Bab 18

3.4K 249 127
                                    

"What are you doing, Ara?" Bahuku disentuh tiba-tiba. Kelam kabut aku kakukan tubuh. Tak tahu hendak membuka mulut ataupun tidak.

Aku rasa seram semacam. Kalau Tia masih hidup? Apa motif Ash ganggu aku? Kenapa dia cakap Tia mati? Apa muslihat dia?

"My phone, kenapa jatuh? Kau buat apa dengan handphone aku?" Tidak tinggi nada itu, namun aku kecut jugak. Aku dah mula terbayang lelaki depan aku ni psycho, bukan lagi syaitan. Mana tahu Ash betul-betul mental?

"Aku tanya ni. Kenapa handphone aku kat lantai? Kau dengar atau buat pekak. Kau nak aku ulang soalan dengan cara lain ke, Ara?"

Aku paling wajah, tepat mata kami bertemu disimbahi dengan cahaya suram. Walaupun kurang jelas, air muka Ash tenang. Tidak seperti yang kusangka. Aku fikir matanya akan berbara menerkam dasar mataku ini.

Dia kemudiannya, berlutut menghadap aku, rapat. Dia menekan bahuku, seakan mengunci pergerakanku.

"Lepaslah!" Aku cuba menolak tangannya, rimas! Aku nak lari dari semua ini. Aku takut untuk mengetahui kebenaran tentang mengapa Ash berbuat begini kepadaku sehingga aku dan dia terikat dalam ikatan sia-sia. Kahwin kerana tangkap basah! Dan, entah-entah dari awal Ash merancang segalanya.

"Asal kau guna handphone aku?"

Aku diam, mencerlung tajam ke arah dia. Aku tak nak menjawab soalan dia. Aku tak nak!

Dia menunduk, handphone di lantai di ambil. Pantas, dia tayang skrin handphone yang tertera nama Princess di bahagian panggilan.

"Apa ni? Kau jawab call?"

Aku kemam bibir. Mata mengarah ke lain. Masih berdegil tidak mahu mengaku.

"So, kau dah tahulah Tia. Tia masih hidup?"

Suasana jadi sunyi lain macam selepas itu. Dari ekor mata, aku nampak dia dah berlalu duduk di sofa sebelahku.

"Kau nak tahu atau tak pasal Tia."

Aku tarik nafas dan hembus. Sejujurnya, aku ingin tahu segalanya tentang kisah mereka. Yang paling mengganggu fikiranku, kenapa Tia masih hidup?

"Aku anggap kau nak tahu even kau membisu macam ni. Yes, Tia masih hidup. Sihat walafiat. But, Tia sekarang bukan Tia yang dulu. She different."

Aku keliru, namun dengarkan juga. Berdebar juga menanti setiap bait yanh keluar di bibir Ash. Dia lain macam mana?

"Kau nak tahu kenapa dia berubah?"

Jeda. Aku toleh dia, dia turut pandang aku. Lama, sehingga aku memandang ke lain. Aku jadi kekok kerana tanpa tak sengaja, ada aliran kekecewaan tersinar dari matanya yang dapat aku tangkap tadi.

"Muka dia dah lain. She have plastic surgery and now..."

"Hah? Seriuslah?" Aku menyoal tanpa sedar. Sebab tak sangka gila kut, Tia yang cantik bentuk paras sempurna itu menjalani plastic surgery. Masih tak bersyukur lagi ke dengan kurniaan Tuhan?

"Yes, accident tu beri impak besar pada dia. Muka rosak, dan... Something that I can't imagine. Dia..."

Dari jarak ini, aku perhati dia tengah termenung seperti tiada tanda untuk menyambung kata. Berat sangat ke hendak dia cerita?

"Dia perempuan s***! Bodoh! Kau nak tahu betina tu keguguran! Paling tak guna, itu bukan anak aku sebab even perangai aku sesetan tahap mana pun, aku tak pernah nak rosakkan anak dara orang lagi-lagi perempuan yang aku cinta. Tapi, dia sedap-sedap je jadi betina murah! Dia tak layaklah dipanggil perempuan. Layak jadi betina. Terlalu murah!"

Aku terkedu. Sungguh tak menyangka itu yang berlaku. Keadaan Ash yang sedang meramas rambut dan meringkukkan badan itu menambah gerun di dada.

"Aku kecewa macam nak bunuh diri masa tu. Tapi, aku bengap! Bodoh semua ada dalam diri aku sebab aku berlagak biasa depan dia. Demi tengok dia sihat semula. Aku selalu teman dia kat hospital, tengok perkembangan dia. Bayaran hospital semua aku tanggung. Everything aku buat untuk dia, sampailah satu hari ni. Aku terserempak dia berbual dengan sorang jantan ni. Aku spy dorang, guna orang suruhan aku. So, everything is reveal. Dia dengan jantan s*** tu ada hubungan lebih lama daripada hubungan aku dengan Tia. Kau nak tahu apa aku buat? Aku buat plan nak bunuh jantan tu. Tapi, plan aku menjadi tanpa ada aku sebab dia kemalangan dan mampus. Sejak hari tu, Tia mulalah mengendeng aku ke mana-mana aku pergi."

Aku cuba jarakkan tubuh, jadi tak selesa dan gerun kerana tingkah Ash macam dah lain. Sekejap ketawa sekejap menyumpah. Aduh, kesian betul kena sawan.

"Kalau ikutkan hati, dah lama aku bunuh Tia. Tapi itulah, dia tu dah mental sikit aku tengok. Kadang pelik tengok perangai dia. Kadang tu menangis tiba-tiba, so aku jadi tak sampai hati. Even busuk perangai dia kalah nanah berdarah, aku tak sanggup tengok dia sorang-sorang. So, aku layankan dia macam biasa sebagai kawan je. Dia pun kerja tempat aku, aku terima sebab kesian."

"Kerja tempat kau? Tapi, tak nampak pun?"

Kepalaku kembali mengimbas semula wajah-wajah yang pernah kulihat sepanjang kerja di sana. Wajah Tia tidak aku jumpai. Eh, stop! Bukan ke muka dah lain?

Ash tergelak.

"Kau punya bodoh tak boleh simpan sikit? Dah aku cakap muka dah lain, macam mana kau nak kenal."

Aku tahan aje sakit hati dipanggil bodoh.

"Kau rasa Tia siapa?" Sinis dia menyoal, tangannya merayap di bahuku tiba-tiba.

Serius, terkejutnya macam nak kasi tumbukan padu je.

"Mana aku tahu. Kau lepas boleh, tak!"

"Manja dengan isteri pun tak boleh? Hmm?" Gemersik suaranya merayap di telinga. Hembusan nafas hangat menampar pipi belah kiriku. Oh Mai! Apa kena dia ni?

"Nak tahu tak, dia siapa?"

Aku cuba meronta melepaskan diri, dia pula mengetatkan posisi memeluk bahuku. Kepalaku kini menetap elok di dadanya. Degupan dia dapat aku dengari laju.

Eee, apa benda seyh? Apa ni? Apa ni? Kenapa laju sangat jantung dia, dah nak masuk kubur ke, apa?

"Dia, Lya. Betina tak guna tu. Sebab tu, aku kahwin dengan kau. Supaya kau tak jadi mangsa dia macam perempuan sebelum ni."

Eh? Mangsa? Mimpi buruk apekah?

...

Writer's comment : Teaser setakat bab ni ye, jika nak baca sila baca di novelplus.

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now