Bab 29 - Hadiah Family Irfan

1.2K 52 0
                                    

Petang itu, Afeeya keluar membeli-belah apabila dipaksa ibu mertuanya. Irdina pastinya turut menyertai sekali. Cuma Tan Sri Yusuf sahaja yang tidak menyertai mereka kerana terpaksa berjumpa dengan rakan perniagaannya.

Irfan Sufyan pula hanya menunggu di dalam kereta. Memang tidak mahulah dia menyertai mereka hanya semata-mata untuk membeli pakaian perempuan yang dibencinya itu!

Namun tanpa disedari mereka, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dari jauh. Pada masa itu, Linda yang berhati busuk fokus memerhatikan Afeeya yang kelihatan berseronok memilih pakaian berjenama dengan dua orang wanita yang dia tahu siapa gerangannya. Dia memang yakin wanita yang bersama Afeeya sekarang ialah ibu saudara dan juga sepupu kepada Anissa.

"Tapi apa kaitan Si Feeya tu dengan family boyfriend Si Nisa?" Sudah kembang kuncup hidung Linda tidak berpuas hati.

"Isy! Kenapa kau ni bertuah sangat dapat berdampingan dengan orang-orang yang kaya?" Linda mula melenting. Stereng keretanya terus dipukulnya geram.

"Ini tak boleh jadi! Aku mesti ikut jugak diorang dari belakang. Aku nak tahu apa sebenarnya hubungan mereka!" Tekad Linda dengan hati yang penuh hasad dengki.

******

Selepas isyak, Afeeya keluar semula dari bilik untuk menyertai keluarga mertuanya di ruang tamu. Dengan langkah yang lemah dia menuruni tangga yang tinggi. Dia mengeluh perlahan. Dia sebenarnya masih lagi penat setelah pulang dari bershopping sakan dengan Irdina dan ibu mertuanya pada tengah hari tadi.

Ini semua kerana ibu mertuanya telah mendapati pakaian di dalam almarinya sangat sedikit dan agak lama selepas memeriksa bilik tidur mereka pagi tadi. Memang betullah apa yang dikatakan oleh Irfan Sufyan bahawa ibu mertuanya itu memang seorang yang akan sentiasa memeriksa pakaian dan makan minum suaminya apabila melawat penthouse tersebut. Mujur sahaja bantal yang ditidurnya malam tadi telah diletakkan semula ke atas katil suaminya. Kalau tidak, tentu ibu mertuanya tahu mereka tidur secara berasingan.

Tetapi tadi pun bukannya senang Irfan Sufyan mahu membenarkan Irdina dan ibu mertuanya membawanya keluar bersama-sama. Bimbang betul lelaki itu jika mereka akan terserempak dengan pekerja di syarikatnya ataupun lebih parah lagi dengan Anissa! Tetapi setelah diyakinkan oleh Irdina dan ibu mertuanya bahawa mereka akan berhati-hati, barulah Irfan Sufyan membenarkannya. Itu pun kerana terpaksa!

"Cantiknya Kak Feeya!" tegur Irdina dari jauh lagi.

Afeeya melihat semua mata sedang memandang ke arahnya termasuk suaminya! Afeeya terus termalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Afeeya melihat semua mata sedang memandang ke arahnya termasuk suaminya! Afeeya terus termalu. Blouse hitam lengan pendek yang sedang dipakainya dipandangnya sekilas. Dia jadi tertanya-tanya. Apa menonjol sangat ke? Sebenarnya kalau tidak disuruh Irdina dan ibu mertuanya, dia pasti tidak akan memakai blouse yang baru dibeli mereka tadi pada malam ini.

"Cantik betul menantu ibu pakai baju ni. Pandai Dina pilih ya?" puji Puan Sri Faridah lembut.

"Ibu, walau apa pun baju yang Dina pilih, semuanya akan jadi cantik kalau Kak Feeya yang pakai. Kan ibu dan abah?" puji Irdina pula sambil mengeluarkan kotak-kotak hadiah dari sebuah bagasi.

Terima Kasih Derita [TERBIT]Where stories live. Discover now