Bab 8 : Hina sangat ke?

4.3K 278 103
                                    

Bab 8

"Puan, bangun..." Aku pejam mata, pura-pura tidur. Aku tahu tu suara nurse, tadi pagi aku dah tersedar dan nak gerak pun badan tak terdaya. Bila termenung memikirkan masalah besar yang bakal aku hadapi, terus aku terlelap sendiri.

Masalah besar betul sebab, aku masuk hospital. So, aku kena bayar bil hospital. Matilah aku nak cekau duit kat mana? Aku dah takde apa-apa dah ni. Hanya tambang duit bas sahaja ada dalam tabungan di dalam rumah. Ya Allah, macam mana aku nak hadap nanti. Nak keluar hospital macam mana?

"Sepatutnya Puan ni boleh bangun, tapi peliknya saya dia tak bangun-bangun dari semalam. Pening saya, Kak Min." Sayup-sayup suara itu menjentik telinga. Gerun juga aku mendengar. Maafkan aku, nurse. Aku terpaksa. Tolonglah kau fahami aku.

"Takpelah, malam nanti bangunlah dia. Tak payah risau, bukan parah sangat luka dia." Sambung suara yang lain. Tidak lama kemudiannya, suara itu menghilang bersama derap kaki mereka.

Aku buka mata perlahan. Tekak ni rasa perit sangat, hausnya tak tahu nak cerita macam mana. Perut pun menjerit-jerit lapar. Aku pukul perut yang degil. Kau jangan lapar, kau tu takde duit! Marahku sendiri. Aku pandang sekeliling, semua pesakit pakat tidur. Mataku terarah di jam dinding.

3.30 petang. Patutlah semua beria tidur, waktu melawat pun dah lama tamat. Perut mereka pun kenyang tidak seperti aku. Nasiblah badan jadi orang miskin macam ni.

...

Aku meronta minta dilepaskan oleh pengawal keselamatan. Suasana jadi riuh apabila aku suara pengawal kuat menengking aku. Ini gara-gara aku memakai baju hospital dan berusaha keluar tanpa bayar bil hospital.

"Apa yang kecoh sangat ni?" soal nurse yang melintas dihadapanku. Dia bercekak pinggang dengan muka bengis. Kecut perutku melihat riaknya. Aku terus tertunduk kaku, lemah segala sendi itu meronta. Apa lagi hendak aku lakukan lagi? Nak minta aku bayar, aku tak mampu. Apa lagi yang patut aku lakukan, Ya Allah?

"Perempuan ni nak lari, tak nak bayar bil hospital. Lepas tu sibuk nak lari, meronta dan menjerit macam orang gila. Teruk betul perangai, seteruk muka dia," bebel pengawal lelaki itu. Mulut dia pedas semacam, aku tahu dia meradang sebab aku sempat tumbuk muka dia tadi. Takut punya pasal sebab dia tarik tubuh aku.

"Apa masalah Puan ni? Susah sangat nak bayar? Berapa sangat sampai tak boleh bayar, ni?" Aku telan liur pahit. Apa hendak aku jawab? Nampak sangat aku hina sekarang ini, tak ada apa yang dapat aku katakan untuk memberi penjelasan tentang perkara sebenar aku. Kenapa malang sangat nasib aku? Nak minta tolong orang pun, tak tahu siapa. Minta tolong Ash? Huh, dia dah kemana pun aku tak tahu, mungkin dah dirawat di hospital swasta. Orang kayalah katakan.

"Rm30 pun Puan tak boleh bayar? Apa yang Puan merepek ni? Kalau tiada duit sekalipun call sesiapa, biar saya call keluarga Puan."

Aku diam tidak menyahut. Keluarga? Mak ayah aku dah takde. Macam mana nak contact? Keluarga mak ayah pun dah tak nak kesahkan hidup aku, tiada siapa pedulikan aku. Apa perlu aku buat? Rasa hendak menangis tetapi aku malu ingin meminta simpati sesiapa.

"Nurse Nis, apa jadi ni?" Keluar suara entah dari mana. Aku masih malu hendak angkat muka.

"Hmm, ni Puan ni tak nak bayar bil hospital. Setakat rm30 pun tak nak bayar. Pening saya fikir, doktor Rizq."

"Eh, awak sebagai nurse kasilah privasi sikit tanya dia elok-elok, bukan depan semua orang. Malulah dia. Macam mana dia nak terangkan kalau bingit macam ni."

Tersentak. Allah. Aku tak tahu kenapa ada aliran sentuhan debar berada dalam dada. Tidak menyangka ada juga yang masih mahu prihatin kepadaku dan ada juga mahu berada di pihak aku.

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now