. Perkataan 'melawat' hanya dijadikan alasan agar dia dapat meluangkan lebih masa bersama Alice

"Awww baiknya awak" Alice memandang Jeff dengan mata puppy eyes. Zach dan Tom yang mendengar kata-kata Alice terus ketawa kecil. Bila masa pula kapten mereka itu baik? Nakal menggaban adalah!

Melihat saja perlakuan Tom dan Zach, Jeff melontarkan pandangan maut sekali lagi. Zach dan Tom segera menunduk dan menghabiskan makanan mereka. Takut kalau-kalau mata maut itu tiba-tiba bertukar menjadi penyebab kematian mereka pada hari itu

"Jadi boleh tak saya pergi?" Aju Jeff lagi. Alice mengangguk "Terima kasih. Saya tunggu awak kat depan sekolah ok?"

"Baiklah"

🍂

"Jadi apa alamat rumah awak?" Jeff bertanya sambil memasang tali pinggang

Alice turut memasang tali pinggangnya dan memberitahu Jeff alamat rumahnya. Setelah mendapat alamat, Jeff segera menekan pedal minyak menuju ke rumah Alice

15 minit kemudian

"Ini rumah awak kan?"

Alice mengangguk dan membuka tali pinggangnya. Jeff berbuat benda yang sama. Kemudian mereka berdua berjalan secara beriringan menuju ke pintu depan rumah

"Saya dah balik" Alice memutar tombol pintu dan masuk ke dalam. Jeff mengikutinya

"Kamu dah balik sayang?" Puan Gilton mendapatkan anak gadisnya itu dan memeluknya "Dan siapa pula lelaki tampan ni?" Dia bertanya dan memeluk Jeff. Sebagai lelaki yang ingin dianggap gentleman, Jeff membalas pelukan Puan Gilton

"Kamu teman lelaki Alice ek?" Puan Gilton tersenyum nakal dan memeriksa Jeff. Mendengar pertanyaan itu, muka Alice dan Jeff terus bertukar menjadi merah

"Makkk!" Alice memukul lemah lengan Puan Gilton dan tunduk meminta maaf kepada Jeff

"Teman lelaki kamu kan?" Puan Gilton bertanya lagi. Senyumannya semakin nakal

"Eh tak lah puan. Saya datang cuma nak lawat anak puan, Kevin" Jeff tersengih

"Aww caringnya. Kamu masih single tak? Pernah fikir untuk jadi teman lelaki Alice?" Soalan demi soalan diajukan. Muka Jeff sudah merah hingga ke telinga

Boy In The WoodsWhere stories live. Discover now