Bab 4 - Kematian Mama Afeeya

1.3K 65 3
                                    

"Cik Feeya, kita dah ada dekat depan kediaman Cik Feeya ni." Lembut Pak Mat mengejutkan Afeeya yang terlelap semula tadi.

Pak Mat memandang ke arah kediaman gadis itu dari luar tingkap teksinya. Subhanallah! Terbuntang luas kedua biji mata tuanya. Indah sampai tidak terkata. Patutlah gadis itu sanggup menolong membayar ganti rugi yang mencecah ribuan ringgit bagi pihaknya tadi. Mungkin baginya lima ribu itu hanya sekelumit sahaja agaknya?

Pak Mat mengerutkan dahinya apabila terpandangkan kereta-kereta mewah yang diparkirkan di luar kawasan kediaman ini. Mungkin sahaja ada majlis yang diraikan di sini. Pak Mat membuat andaiannya sendiri.

Afeeya yang sudah terjaga, terpisat-pisat memandang ke arah kediamannya dari tingkap teksi. Perlahan-lahan dia keluar dari perut teksi dan berdiri di hadapan banglo yang tersergam indah milik keluarganya! Lepas rasa rindunya setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke rumah ini.

Namun sebaik sahaja terpandangkan kereta-kereta yang diparkirkan di luar kawasan kediamannya, Afeeya terus mengerutkan dahinya. Hairan.

"Ada majlis apa hari ini yang mama dan papanya raikan?" Dia tertanya-tanya. Tiba-tiba dia jadi tidak sedap hati pula.

"Ada majlis apa hari ini yang mama dan papa raikan?" Dia tertanya-tanya sendiri. Tiba-tiba dia jadi tak sedap hati pula.

Afeeya cuba menenangkan dirinya. Mungkin sebab inilah tiada seorang pun yang menjawab panggilannya tadi. Tak sabar dia nak memasuki banglo itu untuk mengetahui majlis apa yang mereka sedang raikan sekarang.

Setelah kesemua barang-barang Afeeya diletakkan di tepi pagar, Pak Mat terus sahaja berlalu meninggalkan kediaman mewah tersebut.

Afeeya pantas menarik salah satu bagasinya dan terus menuju ke arah pintu utama yang sudah kelihatan penuh dengan kasut-kasut tetamu. Barang-barang yang lain pula, nanti dia akan suruh pekebunnya, Pak Zamri sahaja yang mengangkatnya. Tak larat dia nak mengangkat kesemua barang-barangnya itu ke dalam rumah pada waktu itu.

Sewaktu Afeeya tiba pintu utama banglo, jiwanya tiba-tiba menjadi resah. Kalau ada majlis, kenapa suasananya seperti suram sahaja? Dia cuba tidak berfikir yang bukan-bukan.

"Assalamualaikum..." Afeeya terus memasuki ruang dalam rumahnya. Dia melangkah perlahan menuju ke ruang utama rumah dan sayup kedengaran bacaan Yasin oleh orang ramai.

Afeeya makin tak sedap hati. Namun, digagahkan jua kakinya menuju ke ruang utama untuk mencari papa dan mamanya. Dalam hatinya, dia berdoa supaya jangan ada apa-apa perkara yang buruk berlaku kepada mereka.

Sewaktu dia tiba di ruang yang sudah dipenuhi dengan orang ramai, bacaan Yasin sudah pun habis dibacakan.

Mereka yang perasan dengan kehadiran tiba-tiba puteri milik Datuk Ammar dan Dain Maria itu agak terkejut. Pada yang mengenali Afeeya, mereka juga turut terkejut kerana fikir Afeeya masih lagi berada di Australia.

Afeeya yang bingung itu mencari-cari wajah papa dan mamanya. Dia sudah tidak peduli apa pandangan tetamu-tetamu di situ. Apa yang penting, dia mahu melihat muka mama dan papanya sekarang!

Tetapi, kenapa setiap tetamu yang hadir di situ seolah-olah memandangnya dalam keadaan yang sedih sahaja? Betul-betul dia sudah tidak sedap hati sekarang. Tolonglah jangan bayangan buruknya menjadi satu kenyataan. Tolonglah Ya Allah.. mohonnya dalam hati.

"Feeya..." Mak Som, yang baru perasan akan kemunculan anak majikannya terus meluru mendapatkan Afeeya. Dipeluknya kejap badan gadis itu. Dengan lembut, dia mengusap belakang Afeeya.

"Feeya sabar ya? Mak Som tahu Feeya seorang budak yang tabah. Mama Feeya... mama Feeya dah tak ada sayang. Allah lebih sayangkan mama Feeya..."  Menitik lagi air mata Mak Som apabila memberitahu Afeeya tentang kematian Datin Maria.

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now