Prolog
"KENAPA hati kau busuk sangat, hah?! Kau dengki dengan semua perempuan lain apesal? Dah buruk tu, sedarlah diri. Tak payahlah kau semak sangat nak menyempit dengan awek-awek cantik tu! Kau masih tak sedar lagi ke muka kau patut jadi alas tapak kaki, aku je bodoh! Kau tak sedar lagi, ke?!" Jerkahan demi jerkahan terpaksa aku tadah. Bibir lelaki di hadapanku meludah sinis hampir mengena pipiku.
Aku mengelak dan mataku terus terjegil besar. Empangan di dalam kelopak sedang memberat, sehingga setitik air mata jatuh terkeluar tanpa aku rela.
Lelaki ini kejam. Rasa suka aku selama ini aku simpan bertukar benci yang teramat sangat. Aku rasa bodoh pernah terdetik mempunyai perasaan sekelumit untuk dia. Dia tak layak untuk aku sanjung. Dia lelaki durjana!
Dahi aku ditunjalnya sesuka hati.
Aku undur setapak, tangan aku kepal tahan amarah. Kalau aku tiada sabar, dah lama aku belasah lelaki ini.
"Memang aku dengki dengan dorang! Memang aku sakit hati sebab dorang cantik sedangkan aku hitam, buruk, hodoh! Tapi, itu bukan boleh jadikan alasan untuk kau hina aku! Aku tak pernah kacau kau! Aku tak pernah, syaitan!" Aku menjerit macam orang gila.
Banyak mata memandang kami berdua. Ada yang ketawa dan tidak kurang juga ikut mempersendakan aku.
"Kau kacau Tia, kau nak kawan dengan dia. Tu dah kira kau kacau aku, bodoh! Aku takut kau palit lumpur kat kekasih aku! Aku nampaklah bodoh, kau cuba-cuba apa-apakan dia. Kau cuba tolak dia, kau cuba rosakkan baju dia dengan pura-pura langgar dia, si**!"
Kini, dada aku ditolak kuat sehingga aku terjatuh. Sakitnya punggung aku tak dapat aku gambarkan bagaimana. Ye, aku mengaku semuanya betul. Aku dengki dengan Tia. Aku cuba rosakkan baju tak cukup kain dia tu sebab aku geram dia tayang semuanya semata-mata nak menggatal dengan lelaki. Dan aku, pernah sekali pakai baju sebegitu, semua lelaki pandang aku pun tidak mahu. Malah pernah ada mencemuh aku.
Aku tak nak terus-terusan dihina, terus aku bertukar pakaian dengan memakai baju bertutup, cukup labuh. Bertubuh labuh, dan berjubah hampir menyeret lantai supaya aku dapat menarik perhatian lelaki alim pula. Namun, tiada seorang pun lelaki berani mendekati aku.
Aku tiada peneman hidup langsung. Yang aku ada hanyalah sahabat aku yang telah meninggalkan aku. Dia dah keluar kolej akibat masalah disiplin yang pernah dia lakukan sebelum ini. Dia mencuri, dan kena cekup sampai dibuang kolej.
Aku tinggal seorang diri. Macam monyet kehilangan mak. Tiada tempat bergantung, tiada tempat untuk mengadu, tiada tempat aku luahkan kesakitan selama ini aku tanggung. Semuanya kosong. Sampailah aku bertindak gila, mengacau budak perempuan hot seperti Tia untuk tarik perhatian jejaka idaman aku.
Namun, belum dapat aku tunaikan semuanya. Aku diperlakukan seperti haiwan. Aku macam bukan manusia lagi, dihina sesuka hati seperti aku ini tidak layak dipanggil manusia gara-gara wajahku yang tidak cantik dan hodoh ini.
Ya Allah, berdosakah aku dilahirkan begini?
Dan... aku sentuh pipi belah kanan aku yang telah diludah oleh jantan itu. Untuk panggil nama pun aku jijik, aku geli! Manusia syaitan!
Sanggup dia ludah aku?!
"Hei, sekali lagi kau dekat dengan Tia! Aku rogol kau depan khalayak ramai! Baru kau tahu harga diri kau kat mana, bodoh! Aku nak kau berambus dari mata aku! Berambus, sekarang!"
Dia menyepak kakiku, lalu dia tarik tudung labuh aku sampai tertanggal.
Terdengar ketawa berdekah-dekah oleh orang ramai. Yang paling kuat lagi, siapa lagi kalau bukan jantan tu!
Rambut aku dicengkam kuat sehingga aku terdongak.
Mata dia mencerlung menikam seperti ada bara api. Dia macam ingin bunuh aku sekarang juga.
Aku terjerit ingin dilepaskan.
"Lepaslah, bodoh! Lepas!"
"Kau nak sangat, lepas kan?! Nah, kau cium telapak kaki aku ni. Aku nak kau ingat sampai mati, kau tak layak untuk semua jantan kat dunia ni. Kau patut mati! Mati!" Dia sembamkan muka aku ke kasut kulit berwarna hitam. Dihentak bibirku ke tanah bersilih dengan kasutnya.
Ya Allah. Kenapa takdir aku kejam begini?
Aku bersumpah, jikalau takdir sekali lagi temukan kami. Tidak akan sesekali aku hormat dia, aku akan lawan sekuat hati tidak lemah seperti sekarang. Kau musuh aku, Ash!
Writer's comment : Ash ni patut di bunuh aje kan?
YOU ARE READING
𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 | √
Romance🏆 The Best Action | Patahan Ranting Awards 2020 🏆 Vote Terbanyak Winner | Patahan Ranting Awards 2020 Dikenali sebagai That Man Is Evil Amaran : ⚠️Depressing and Insane love story ⚠️ Ash, Dia jejaka yang sempurna dari segi luaran. Dia mempunyai s...