SIX

231 28 4
                                    

"Max?" Emma mengerutkan wajahnya tatkala melihat Max berada di hadapannya. Dia segera duduk dan melihat sekeliling. Dia kini berada di dalam biliknya "Apa yang dah jadi?" Dia bertanya sambil cuba mengingati apa yang berlaku

"Puan Anderson kata awak pengsan kat shopping mall"

Mendengar saja penjelasan daripada Max, barulah Emma teringat apa yang telah terjadi. Dia... Dia telah di datangi oleh seorang gadis, gadis yang berlumuran dengan darah semasa dia mencuba baju di bilik persalinan

"Awak okay?" Max bertanya tatkala melihat Emma mendiamkan diri

Emma tersentak dan segera mengangguk "Ya.. Sa-saya okay"

"Awak pasti?" Max bertanya sambil menggenggam erat tangan Emma. Riak wajahnya kelihatan sangat risau

"Ya.. Terima kasih sebab ambil berat tentang saya" Emma mencuba untuk menarik bibirnya agar tersenyum. Fikirannya masih melayang tentang kejadian tadi 'Apa sebenarnya yang di mahukan gadis itu? Apa yang sebenarnya yang cuba ditunjukkan oleh Alice? Apa kena mengena gadis itu dengan dirinya?' Persoalan bersahut-sahutan di fikiran Emma

"Awak nak apa-apa tak?.. Saya boleh tolong ambilkan.. " Max bersuara

"Tak terima kasih... "

"Kalau macam tu saya balik dulu.. " Max melepaskan tangan Emma dengan perlahan. Dia kemudian berdiri dan membuka langkah kaki untuk beredar dari situ

"Err Max.. " Emma memanggil. Max menghentikan langkah kakinya dan menoleh ke arah Emma

"Ya?"

"Saya betul-betul gembira sangat sebab dapat teman lelaki yang baik macam awak.. " Emma mendapatkan Max dan memeluk lelaki itu

"Jumpa awak kat sekolah esok" Max membalas pelukan Emma dan berjalan ke tingkat bawah

'Emma.. Tolonglah tinggalkan lelaki itu' Suara Kevin kedengaran

'Tak.. " Emma berjalan ke arah tingkap "Betul ni Kevin, tolong tinggalkan saya sendirian!"

❄❄❄❄❄❄❄❄❄

~Malam Prom~

"Silakan tuan puteri.. " Max membuka pintu kereta untuk Emma dan menghulurkan tangannya. Emma menyambut tangan Max

"Awak pandai menari?" Emma bertanya

"Kalau nak jadi Raja dan Ratu malam prom kena lah pandai menari kan?" Max tersenyum "Cepatlah.. " Dia membawa Emma sehingga mereka masuk ke dalam dewan tempat di mana majlis diadakan

"Nak air?" Tanpa menunggu jawapan Max melepaskan tangan Emma dan menuju ke meja makanan

"Jadi awak dengan Max?" Caitilin seorang rakan kelas fizik Emma bertanya

"Ya.. Awak pula dengan siapa?"

Caitilin menunjukkan jari telunjuknya ke arah seorang lelaki yang sedang berbual dengan beberapa orang rakannya di hujung dewan

"Hey Caitilin.. " Max menegur Caitilin. Dia menghulurkan secawan air kepada Emma dan menarik gadis itu ke dalam dakapannya

"Hey Max. Saya tak tahulah pulak kamu dua ni kekasih. Fikir teman prom sahaja" Caitilin berkata

"Mungkin sebab ada orang tu taknak tunjukkan betapa rapatnya kami ni" Max merenung ke arah Emma

"Owh Haha... Baiklah, mungkin saya harus panggil teman menari saya. DJ dah sampai tu" Caitilin melambaikan tangannya dan meninggalkan Emma dan Max

"Awak dah habis minum?" Max bertanya

"Ya.. Kenapa?"

"Cepatlahhhh.. Kita kena masuk lantai tari!" Max meletakkan cawan Emma di atas sebuah meja dan menarik gadis itu ke lantai tari. Sebaik sahaja mereka memijakkan kaki mereka di lantai tarian, lagu Lana del Rey, Prom Night berkumandang

Boy In The WoodsWhere stories live. Discover now