"Kau pergi kemas semua barang-barang kau dalam bilik tidur kau sekarang. Pergi angkut semuanya bawa naik dalam bilik aku," arah Irfan Sufyan dengan serius.
"Awak ni dah gila ke? Saya tak nak ikut cakap awak! Awak cakap ajelah dengan ibu dan abah yang kita ni tidur asing. Diorang bukannya tak faham dengan keadaan kita,' balas Afeeya sambil memasukkan sos Bolognese Prego ke dalam kuali non-stick kegemarannya. Muka suaminya langsung tidak ingin dipandangnya.
"Kalau aku tengah bercakap, tolong pandang sikit muka aku!" tengking Irfan Sufyan tiba-tiba. Dia terus menutup dapur automatik yang sedang digunakan Afeeya pada ketika itu. Dia jadi geram. Semakin lama, semakin berani pula perempuan ni menyakitkan hatinya!
"Awak ni dah kenapa? Awak tak nampak ke saya tengah masak sekarang ni?" marah Afeeya lalu menekan semula butang dapur automatik tersebut. Tidak teringin dia melihat muka suaminya yang sedang marah itu. Takut tu memang ada sebenarnya, tetapi baginya lelaki ini tidak boleh diberi muka sangat!
Irfan Sufyan semakin berang. Dia menutup semula dapur dan terus menarik tangan Afeeya dengan kasar keluar dari ruangan memasak itu.
"Kau jangan nak uji kesabaran aku lebih-lebih boleh tak? Aku tak kira, kau pergi angkut semua barang-barang kau naik bilik aku sekarang. Tolonglah faham, aku dah nak jemput diorang dekat airport kejap lagi ni!" bentak Irfan Sufyan.
"Lepaslah. Sakit, awak tahu tak!" Afeeya menarik tangannya kasar dari pegangan suaminya. Merah mukanya menahan marah yang teramat. Apa dia ingat semua benda nak kena dengar cakap dia ke?
"Awak ingat saya ni patung ke nak kena dengar semua cakap awak? Yang boleh awak sakit-sakitkan?" bentak Afeeya sambil menggosok-gosok pergelangan tangannya yang sakit.
"Dengar sini. Kau ingat aku nak sangat ke duduk sebilik dengan kau? Kalau bukan sebab aku takut ibu dan abah marah, aku takkan pernah terfikirlah untuk tidur sebilik dengan kau!" herdik Irfan Sufyan dengan memandang tepat ke muka Afeeya.
"Kenapa awak perlu risau kalau diorang marah pulak? Diorang tentu dah boleh faham dengan keadaan kita yang masih lagi tak sehaluan. Siapa tahu, mungkin selama ini diorang dah boleh expect kita tidur separate?" balas Afeeya tidak berpuas hati.
"Kau ni kalau tak melawan cakap aku memang tak sah, kan? Dengar ajelah cakap aku. Bukannya lama sangat kau kena duduk sebilik dengan aku. Dua hari aje pun. Aku sendiri pun tak teringinlah nak bagi kau tidur bilik aku lama-lama. Dua hari tu pun dah macam neraka agaknya nanti!" herdiknya lagi.
"Kalau awak dah boleh rasa macam tu, kenapa awak perlu susah-susah nak suruh saya tidur bilik awak? Lagi baiklah kalau awak hadap aje ibu dan abah kalau diorang marah nanti," ujar Afeeya geram. Dia kemudian tersenyum sinis sebelum menyambung bicara. "Macamlah saya akan rasa syurga kalau tidur dalam bilik awak tu!"
Irfan Sufyan sudah mengetap giginya menahan marah. Huh, mesti ada sahaja perempuan itu mahu menyakitkan hatinya!
"Kau bolehlah nak aku hadap kemarahan diorang, sebab kau tahu bukannya kau pun yang akan kena marah dengan diorang nanti. Okey fine, kalau kau tak mahu ikut cakap aku, tak apa. Sekarang, biar aku yang kemaskan barang-barang kau sendiri dan angkut semua barang-barang kau bawa naik atas. Don't worry, it's free of charge!" ujar Irfan Sufyan dengan senyuman mengejeknya. Dia terus berlalu meninggalkan dapur dan menuju laju ke arah bilik tidur Afeeya.
Afeeya yang terkejut dengan kata-kata Irfan Sufyan itu pantas mengejarnya dari belakang. Namun, ternyata langkah suaminya jauh lebih pantas daripada langkahnya.
Setelah Irfan Sufyan memasuki bilik Afeeya yang tidak berkunci itu, dia terus membuka almari pakaiannya dan mencampakkan baju-baju yang tersangkut di situ ke atas katil Afeeya.
YOU ARE READING
Terima Kasih Derita [TERBIT]
RomanceBLURB: Afeeya Daniella binti Datuk Ammar, gadis Pan-Asia yang punya segala kelebihan. Namun kerana satu fitnah, Afeeya dibuang oleh bapa kandungnya sendiri pada hari kematian ibunya. Malah kerana fitnah yang sama juga, hubungan Afeeya dan kawan baik...