Bab 15 : Rahsia Rizq II

3.8K 243 115
                                    

"Riyy sukakan Ara dah lama. Riyy suka Ara tapi Riyy tak nak terus beritahu Ara. Riyy nak capai cita-cita dulu. And, Riyy minta maaf sebab Riyy tak dapat tolong selamatkan Ara masa dulu tu. Riyy tak nak Ara berharap pada Riyy bila Riyy tolong Ara. I know, I'm stupid! Tak bertindak apa-apa bila perempuan yang Riyy suka, yang Riyy sayang diperlakukan macam tu.

Tapi, Riyy tak putus berdoa agar temukan Ara dalam hidup Riyy. Riyy terkejut dengan pertemuan pertama kita di hospital. I can' believe it. After that, Riyy harap Ara hubungi Riyy. But, sia-sia. Ara tak call langsung. Riyy kecewa dan Riyy sangka kita takde jodoh. Riyy bayangkan Ara dah kahwin. And you know what, lepas sebulan tu Riyy terkejut gila bila Ara ada dalam rumah Riyy. Kebetulan, mood Riyy teruk masa tu.

I have problem dekat hospital, pesakit Riyy dah meninggal. I can't control myself, what I have thinking that Ara datang hanya hendak menyinggah dalam hidup Riyy sekadar sementara je. Sebab tu Riyy marah mak, Riyy cakap kenapa sesuka hati bawa orang luar. Riyy tak bermaksud semua tu, Riyy cuma risau... entahlah, I don't even understand apa yang mengganggu fikiran Riyy masa tu."

Aku diserbu sebak tanpa dapat dibendung. Adakah ini kebenaran? Aku tak menyangka kata-kata seperti ini akan aku dengar, dan tidak ku harapkan kata-kata seperti ini khusus untuk aku. Janggal sekali aku rasakan. Alangkah indahnya kalau Rizq berterus terang dari awal sebelum Ash muncul semula. Mungkin aku dah bahagia bersama Rizq. Argh, aku berangan lagi. Belum tentu Rizq berlaku jujur kepada aku. Mulut lelaki bisakah aku mempercayai lagi?

Bahuku dipeluk lebih erat. Entah mengapa aku selesa dan ingin sekali berada lebih dalam kehangatan tubuh dia. Mungkin aku terlalu dahagakan kasih sayang insan bernama lelaki. Teruknya aku rasa diri aku ni. Macam perempuan murahan. Terus aku tolak tubuh Rizq.

Ya Allah, aku berdosa memeluk insan yang bukan mahram. Kenapa aku lemah dan membiarkan? Tak guna punya hasutan syaitan!

"Lupakan ajelah apa yang terjadi. Ara nak pergi dulu." Aku tak nak berlama dan hanyut dalam bicaranya yang entah tahap mana kebenarannya. Biarlah kalau dia menipu, aku maafkan. Tetapi jika itu kebenaran, hmm. Sudahlah, itu sungguh mustahil. Mustahil!

"Ara. Kenapa kena lupakan? Riyy tahu Riyy silap, tak terus terang tapi Riyy beranikan diri juga sekarang. Riyy tak nak Ash hancurkan hidup Ara. Riyy tak nak Ash dapat Ara. Riyy tak nak lepaskan Ara pada lelaki kejam macam tu. Riyy tak nak dia hina dan buat sesuka hati dia lagi. I'm going to marry you, not him! Riyy nak lamar Ara. Riyy nak kahwin dengan Ara!" Sekali lagi dia tarik tanganku. Kali ini dia kepung tubuhku ke dinding. Aku dah tak dapat gerak. Air ini berjuraian jatuh, aku hendak pandang dia tapi aku kalah. Aku pandang lantai. Siapa sahaja yang tidak tersentuh apabila diulit kata indah begitu?

Tidak pernah pun dalam hidupku seorang lelaki mengaku dia sukakan aku dan hendak melamar aku. Ya Allah, kenapa waktu ini juga kau hantar Rizq padaku? Adakah ini sekadar untuk menguji aku supaya sedar semua ini hanyalah dusta semata? Tolong aku tunjukkan jalannya, Ya Allah. Bolehkah aku percaya Rizq ini?

"Riyy tahu Ara tak nak percaya. Riyy tahu silap Riyy buat tak endah masa Ara tinggal dekat rumah ni. Riyy salah tidak tegur Ara, biarkan Ara macam orang asing dan buat fikiran Ara membuat andaian yang Riyy tak suka kehadiran Ara. But, andaian tu semua salah, Ara. Riyy sebenarnya tengah susun masa yang sesuai dan silapnya hari ni peristiwa Ara dengan dia berlaku. Sepatutnya Riyy nak melamar Ara hari ni juga sebab tu Riyy ambil cuti.

Ya Allah, Riyy menyesal tak beritahu awal-awal! Riyy bodoh! Riyy sayangkan Ara sangat-sangat. Please, jangan kahwin dengan dia. Kahwin dengan Riyy ye, sayang? Riyy janji akan jaga Ara sebaik dan semampu Riyy. Riyy akan hargai Ara dan jadikan Ara, wanita yang paling bahagia dalam dunia ni. And one more, Riyy nak Ara rasakan kasih dan sayang yang tulus dari hati Riyy untuk Ara. Riyy berjanji seumur hidup Riyy, Riyy akan menjaga Ara dan lindungi Ara."

Ya Allah. Menitis dan terus menitis air mataku. Sungguh indah janji dan bait katanya. Aku terlalu ingin mendengar luahan tulus seperti ini. Aku dah lama impikan. Tetapi, bisakah aku bersama lelaki di hadapanku ini? Bisakah lagi aku terima lamaran dia di saat aku ditangkap khalwat bersama lelaki lain?

"Ara... Jangan menangis. Riyy tak nak Ara bazirkan air mata lagi. Riyy tahu, Riyy cukup tahu Ara dah lama berendam air mata seorang diri. Riyy tahu Ara dah lama sengsara. Maafkan Riyy sebab terlewat. Please, Ara. Terima lamaran Riyy. Kita lari dari sini, Ash takkan dapat cari kita. Please. Riyy tak boleh tengok Ara merana bersama dia." Rizq merayu dengan suara berhabis lembut. Aku cukup tersentuh, dan aku ingin sekali menyentuh dan memeluk kembali tubuh itu. Bibir ini ingin sekali mengungkap rasa aku ingin terima lamaran itu. Namun, apalah dayaku? Mak Cik Lin pasti tidak mahu menantu yang dah dianggap kotor seperti aku.

Aku tak layak untuk anaknya. Aku tak layak untuk Rizq. Dan sungguh tak layak untuk bergandingan dengan dia. Menjadi pasangan suami isteri lagilah tidak padan. Bagai langit dan bumi. Si hodoh dan si kacak, manakan boleh bersama? Dia pula ada pangkat doktor sedangkan aku hanya pekerja cafe yang bila-bila masa akan dipecat. Sungguh, aku tak boleh terima lamaran ini. Aku harus sedar diri!

"S-s-saya tak boleh terima. Minta maaf. Saya dah kotor."

Bodoh. Itu sahajalah dapat aku maki diri sendiri. Kenapa aku mengaku aku kotor padahal aku tak lakukan itu? Ini kerana aku malu disukai oleh lelaki sempurna depan mataku. Aku tak patut berada lama dan terus dipujuk rayu. Aku kena keluar dan biarlah hidupku terhancur bersama Ash. Biarlah hancurpun, itu untuk sementara. Ash pun tidak mahu simpan aku lama-lama. Aku yakin dan terlalu yakin lepas akad tak cukup sehari dia akan ceraikan aku.

Aku akan jadi janda paling terawal di dunia ini.

"Apa Ara cakap ni? Ara tak kotor. Jangan cakap Ara nak terima Ash setan tu! Riyy tak izinkan benda tu berlaku! Never!" Herdik Rizq mungkin dikuasai marah kerana aku berdegil. Namun, aku dah tiada pilihan. Hukum agama tidak boleh dibuat main. Dah tertangkap kenalah kahwin.

"Rizq. Biarlah Ara pergi. Ramai lagi perempuan lain yang layak untuk Rizq. Ara cuma perempuan hodoh, tak punya apa-apa. Ara tak layak." Berat sekali aku buka mulut untuk lahirkan bicara. Sungguh, seiring ungkapan itu hati aku turut sama terhiris dengan pedang tajam. Sakit sangat. Tak terperi. Menolak cinta dari lelaki yang aku idamkan sangatlah sakit. Bodohnya aku menolak lelaki yang hanya datang sekali seumur hidup. Mana lagi aku nak cari lelaki yang sudi sayangkan aku, ye? Mana lagi?

"Siapa cakap Ara hodoh? Rizq tak nampak hodoh tu. Rizq cuma nampak kecantikan Ara yang cukup sederhana di mata Rizq. Kecantikan Ara hanya Rizq je yang nampak. Ara pandai tarik perhatian Rizq dengan cara Ara sendiri. I'm falling in love with you, even you're not do anything. I just love you, Ara. Do you still not believe me?"

Daguku ditarik supaya mendongak memandangnya. Meskipun aku malu, dan pastinya pipi aku ditekap dengan sirap merah. Rizq mesti nak gelak tengok blushing aku. Mataku malu hendak merenung sepasang mata kacaknya, aku terpesona sebentar sehingga lupa diri.

Tok tok!

Ketukan pintu mengejutkan aku dan Rizq yang sedang leka membalas pandangan penuh bunga-bunga cinta. Tak sempat aku nak menoleh, pintu terus diserbu oleh seseorang.

Tubuh Rizq ditarik laju oleh Ash. Aku terkejut melihat tindakan drastik Ash. Kau nak tahu apa yang Ash buat? Dia tumbuk muka Rizq sampai Rizq tersungkur.

...

Writer's : pergh drama belum habis lagi bos xD

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now