Mataku sudah menjajau mencari sesuatu. Aku perlu selamatkan Lya. Itu tekadku. Tubuhku menggigil kerana ketakutan membayangkan Lya bakal diratah oleh lelaki jahanam itu.
Tidak fikir panjang, aku mencapai batu sederhana besar, kebetulan bergolek di hujung kasutku. Tanganku terketar-ketar cuba mengangkat tinggi-tinggi batu separa kepala, ingin menghentam ke atas kepalanya. Namun, belum sempat batu itu mencecah rambutnya, ada tangan kekar lain menarik tubuhku secara drastik.
Aku terpekik terlolong macam orang tidak siuman, meminta pertolongan. Merenik air mataku laju menuruni pipiku yang cengkung, tatkala menjamah figura Lya dikerumuni dua lagi lelaki bertubuh sasa, besar dan tinggi.
Ya ALLAH, selamatkan Lya!
Aku mohon, selamatkan dia!
Aku meraung dalam hati, bersungguh.
“Lepaskan aku, setan! Lepaskan! Kau jangan cuba apa-apakan Lya! Kalau kau sentuh dia, siap kau! Aku bunuh kau! Aku bunuh!” Aku memaki hamun sambil meronta-ronta dengan sepenuh tenaga yang aku ada. Lelaki berkumis tebal itu mencampakkan muka bengisnya, terus sahaja dia menghempas aku sehingga aku terjelopok jatuh di tepi jalan.
Sakitnya, Ya Allah. Aku cuba bangun, tetapi kesakitan yang menular di tulang punggungku tidak terkira. Sungguh zalim jantan itu, tiada peri kemanusiaan langsung! Durjana!
Bibir lelaki itu bergerak dan tercarik senyuman jahat. Dia mendekati aku secara dekat dan akhirnya hampir kepadaku.
Aku mencuba melawan sakit ini semampuku dengan berundur kebelakang sedikit demi sedikit. Aku tak rela menjadi habuan dia! Aku tak rela!
Panggg
Tidak semena-mena pipiku ditampar kuat. Pipiku terasa berpijar, sakitnya bukan kepalang. Pedihnya bukan sedikit, terlalu menyengat sampai rahangku kebas.
Panggg
Sekali lagi, pipi belahku dijadikan habuan tangannya tanpa rasa kasiha. Malah, dia menyeringai tawa sehingga bergema bunyi ledakannya di kawasan lorong ini.
“Sedap? Kau nak lagi?” Suara garau milik lelaki jahanam di depan mataku mula meninggi. Hampir pekak telingaku menerima jerkahannya. Aku menggeleng lemah, tidak mampu bersuara. Aku sungguh mahumelawan, namun kudratku seakan sirna dalam sekelip mata. Mengapa aku selemah ini?Tudung yang membaluti kepalaku direntap kasar, tidak cukup itu dia terus merentap rambutku sehingga ada helaian rambutku terurai di celahan jarinya. Gigiku terketap kuat, menahan gigilan gara-gara ketakutan yang membelenggu diriku. Ya Allah, selamatkan aku daripada nafsu serakah manusia bertopengkan syaitan ini! Aku mohon.
Dengan daya yang aku paksa kerah, punggungku cuba aku engsot ke tepi, namun ianya sia-sia kerana rambutku ditarik sehingga wajahku terdongak ke atas. Aku tahu, kini tiada jalan untuk aku larikan diri. Laju air mataku merembes keluar menangisi malapetaka buruk yang bakal berlaku kepadaku.
“Kenapa muka kau buruk sangat? Eee, jijiklah aku nak rogol kau! Geli! Tapi takpe, aku tak kesah asalkan aku dapat benda alah lain. Mana tahu lepas rogol kau, aku dapat korek buah pinggang kau. After that, organ kau yang lain. Hahahaha, kayalah aku lepas ni!”
Dia ketawa berdekah-dekah, mungkin sudah membayangkan perkara kejam itu dilakukan kepadaku. Rambutku dia perlakukan macam binatang, terhuyung hayung haying tubuhku tidak dapat melawan. Peritnya kulit kepala, macam nak tercabut helaian demi helaian rambutku kerana perlakuan kasarnya. Aku menangis semahuku, tak tahu untuk pertahankan diri aku lagi bagaimana, andai riwayatku berakhir di sini. Izinkan aku berdoa. Ya Allah, selamatkan Lya, dan korbankanlah sahaja aku jika ini takdir yang tertulis. Aku rela, kerana dari awal aku sedar aku tidak layak menumpang hidup di bumi ini. Tiada apa yang tinggal lagi di sini melainkan kesengsaraan di caci, di hina dan dipersendakan oleh semua orang di sekelilingku. Namun, kau hadirkan Lya walaupun itu cuma sebentar. Dapatlah juga aku merasai perasaan mempunyai teman. Oleh itu, Ya Allah. Aku mohon jangan hapuskan insan sebaik dia, biarkan sahaja riwayatku sahaja tamat. Itu permintaan terakhirku.
YOU ARE READING
𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 | √
Romance🏆 The Best Action | Patahan Ranting Awards 2020 🏆 Vote Terbanyak Winner | Patahan Ranting Awards 2020 Dikenali sebagai That Man Is Evil Amaran : ⚠️Depressing and Insane love story ⚠️ Ash, Dia jejaka yang sempurna dari segi luaran. Dia mempunyai s...