Bab 3 - Cagar Rantai Kesayangan

1.4K 69 4
                                    

DUM!

Afeeya terjaga apabila mendengar bunyi dentuman kecil dari teksi yang dinaikinya.

Dilihatnya pak cik itu menghentikan teksinya di sisi jalan dan keluar dari teksi dengan kalut.

"Macam mana pak cik boleh terlanggar belakang kereta saya ni? Saya dahlah tengah lewat sekarang ni pak cik." Lelaki berkaca mata hitam itu merungut sambil sibuk memeriksa belakang Porschenya yang sudah tercalar.

"Maafkan pak cik, encik. Pak cik tak sengaja terlanggar kereta encik," ucap pak cik itu tersekat-sekat.

"Pak cik, paling-paling kurang, lima ribu tau kalau nak cat balik kereta saya ni." Irfan Sufyan berdecit. Sesekali dia melihat jam di tangannya. Dia sudah hampir lewat untuk ke satu mesyuarat penting yang perlu dihadirinya sekarang.

Pak cik itu terkejut apabila mendengarkan jumlah ganti rugi yang disebutkan oleh lelaki tersebut. Sehingga sudah terkelu lidahnya untuk berkata-kata. Mukanya juga jelas pucat.

Afeeya yang memerhati dari dalam kereta sejak tadi berasa kasihan apabila melihat wajah pak cik itu. Dia tahu, mana mungkin pak cik itu ada duit sebanyak itu untuk membayar ganti rugi kereta mewah lelaki tersebut.

 Dia tahu, mana mungkin pak cik itu ada duit sebanyak itu untuk membayar ganti rugi kereta mewah lelaki tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam nilah encik. Macam mana kalau saya aje yang tolong bayarkan untuk pak cik ni? Saya yang sebenarnya menyebabkan kereta encik jadi macam ni. Saya yang salah sebab mengganggu pemanduan pak cik ni tadi." Petah mulutnya berkata-kata, walaupun sebenarnya dia langsung tiada kaitan dengan pelanggaran tersebut.

Lelaki itu yang baru perasan akan kehadiran Afeeya terus melirik ke arahnya lalu membuka kaca mata hitamnya. Lelaki itu tersenyum sinis.

Afeeya tergamam. Alamak, mamat tadi! Aduh, macam manalah aku boleh jumpa balik mamat ni dalam ramai-ramai orang hari ni... keluhnya dalam hati.

Irfan Sufyan sendiri juga sebenarnya tidak menyangka bahawa perempuan yang menyebabkan dia lewat pada hari ini adalah perempuan yang sama.

Pak cik teksi itu pula terus terdiam setelah mendengarkan kata-kata gadis yang baru dikenalinya tadi.

"Awak betul-betul pasti ke awak boleh bayar semua ganti rugi ni?" soal Irfan Sufyan ragu-ragu.

"Macam mana keadaan sekalipun, saya tetap terpaksa bayar ganti rugi kereta encik nikan? Lagipun, memang dah jelas-jelas salah saya. Cuma, saya tak dapatlah nak bayar buat masa ni. Sebab saya tak bawa duit sebanyak tu sekarang."

Irfan Sufyan mengerut dahi. Boleh percaya ke dia ni?

"Saya tak percaya dengan orang yang macam awak ni. Macam mana kalau awak ni penipu?" duganya.

Afeeya buat muka bosannya. Tanpa sebarang kata, dia terus membuka dompetnya untuk membayar sebanyak mana duit yang dia ada pada waktu itu. Namun setelah melihatkan duit yang ada di dalam dompetnya, Afeeya mengeluh. Hanya dua keping not RM50 sahaja yang ada. Duit selebihnya pula adalah duit dalam mata wang Australia.

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now