Bab 12 : Lipas jadian?

3.7K 234 115
                                    

"Wei, sakitlah perut aku. Aku nak gi toilet. Kau nak ikut tak masuk dalam?"

Baru air mata nak meleleh, terus tak jadi sebab kata-kata dia. Biul betul, buang tebiat ke aku nak ikut dia?

"Cepatlah keluar! Aku sakit sangat, ni! Kau jangan fikir kalau kau tunggu luar kau boleh selamat. Kang tak memasal kau kena culik kat kawasan perumahan sunyi ni. Kau nak ke kena pukul lagi?"

Aku hanya menayang muka toya. Tak terjentik pun perasaan takut. Rasanya, lagi takut kalau aku masuk dalam rumah, dia pula apa-apakan aku. Ishhh, mohon dijauhkan!

"Kau pekak ke?!" Jerkah Ash kerana aku buat tidak endah.

Dia menarik tanganku kasar sehingga mataku yang jelek untuk memandangnya terus terlekat di kornea mata helangnya.

"Kau jangan cabar aku, kang aku cium kau baru kau tahu cara nak bercakap!" Dia dah mula mengugut.

Aku kerut dahi, mata malas merenung dia. Jari aku acah menjolok anak tekak. Geli gila sebut pasal cium dengan aku. Menjijikkan betul.

"Kau nak cium aku? Haha, nak ke cium aku yang hodoh? Aku takut kau yang trauma nanti, lepas ni mungkin kau samak mulut kau sebab bibir aku ni banyak bakteria dan kotor. Setahun kau terkenan penyakit mulut sebab ada kudis tumbuh kat mulut puaka macam kau." Ikut sedap mulut aku lancangkan sakit hati. Puaslah jugak sebab dia nampak tercengang, tetapi penyakit tercengang beralih pula pada aku tatkala bibirnya terkoyak senyuman sinis dan menyeramkan. Muka Ash bergerak perlahan mendekatiku dan aku rasa badanku mengeras tiba-tiba.

"I don't mind it, Ara. Kata-kata kau buat tanduk aku naik. Aku akan pastikan kau yang trauma, bukan aku."

Meremang bulu roma aku. Aku cuba waraskan otak apabila bibir Ash makin dekat. Berkat daya yang aku ada, aku tumbuk muka dia sekuat hati.

Berkerut habis muka dia. Sempat dia mendecit sakit sambil jeling aku. Aku tunjuk penumbuk lagi, dan dia terus keluar dari perut kereta.

...

PUNYALAH aku cuba tolak daripada masuk rumah puaka itu, namun kalau dah takdir masuk juga. Ceyh, pasrah sangat ayat.

Kini, aku tengah duduk di ruang tamu. Serius aku tak sangka rumah sebesar ini dapat aku jejakkan kaki. Kagum betul. Dah macam rumah dato' dalam drama 7 petang. Aku jadi jakun sebab maklumlah dah lama mataku tidak terjamah barang dan perabot mahal berkilo-kilo. Sofa pula lembut sangat. Ikutkan kantuk, dah lama aku tidur kejap sementara menunggu Ash membuang hampir menunggu orang membaiki jamban. Lambatnya bukan kaleng-kaleng. Mungkin buang batu agaknya tu lama sangat. Aku doakan moga dia lebih lama di tandas. Biar dia lebih terseksa. Eh, stop-stop!

Aku bangun dan menuju ke ruangan tepi kolam renang. Cantiknya, SubhanAllah! Alangkah indahnya kalau aku dapat tinggal di rumah begini. Dapatlah aku menikmati hijauan rumput-rumput meliar di kawasan rumah Ash.

Aduh, kacau mood betullah Ash ni. Dah kaya tu tak boleh potong rumput ke? Kalaulah ada ular berteduh, tak ke naya nanti? Tak nayalah, bagus juga bayangkan tengah dia mandi dalam kolam, ular masuk dalam untuk teman. Mesti seronok bermain kocak-kocak air bersama ular, kalau bernasib baik terimalah ciuman mesra si ular.

Hahaha. Aku tergelak bagai nak gila. Serius, tahap imaginasi aku biul betul.

"Woi!"

"Oh setan kena belit ular, eh setan belit ular. Eh eh!" Habis berterabur ayat latah. Aku urut dada yang terkejut lalu ke toleh kebelakang. Mataku terjegil, aku besarkan lagi kerana terlampau geram. Tak guna punya jantan!

Ash gelak berdekah. Dia menumbuk dinding dan tergelak macam terkena sawan babi.

"Lawaklah bodoh! Pehal kau sebut ular-ular? Sumpah rare punya melatah!"

Sakitnya hati. Rasa nak kasi high kick aje. Lekas aku dekati dia. Tetapi, mataku jadi kero kerana aku baru perasan figura dia sumpah minta kena salai. Ada ke patut dia hanya berseluar pendek sampai lutut dan dia tidak berbaju?!

Eeee, bongoknya! Apa masalah dia? Terus aku palingkan wajah. Mana tidaknya, otot dia dan lekuk tubuh dia telah mencemarkan mata suci dalam debu aku.

"Hek eleh, tak payah pandang lainlah. Tengok aje kan aku dah bagi free. Bukan ke selama ni kau usha body aku? Ni dah tunjuk boleh pulak acah muslimah! Hahahaha."

Aku ketap gigi dan berlaga makin kuat. Nak tumbuk dia tapi aku tahankan. Buat sakit tangan aje. Sebab tadi pun cukuplah aku doakan dia kena belit ular nanti.

"Diam apahal ni? Dah terpegun sangat, ke? Apa kata ikut aje rancangan aku. Hari-hari kau boleh tengok body aku, nak pegang pun no hal cuma kena bayarlah."

Sengal! Berbagai makian aku lemparkan bagai train to busan. Kenapa menyebalkan sangat dia, ni? Nak aje aku jadikan dia punching bag!

Langkah kaki aku panjangkan sebelum telinga makin berasap. Baru dua tapak melangkah -

"Ara! Aku ada hadiah! Nah!" Mataku menyorot ke tangannya yang telah meletak something pada tudungku. Aku apa lagi terjerit dan melenting macam beruk. Terkejut bukan kepalanglah katakan.

"Arghhh!!!!!!" Kerana takut, aku melepaskan tudung aku secara tak sengaja apabila aku terasa ada benda bergerak di kepala. Sumpah, geli nak mampus! Aku anti dengan serangga bernama lipas. Ya Allah, tolonglah hambaMu.

Aku mula mahu berlari, takut lipas tu terbang. Lipas serangga paling licik, ada saja jalan dia nak mainkan orang dengan terang sesuka hati. Lenganku ditarik hingga tubuh aku terlekap di dadanya. Aku tumbuk dada dia kuat-kuat. Geram sangat! Terlampau geram!

"Ara, stop kejap! Ni!" Tangan kekar Ash laju memasukkan entah apa di bahuku pula. Aku kalut tahap gaban, terus aku koyak sikit baju tshirt di bahuku, sehingga bunyi prakkkk.

Terlopong aku apabila nampak lipas duduk sedap di bahuku denvan aksi manjanya. Sekali lagi aku jerit, kali ini aku berlari tak cukup lantai. Dan, aku terhantuk tepat di pintu depan.

Sakit woi! Sakit! Kau dajal, Ash!

Tengah sumpah seranah, bunyi ketukan di balik pintu mengegarkan jantung. Meskipun nervous, aku tak tunggu lama terus aku buka pintu macam orang bodoh.

Figura sekumpulan pak cik-pak cik tua menjadi santapan deria penglihatanku. Macam nak longlai kaki. Lembik dah, kalah puding tak cukup tepung. Nak terjelopoh tubuh ini, sempat aku berpaut pada pintu.

"Assalamualaikum, kami dari JAIS."

Aku rasa aku dah berada di neraka.

...

Writer comment : apa yg terjadi lps ni?

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now