Bab 32 & 33 - Kemunculan Daniel

1.4K 52 4
                                    

Irfan Sufyan terus tersenyum ceria apabila terpandangkan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya di dalam bilik Tan Sri Yusuf itu. Sehingga langsung dia terlupa debarannya untuk berjumpa dengan abahnya tentang membawa masuk Anissa bekerja di sini.

"Daniel, what a surprise to see you here!" Irfan Sufyan memeluk sepupunya dengan teruja.

"I know," balas Daniel bercanda.

Tan Sri Yusuf hanya tersenyum melihat keakraban di antara mereka.

"Bila kau balik Malaysia ni Danny? Pak Ngah dan yang lain-lain mana?" soal Irfan Sufyan kepada sepupunya yang paling akrab.

"Aku sorang aje Fan. Pak ngah, mak ngah dengan Kak Suraya semua dekat sana lagi. Diorang kata, mungkin raya puasa ni baru nak balik," balas Daniel.

"Habis tu, kau buat apa balik Malaysia sorang-sorang?" soal Irfan Sufyan mengangkat keningnya hairan.

Daniel memandang Tan Sri Yusuf sambil tersenyum-senyum.

"Tell him pak su," pinta Daniel kepada bapa saudaranya.

Tan Sri Yusuf tergelak kecil sebelum berbicara. Anak lelakinya itu kemudian dipandangnya.

"Starting from now, Danny ialah staf kita Fan. As a project manager." Tan Sri Yusuf memberitahu anaknya.

"Seriously?" Irfan Sufyan memandang Tan Sri Yusuf dan Daniel bersilih ganti. Apabila mereka mengangguk sahaja, terus dia tersenyum kegirangan.

"Welcome bro. You really made my day!" ucap Irfan Sufyan teruja. Tangannya kemudian diangkat gaya high-five.

"Thanks boss!" balas Daniel bercanda.

"Rupanya inilah surprise abah ya?" Irfan Sufyan memandang Tan Sri Yusuf sambil tersenyum.

"Oh ya, Fan pula nak bagitau apa pada abah?" soal Tan Sri Yusuf pula.

Irfan Sufyan tiba-tiba terdiam. Kegembiraannya juga tiba-tiba sahaja terus mati. Dengan penuh debaran, dia memandang Tan Sri Yusuf. Namun belum sempat dia bersuara, tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar. Kelihatan Afeeya dan Anissa muncul dari sebalik pintu dan melangkah masuk.

Tan Sri Yusuf sudah memandang Irfan Sufyan dengan tajam, meminta penjelasannya.

"Abah, sebenarnya Nisa akan bekerja di sini mulai hari ni. Fan cuma nak inform abah tentang tu," jawab Irfan Sufyan bersama debaran di dadanya.

Tan Sri Yusuf diam sahaja tidak membalas. Lagipun dia sedar yang dia juga perlu menjaga imejnya di hadapan anak saudaranya ketika itu.

Irfan Sufyan sempat melihat ke arah Daniel yang dari tadi lagi sedang memerhatikan ke arah Anissa. Dia tahu Daniel menyukai Anissa sejak dari sekolah menengah lagi. Cuma janganlah kerana seorang perempuan, hubungan rapat di antara mereka boleh berantakan!

"Saya keluar dulu Tan Sri," ujar Afeeya meminta diri.

Mereka semua di situ terus memandang ke arah Afeeya. Namun, Tan Sri Yusuf cepat-cepat sahaja menahan Afeeya daripada keluar.

"Tunggu dulu Feeya. Abah..." Bicaranya terhenti apabila tersedar sudah tersasul.

Irfan Sufyan dan Afeeya pula sudah berdebar-debar.

Tan Sri Yusuf terbatuk kecil untuk cuba menutup kesilapannya tadi. Dia terus alih pandangannya pada anaknya, Irfan Sufyan.

"Abah... cuma nak kenalkan mereka pada Afeeya aje," ujar Tan Sri Yusuf kepada Irfan Sufyan. Cover line!

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now