Bab 6 - Irfan ke Rumah Anissa

1.2K 57 1
                                    

"Allahuakhbar... Allahuakhbar...."

Kedengaran kuat azan maghrib berkumandang di corong masjid yang berdekatan dengan taman rekreasi tersebut.

Afeeya terus tersedar dari kisah pahitnya yang menjadi punca segala deritanya sekarang. Dengan lemah, dia terus bangun dan menuju ke jalan besar untuk mencari masjid yang berdekatan untuk solat maghrib.

Namun sewaktu hendak melintas jalan, matanya tiba-tiba terasa begitu silau dengan cahaya terang yang datang dari arah hadapannya.

Tiba-tiba dia terasa dunianya kelam lalu terus tidak sedarkan diri.

*****

"Nisa dalam bilik ke mak long?" Irfan Sufyan bertanya ibu saudaranya yang sedang menghidangkan air di atas meja kopi di depannya.

"Hmmm, dalam bilik lah Fan. Tengah mengajuk. Tak sedar umur dah dua puluh lebih tapi perangai masih lagi macam budak-budak. Dah puas dah mak long pujuk dia, Fan. Tapi boleh dia buat pekak je? Mak long pun dah cakap pada Nisa tadi Fan ada datang. Tapi entahlah dia nak keluar ke tidak. Tak habis-habis dengan perangai budak keciknya," balas Puan Solehah yang sudah menggelengkan kepalanya.  

"Tak apalah mak long kalau Nisa tak keluar pun. Mesti dia penat lagi tu baru sampai Malaysia. Tapi teringin jugak Fan nak tengok macam mana rupa Nisa sekarang. Yalah, duduk negara orang sampai tak ingat nak balik Malaysia langsung. Entah-entah sekarang dah terkenan dengan muka orang putih agaknya," ujar Irfan Sufyan sambil tergelak kecil.

"Amboi... nampak seronok mengata Nisa kat belakang ya? Tapi kenapa Abang Fan nak tengok Nisa? Rindu pada Nisa ke?" Anissa yang baru keluar dari biliknya menghampiri mereka lalu terus duduk di sebelah ibunya.

Irfan Sufyan tersengih sambil mata tidak lepas memerhati wajah sepupunya. Makin cantik pula dilihatnya Anissa sekarang. Sempat dia memuji dalam hati.

"Ingatkan tak nak keluar tadi?" perli Irfan Sufyan. Sebenarnya memang dia rindu kepada Anissa. Tapi takkanlah dia mahu memberitahu sepupunya itu!

Dia memang sudah lama menaruh hati terhadap Anissa dalam diam. Tetapi kalau diluahkan, bimbang sepupunya itu akan menjauhinya pula. Lagipun dia tahu Anissa sekarang sudah berpunya. Boyfriend sehidup semati kata Anissa!

Anissa menjuihkan bibirnya. "Ingat orang tak merajuk lagi ke?"

Dengan selamba, dia terus minum air di dalam gelas ibunya.

"Isy, nak air pergi buat sendirilah dekat dapur," marah Puan Solehah lalu mencubit paha anak bongsunya itu.

Anissa mengaduh kecil sambil tersengih.

Di hati kecilnya, Anissa berasa sedikit hampa kerana soalannya tidak berbalas. Sebenarnya dia mahu melihat jawapan dan reaksi daripada Irfan Sufyan sendiri. Kerana lelaki itulah yang sebenarnya berjaya menambat hatinya dari dulu sehingga kini.

Ikram pula macam mana? Huh, pergi matilah! Tak teringin lagi dia mahu melihat muka laki tak semenggah itu! Lagipun, dia bercouple dengan Ikram dulu pun hanya kerana mahu membuatkan Irfan Sufyan berasa cemburu sahaja.

Namun dia tetap akui bahawa perasaan sayang terhadap Ikram itu timbul setelah lama mereka mula bercinta. Tapi sekarang, cinta itu sudah mati baginya selepas peristiwa malam yang membongkarkan segala perangai keji teman lelakinya dan juga kawan baiknya sendiri.

"Dah lawa Nisa sekarang ya mak long duduk negara orang putih? Nasib baik tak keluar lagi speaking dia tu," usik Irfan Sufyan.

Anissa pula apa lagi, terus kembanglah apabila dipuji oleh lelaki pujaannya.

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now