Bab 7 - Keluarga Irfan Sufyan yang Baik

1.2K 57 0
                                    

"Akak tak apa-apa ke?"

Kedengaran suara halus yang menjengah ke telinga. Afeeya membuka matanya perlahan-lahan. Sebaik sahaja pandangannya menjadi jelas, matanya bertembung dengan seorang gadis yang tidak dikenalinya. Agaknya lebih muda daripadanya.

Belum sempat bersuara, gadis itu sudah laju berlari keluar dari bilik yang dia sedang berada sekarang. kedengarannya seperti gadis itu sedang menjerit memanggil seseorang.

Afeeya bingung seketika. Apa yang sudah terjadi kepada dirinya sehingga tiba-tiba sahaja dia boleh berada di sebuah bilik yang begitu asing baginya?

Dia bangun dari katil yang ditidurinya dan memeriksa setiap inci pada badannya. Alhamdulillah, ternyata tiada apa-apa yang pelik berlaku padanya.

Matanya kemudian terus tertancap pada seorang wanita yang bertudung litup memasuki ruang tersebut dengan senyuman manis. Dia percaya usia wanita itu mungkin hanya lebih kurang sebaya seperti mamanya.

Mama? Air matanya tiba-tiba berguguran apabila terkenangkan mamanya yang sudah pun meninggalkan dirinya di dunia ini. Walaupun hakikatnya dia masih mempunyai seorang insan bergelar ayah. Dia tak kuat! Dia memejamkan kedua-dua belah matanya dengan rapat. Tetapi semakin lebat pula air matanya turun ke pipi.

"Kenapa ni? Kamu ada rasa sakit dekat mana-mana ke?" soal Puan Sri Faridah lalu terus memeluk tubuh Afeeya yang sudah terduduk itu. Dia mengusap lembut kepala gadis itu.

Afeeya sudah lebat dengan air matanya. Pada waktu itu, dia terasa seperti seolah-olah mamanya sahaja yang sedang memeluknya. Dengan perlahan, Afeeya membalas kembali pelukan wanita itu.

Irdina mengesat air matanya yang sedari tadi berlinangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Irdina mengesat air matanya yang sedari tadi berlinangan. Tersentuh dia apabila melihat gadis itu menangis semahunya. Cuma dia hairan, kenapa gadis itu memeluk ibunya seperti tidak mahu melepaskannya sahaja?

Tan Sri Yusuf yang dari tadi tidak berganjak dari muka pintu itu turut tersentuh apabila melihat gadis itu sedang memeluk isterinya sedemikian rupa. Entah apa yang disedihkan agaknya. Dia kemudian tersenyum. Mungkin gadis itu masih terkejut dengan kejadian petang tadi di mana puteri bongsunya, Irdina hampir-hampir melanggar gadis tersebut.

Setelah agak lama, Afeeya akhirnya meleraikan pelukannya.

Puan Sri Faridah berasa lega setelah gadis yang dipeluknya itu sudah tenang.

"Kamu tak apa-apa? Ada rasa sakit kat mana-mana ke?" soal Puan Sri Faridah lembut.

Afeeya menggeleng lembut. "Saya tak apa-apa. Cuma... apa yang dah jadi pada saya?"

"Betul akak tak ingat apa-apa yang berlaku pada akak?" Irdina terus menyampuk perbualan mereka sebelum sempat Puan Sri Faridah membalasnya.

Puan Sri Faridah sudah memandang Irdina. Tidak sopan betul perangai anak perempuannya yang satu itu.

Irdina pula membalas pandangan ibunya dengan sengihan. Fahamlah dia dengan jelingan ibunya itu.

Afeeya cuba untuk mengingati semula apa yang sudah berlaku kepada dirinya. Namun fokusnya tiba-tiba terganggu apabila seorang lelaki yang nampak seperti sebaya papanya datang menghampirinya. Kelihatannya seperti seorang berkorporat sahaja dengan jaket berjenama yang sedang dipakainya ketika itu. Mungkin baru pulang daripada kerja agaknya?

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now