1) The Beauty of Sesame Seed

860 42 3
                                    

So Hee adalah seorang remaja perempuan di Korea. Dia mempunyai rupa paras yang biasa tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi "korean beauty standard".

Kehidupan So Hee tidaklah seteruk mana ketika dia masih kecil. Tetapi apabila dia mula memasuki alam sekolah menengah, keadaan mula berubah.

Semua orang di sekolah sering mengejek dan menghina rupa parasnya yang bagi mereka bukan sahaja tidak comel, malah HODOH.

"eww hodohnya awak"

"jangan dekat! awak sangat hodoh"

"ee kenapa awak terlalu hodoh"

Disebabkan So Hee tidak tahan asyik dibuli, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan gadis yang paling cantik di sekolah itu iaitu Hyerin untuk mengetahui rahsia menjadi cantik.

"Emm boleh saya tau, apa rahsia awak jadi cantik? Saya betul betul dah penat dihina" kata So Hee dengan riak mukanya yang sedih.

"Oh, saya tak ada apa apa rahsia. Cuma saya mandi dengan sesame seed. Ini amat membantu kulit saya. Kulit saya jadi lembut, cantik, saya rasa cara ni paling berkesan kalau awak nak cuba" terang Hyerin.

So Hee yang kini percaya dia telah mengetahui rahsia untuk menjadi cantik berasa amat gembira. Dia tidak sangka rahsia untuk menjadi cantik cuma memerlukan sesame seed.

Jadi dia pulang dan pergi ke pasar untuk membeli sebanyak yang mungkin sesame seed. Dia benar benar nekad untuk mengakhiri zaman penghinaannya.

Setibanya di rumah, dia telah berpesan kepada ibunya untuk tidak mengganggunya sepanjang cuti hujung minggu itu.

"Ibu, nanti saya akan berada di bilik untuk sepanjang cuti hujung minggu ini untuk belajar dan buat homework. Saya ada makanan saya sendiri jadi saya takkan turun untuk makan. Ibu tak perlu risau" kata So Hee kepada ibunya sebelum meluru ke biliknya.

Di bilik, So Hee telah memenuhkan tab mandi di bilik air persendiriannya dengan sesame seed. Dia menyediakan makanan di tepi tab mandi itu beserta dengan cermin, telefon dan buku untuk mengisi masa yang ada.

Disebabkan usianya yang masih muda dan keinginannya untuk menjadi cantik yang mendalam, dia mengambil keputusan untuk berada di dalam tab mandi bersama sesame seed itu sepanjang cuti hujung minggu tanpa keluar walau seminit pun.

Jadi sepanjang hari dia hanya bergerak dalam tab mandi, tidur dalam tab mandi, bangun makan dalam tab mandi, tengok cermin, baca buku semunya dalam tab mandi.

Dan aktivitinya berterusan.

Keesokannya, dia mendengar ibunya mengetuk pintu biliknya.

"So Hee, awak pasti awak tak lapar? Ibu ada masak ni" kata ibunya yang risau.

"Tak apa, saya tak lapar. Saya sibuk sekarang. Lagipun saya ada makanan saya sendiri kalau saya lapar. Ibu tak perlu risau" balas So Hee dari bilik airnya.

Pada malam Ahad, ibunya tidak lagi dapat mengawal kerisauannya. So Hee tidak pernah berkelakuan sebegini. Jadi dia pergi ke bilik So Hee untuk memeriksa keadaan anaknya.

Sebelum dia sempat mengetuk pintu bilik So Hee, dia dengar suara orang sedang menangis.

Atau lebih tepat lagi, suara So Hee sedang menangis.

Ibunya cemas mengetuk pintu sambil bertanya pelbagai soalan.

"Soo Hee, kamu ok ke?"

"Soo Hee kenapa nangis ni?"

"Ada masalah ke ni So Hee?"

Tapi pintu tetap tidak dibuka. Hanya kedengaran tangisan So Hee.

Jadi dia meminta suaminya iaitu ayah So Hee untuk memecahkan pintu itu. Mereka amat risau sekiranya sesuatu yang buruk telah berlaku kepada So Hee.

Dan sebaik sahaja pintu bilik dibuka, mereka berdua nampak anak mereka iaitu So Hee di bilik air sedang merangkak keluar dari tab mandi sambil menangis.

Dan apabila dia melihat So Hee dengan teliti, dia nampak So Hee sedang menarik keluar sesame seed yang melekat dalam kulitnya seperti sesame seed di atas burger.

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now