Bab 20 : I'm in hell

4.3K 245 212
                                    

Berdiri tegak aku di depan Ash. Dah berkali-kali aku telan liur, lama-lama kering. Takut tak dapat dibendung menantikan reaksi Ash menikmati mee goreng basah yang aku masak. Bahan dah lah tak cukup. Main bedal aje aku letak segala tu dalam kuali. Tadi aku dah rasa sikit, tekak aku sedap. Tekak dia?

"Ape pasal buruk rupa mee kau ni. Macam cacing tanah. Tengok rupa pun tak berselera sama aje dengan muka kau. Huh!" Dia merungut. Berdesis bunyi keluar di bibir dia.

Aku dah garu kepala. Nak cakap kang kena pulak sedas. Sibuk nak berleter sebelum makan apehal, rasa dululah kalau nak tahu. Ingat mencaci makanan ni ajaran yang baik ke? Haih, aku lupa. Dia dah sesat dengan kelompok setannirojim.

Tangan dia bermain-main dengan garfu. Mee itu ditenung lama dengan rupa jengkel.

Aku sekadar diam aje. Mata dah melilau ke kiri kanan, atas dan bawah. Tengah mencari tempat, untuk melarikan diri. Tapi, macam gua aje rumah ni. Semua serba serbi tertutup rapat. Aku dah hilang punca ni. Kau baru nak sedar ke, Ara? Kau diambang kematian kalaulah si Ash tak suka makanan kau.

Dengan bir dan dengan perangai dia. Tak jamin, tubuh aku akan selamat. Kenapa nasib aku semalang ini?

"Cis! Rasa macam bangkai! Tak guna, kau Ara!" Seiring amukan dia, bunyi kaca pecah berderai atas lantai.

Mee berterabur depan mata aku. Kakiku tiba-tiba sakit. Entah terkena kaca atau tidak. Tapi sakit.

Badanku dah menggigil bagai di musim salji. Gemuruhku tak mampu di kawal melihat Ash meludah mee keluar di atas meja. Siap menjolok lagi.

Aku dah tahu nasib aku.

Setitis air mata jatuh. Jatuh lagi dan lagi.

Ash bangun, dia menumbuk meja hingga menimbulkan bunyi menakutkan. Kerana terlalu kuat. Gelas juga di lontar depanku. Tepat di kakiku. Aku rasa ada benda panas mengalir.

Ya Allah. Kenapa dia sekejam ini? Apa salahku?

Botol bir di tepi, digenggam erat. Dia renung aku sekejap, menghantar pandangan sungguh menakutkan. Lututku terasa longgar macam agar-agar dah. Jangan Ash, jangan minum kencing syaitan tu!

"Ash... Maafkan aku, n-n-nanti aku masak lain. Please, aku cuba buat lain. Jangan m...num arak... Haram Ash. Haram." Bergetar suaraku merayu, memujuk dia. Tak lepas rasa bimbang tika ini. Aku berharap dia dengar. Harap sangat.

"You're kidding me? Aku dah warning awal-awal tapi kau sengaja nak tengok setan aku. Aku tahu kau tak sabar nak tengok perangai sebenar aku. You will see, sayang. Everything, my evil desire will come soon. Aku tak peduli haram, seperti yang kau panggil aku selama ni. Aku setan. So, ada ke setan fikir arak tu haram, hah?!"

Botol bir itu masih tergenggam, kaki dia bergerak menghampiri aku. Kudrat aku rasa lemah apabila aku cuba berundur, kakiku makin sakit mencucuk. Terus bibirku berdesah kesakitan.

"Why darling, kau kena kaca?" Tika ini, dia berdiri sebelahku. Bijak dia mengatur langkah tidak mengenai serpihan kaca. Entah, mungkin juga dia ada terpijak tetapi dia buat rupa tidak sakit. Padahal, bersepah kaca bersepai. Serpihannya merata berdekatan dengan tempat aku berdiri.

Dia memandang aku, namun aku beku menyerang lantai. Seram gila tengok mata dia memerah begini. Tersampuk apa entah, aku bingung. Tak sedap betul ke mee aku ataupun sekadar dia ingin mengasari aku? Pertanyaan itu terletus tanpa dapat keluar di pinggir bibir.

Terasa ada sentuhan hangat di pipiku. Tangan kasar itu mengusap permukaan wajahku dengan perlahan. Aku terkedu, jantung dah hilang ritma. Takut. Aku takut.

"Kenapa kau datang dalam hidup aku, Ara? Kenapa kau muncul selepas kau ganggu kebahagian aku dengan Tia dulu! Kalau kau tak buat hal, kalau kau tak kacau Tia aku. Ini semua tak terjadi, bodoh! Kau nak tahu kenapa aku benci gila dengan kau, semuanya sebab bila tengok muka hodoh kau ni. Kau dah ingatkan aku dengan Tia. Kau ingatkan aku betapa bodohnya aku pertahankan betina s****** tu! Kau buat aku rasa diri aku lelaki paling b******! Kau tahu, tak Ara!" Pipi aku dicengkam kuat sampai kepalaku terteleng memandang dia.

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now