Beberapa minggu yang lepas....
Afeeya duduk termenung sebaik sahaja selesai berbual dengan papanya melalui telefon tadi. Dia merasakan bahawa papanya seperti ada menyorokkan sesuatu darinya tentang mama. Kerana akhir-akhir ini, papa seolah-olah mengelak apabila dia bertanyakan soal mamanya.
"Woi, termenung apa tu?" sergah Anissa yang baru masuk ke dalam bilik.
"Apa woi-woi? Ingat aku tak ada nama ke?" Afeeya menggumam geram. Terkejut dia dibuatnya.
"Sorry la Feeya. He he he! Aku nak keluar makan ni. Nak ikut tak?" Anissa sudah tersengih-sengih.
"Aku gurau ajelah. Kau nak keluar? Aku pesan je boleh? Aku tak boleh nak ikut kau makan, ada assignment sikit nak buat. Esok aku dah nak kena submit. Kau belilah apa-apa pun masakan panas untuk aku. Haaa... kalau ada nasi lemak, beli nasi lemak ye?" Afeeya tersengih, menayangkan giginya yang sudah dirasakan layak untuk memasuki iklan Colgate.
"Banyaklah kau nasi lemak! Apa kau ingat kau duduk kat Malaysia? Dahlah pesan malam-malam buta pulak tu. kau ni kadang-kadang senget jugak ye?" Sempat Anissa membebel.
"Aku gurau jelah! Kau tu yang senget sebab ambik kisah sangat dengan apa yang aku cakapkan," balas Afeeya yang kemudian terus ketawa besar.
"Last-last aku jugak yang kena. Dahlah. Kalau layan kau ni, sampai pagi besok pun tak makan-makan aku ni. Okeylah, aku pergi dulu."
Sejurus Anissa keluar dari bilik yang mereka kongsi bersama, Afeeya terus menuju ke meja belajarnya. Assignment perlu disiapkan. Tak boleh main-main, esok dah nak kena submit!
Baru sahaja dia ingin memulakan kerjanya, tiba-tiba matanya tertancap pada gambar dia dan Anissa di Chadstone Shopping Centre, Australia di sudut mejanya. Dia terus tersenyum. Dia bersyukur kerana telah dipertemukan dengan Anissa.
Anissa, sahabat baiknya yang sangat peramah dan baik hati walaupun sedikit manja dengan ibu bapanya. Yalah, anak bongsu katakan. Sebenarnya sudah empat tahun dia mengenali Anissa dan selama empat tahun itu jugalah, dia menumpang di rumah milik keluarga Anissa di sini. Selain daripadanya, Linda yang merupakan jiran Anissa di Malaysia juga turut menumpang sama di rumah ini.
Afeeya tersenyum. Dia juga sebenarnya mempunyai sebuah rumah di Australia sendiri. Tetapi dia betul-betul tidak berani untuk tinggal berseorangan di sana. Lagipun rumahnya itu terlalu jauh dari universiti. Tak laratlah dia mahu berulang-alik ke sana ke sini. Buat buang masa dan tenaga sahaja!
Tetapi sebenarnya dia hairan juga. Kerana setakat ini, keluarga Anissa belum pernah lagi datang bercuti ke sini, mahupun melawat Anissa. Lagipun dia juga dimaklumkan oleh Anissa sendiri bahawa bapanya ada membuka perniagaan di sini.
Tidak pula dia berminat untuk menanyakan lebih-lebih tentang perniagaan apa keluarga Anissa jalankan di sini. Kerana dia sendiri tidak pernah memberitahu atau menghebohkan kepada Anissa mahupun orang lain tentang hidupnya.
Keluarganya juga ada membuka perniagaan sendiri. Bukan itu sahaja, syarikat milik keluarganya juga sebenarnya adalah antara syarikat binaan yang terkemuka di Malaysia. Malah turut mempunyai beberapa anak syarikat di negara luar yang lain.
Secretive! Itulah gambaran yang diberikan oleh rakan-rakan tentang dirinya. Ada sebab kenapa dia mahu berahsia. Dia tidak suka andai mereka tahu siapa dia, mereka akan menggunakannya atas tujuan tertentu. Yalah dengan wajah kacukan Inggeris yang dia miliki ni lagilah ramai suka ambil kesempatan ke atasnya. Bukanlah dia nak membangga diri, tapi itulah hakikatnya.
Dia tidak mahu lagi perkara yang sama berulang kembali di dalam hidupnya. Sudah terlalu banyak kali dia tertipu dan diperdayakan oleh kawan-kawannya ketika di bangku sekolah dahulu kerana kemewahan dan kecantikan yang dimilikinya. Dia tidak ubah seperti sebuah alat sahaja kepada kawan-kawannya.
YOU ARE READING
Terima Kasih Derita [TERBIT]
RomantizmBLURB: Afeeya Daniella binti Datuk Ammar, gadis Pan-Asia yang punya segala kelebihan. Namun kerana satu fitnah, Afeeya dibuang oleh bapa kandungnya sendiri pada hari kematian ibunya. Malah kerana fitnah yang sama juga, hubungan Afeeya dan kawan baik...