Bab 19 : Jangan!

4.2K 238 159
                                    

Tak disangka kepala aku ditolak kuat sampai terhentak kepala aku di sofa. Berkerut aku, sambil itu aku gosok belakang kepala. Sakitlah sikit walaupun tak kuat mana hentakan tu.

"Tak boleh lah lama-lama peluk kau. Feeling dia macam tengah peluk monyet tahu tak. Ish, geli aku. Kau ni pun satu, bengap tak boleh diajar. Kau nak percaya sangat kenapa pasal aku nak selamatkan kau daripada Tia. Memang tak lah itu berlaku. Aku dah cakap awal-awal kan, kau dengan aku kahwin untuk kau lunaskan hutang kau pada aku. Itu pun masih lagi bodoh tak ingat-ingat!" Ditunjalnya kepala aku sesuka hati. Aku pun tak sabar, terus ku pukul bahu dan dadanya.

"Kau nak hina aku boleh, tapi tangan tu jangan sibuk nak naik kat kepala aku. Mentang-mentang aku tiada mak bapak lagi, bolehlah sesuka hati kau nak zalimi aku?"

Mencerlung tajam aku membalas pandangan sinis dia. Dia nampak tak kesah, bibir senget sebelah kiri. Annoying sungguh tengok muka dia!

"Aku suami kau. Aku boleh buat apa je. Sebab tu aku kahwin dengan kau. Semua benda aku boleh buat. Kau hak aku. Kau tak reti ke nak faham? Syurga kau pun bawah kaki aku ni. Hahaha."

Makin galak dia menperlekehkan aku. Bibir bawah aku gigit-gigit kerana geram teramat.

"Kau tak sedar ke, isteri bukan hamba! Yang boleh suka suki kau buat. Kau tak takut azab Allah?" Terus aku menyerang. Nak tengok apa yang dia balas. Berani ke dia nak melawan apabila berkaitan agama?

Hening suasana. Dia beralih memandang lain. Curi-curi aku pandang, halkumnya bergerak tetapi suara tidak keluar. Masih manusia juga Ash ni, ingatkan setan dah. Tak takut azab sangat.

"Kau nak ajar aku? Kau tu siapa nak menyemak dengan dosa aku? Sibuk nak cakap pasal azab padahal diri tu masih tak betul. Macamlah aku tak tahu kau dengan Rizq bodoh tu berpelukan dalam bilik. Aku nampaklah semuanya. Kau tu entah-entah dah hilang dara."

Zappp! Zasss! Macam kena petir peluru berpandu dia bagi ditambah dengan bom fitnah. Allahu, Allahu, Allahu.

Aku pejam mata dan cuba mengawal amarah. Kalau membunuh itu tidak haram, sekarang juga aku cekik Ash sampai mati. Ya Allah, kenapa kesabaran aku diuji sebegini. Telingaku juga memerah, malu juga kerana kantoi terpeluk jantan. By the way, macam mana dia nampak? Bukan ke pintu tutup? Dia skodeng aku ke apa?

"Kau jangan fitnah. Bila masa aku peluk dia?! Apesal kau cakap pasal dara! Aku suci lagi, aku bukan macam kau buat benda terkutuk!"

Perang sedang melancar gais. Kepala aku macam tengah menggelegak.
Ash lagilah mata dah memerah, semua merah sebab muka dia putih. Sangat jelaslah kemarahan dia tu. Siapa suruh cari pasal dengan aku. Aku memang tak boleh duduk diam. Tapi kenapa pula dia nak marah? I still can't get the answer.

"Aku tak buta lagi. Aku tahulah korang buat maksiat dalam tu. Huh! Macamlah aku tak nampak kau ada buat aksi ringan-ringan dalam bilik, kan dengan dia? Tak payah mengaku suci kalau kau tu dah kotor! Kau pun sama macam Tia, betina! Bukan perempuan lagi!"

Dia tolak tubuh aku sampai aku terjatuh ke bawah lantai. Belum sempat aku nak bangun, dia capai tanganku dengan kasar. Sebelah lagi tangannya menggenggam rambutku dengan kasar dan terus direntap.

Aku terjerit sakit. Tanganku cuba memukul mukanya yang makin lama makin mendekat.

"Apa kau nak buat ni, hah?! Lepaskan aku! Aku tak buat benda laknat macam tu! Aku tak buat maksiat dengan Rizq! Aku tak buat!" Aku meronta-ronta minta dilepaskan dan terjerit macam mental dah.

Dadaku hampir nak pecah apabila tubuhnya menurun dan akhirnya menindihku. Beratnya tak boleh nak bincang. Sakit pula tu badan aku dihempap begini.

"Kau betina jangan nak berdalih! Dah betina tu mengaku aje betina! Muka dah lah buruk, dara pun takde. Lebih baik kau mampus aje, Ara! Baik kau mampus!"

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now