Bab 1
PISAU lipat di dalam kocek baju kurung aku tarik keluar.
Aku buka lipatan pisau dan bahagian tajam itu aku genggam erat sehingga darah mengalir lesu di celah jari. Sakit. Perit.
Ya, terlalu.
Tapi, ada aku kisah?
Ini rutin aku tiap kali interview gagal.
Dah 99 kali aku hadiri interview.
Kali 99 sangat membuahkan kesakitan dalam dada. Ehh, memang tak layak ke aku untuk bekerja sini? Setakat tea lady pun aku tidak diterima?
Teruknya mereka!
Pandangan sinis ketua di pejabat tadi masih terhunus di pandangan mata. Tajam dan keras gaya dia menolak aku terang-terangan. Dia kata aku tak layak kerana penampilan aku kampung sangat, dan muka aku tak layak jadi pekerja di situ.
Apa lagi, bila aku dengar macam tu. Terus marak api dalam dada, aku sepahkan dan pecahkan barang-barang pejabat sampai berkecai-kecai. Security paksa aku keluar dengan kasar dan dicampaknya aku ke luar pagar.
Memang aku dilayan macam anjing kurap.
Sumpah, kali ini lebih luka dalam di hati. Aku benci mereka! Aku benci!
Kaki yang pedih akibat terseliuh tadi aku gagahkan gerak melangkah ke bus stop. Sakitnya tidak aku endahkan.
Sedang berjalan, suatu kereta melanggar lopak besar. Habis kotor dan busuk kain dan baju kurung aku.
Aku toleh dan tayang muka singa pada driver perangai syaitan itu. Buta ke tak nampak makhluk besar macam aku ni sampai nak langgar lopak kasi aku mandi dua kali hari ni? Ini sempena nak ucap tahniah ke sebab aku kecundang mencari kerja hari ni?
Driver itu berhentikan kereta. Cermin diturunkan, aku nampak lelaki yang agak macho tengah memakai spec sedang pandang aku.
Aku memicingkan anak mata, nak intai siapa manusia durjana sangat tu. Kasut di kaki terus aku tanggalkan, bersedia nak pelangkung makhluk depan mata ni.
Tetapi, tangan aku kaku tatkala lelaki itu menanggalkan cermin mata. Terbeliak besar biji mata bila mata itu aku kenal. Tersangat kenal. Musuh ketat aku paling durjana yang selama ini aku tidak impikan langsung untuk bertembung.
Ya Allah. Kenapa makhluk ni betul-betul muncul?
Namun, mataku segera menangkap sebelah matanya berparut lain macam. Serius macam cacat dan mencelakan muka dia yang selama ini konon kacak kalah raja.
Lelaki tu buka pintu dan menyambar tanganku. Aku pula tidak dapat proses apa yang cuba dia buat. Laju tangan ini menghempuk kasut wangi aku ke mukanya.
Heaven rasa waktu ini.
"Woii betina! Apa kau buat ni, hah?!" Dia terjerit lantang. Kasut aku dilemparnya entah sampai ke mana. Baran sangatlah tu kena cium dengan kasut aku. Ohh, baru kau tahu betapa seronoknya cium kasutkan? Dulu bukan main kau tonyoh muka aku dekat kasut busuk kau dengan tanah pasir tu. Sekarang ni, kau nak menggelegak macam orang gila pula?
"Hoi Jantan! Tak sangka jumpa kau dengan muka cacat macam ni! Kesian kau, sebab aniaya aku. Muka kau yang kau sanjung kelangit ni lagi buruk daripada tanah lumpur! Bahagialah hati aku tengok muka kau macam ni. Aku lega macam dendam selama ni terbalas. Siapa yang baik hati kasi muka kau jadi cacat ni?"
Aku tengking dia, dan tarik kasar tangan aku yang sedang dia pegang. Senang sangat nak lepaskan diri, sebab jantan tu macam kena gam mulut apabila aku sebut perkataan cacat.
"Kau cakap baik sikit, betina! Aku jadi macam ni, sebab kau! Sebab kau!" Dia herdik aku sampai bingit telinga.
Aku gelak berdekah-dekah. Sebab aku? Wow. Ada hero or heroin ke tolong aku balas dendam pada jantan ni?
"Kenapa, sebab aku? Hahahhahha. Ada orang ke nak tolong aku, doh! Aku ke?"
Aku pegang perut tahan gelak yang semakin melarat. Kepala dia sempat aku tunjal. Dia tolak tangan aku dan gigit bibir geram.
Uik. Jantan ni macam dah lembik aje gayanya. Kena rasuk jin baik ke apa? Takde pulak dia balas menunjal kepala aku?
"No. Aku accident lepas esoknya kau blah dari kolej. Aku syak kau upah someone langgar kitorang, kan? Kau yang buat! Kau bunuh Tia, aku! Kau bunuh dia!"
Entah apa yang merasuk dia pegang kedua bahu aku dan digoncang macam nak gila. Tubuh aku dipusing dan dihentak kena pada kereta dia.
Sakit tulang belakang aku.
"Kau ingat aku banyak duit ke, bodoh?!" Aku usaha ingin lepaskan diri, kaki aku yang masih ada tenaga aku angkat dan pijak kakinya kuat sampai dia terjerit kuat.
Aku tak sangka pula, dia boleh terjelopok ke tanah akibat daripada serangan aku.
Dia mengerang sakit sambil pegang kaki sebelah dia.
Aku tergelak suka, dan sempat aku meludah muka dia sebelum aku lolos tinggalkan jantan itu meraung macam nak terberanak.
Padan muka, kau!
Hari ni hari yang indah. Dendam aku dah terbalas.
Writer's comment : Hahahha. Agak2 knpe jantan tu trjerit sgt lps kena pijak?
YOU ARE READING
𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 | √
Romance🏆 The Best Action | Patahan Ranting Awards 2020 🏆 Vote Terbanyak Winner | Patahan Ranting Awards 2020 Dikenali sebagai That Man Is Evil Amaran : ⚠️Depressing and Insane love story ⚠️ Ash, Dia jejaka yang sempurna dari segi luaran. Dia mempunyai s...