30) Breaths

125 23 0
                                    

Bethany baru berpindah ke rumah barunya. Dia memilih untuk tinggal sendirian kerana dia merasakan yang kehidupannya lebih lancar jika hanya dia yang berkuasa.

Tak perlu dengar mak bebel, tak perlu dengar ayah marah, tak perlu dengar adik merengek atau siblings yang annoying.

Hari itu, Bethany mengajak rakannya Bella untuk menemaninya membeli barangan keperluan rumah baharunya.

Setibanya di rumah selepas membeli barangan, Bethany mendapati telefonnya hilang. Dia mencari di seluruh rumah tetapi tidak menemuinya.

'Ada kat rumah Bella ke? Ke aku tertinggal dalam kereta? Ke ada jatuh masa beli barang tadi?' soal hati Bethany risau.

Bethany pun menuju ke rumah Bella dan bertanya jika dia ada tercicir telefonnya di situ.

Tetapi tiada.

"kau try call pakai phone aku. kot kot ada kat sini ke takpun ada orang jumpa?" cadang Bella.

Bethany pun mengambil telefon Bella dan segera menghubungi telefonnya. Sementara itu matanya masih liar memerhati seluruh ruang rumah Bella.

Tiba tiba panggilannya dijawab.

"Hello? Hello..? Hello?" tanya Bethany sebaik sahaja panggilannya dijawab.

Tetapi tiada balasan. Dia cuma dengar bunyi orang bernafas.

Akhirnya dia memutuskan panggilan.

"Kenapa? Tak jawab?" tanya Bella pelik.

"Entah la. Dengar orang nafas je" jawab Bethany kecewa.

"Dah la tu. Esok pergi tutup line nombor tu. At least takde la dia guna nombor kau buat benda bukan bukan. Phone tu nanti aku tolong tambah duit beli lain" pujuk Bella lembut.

Bethany terharu dengan kebaikan Bella.

Sejurus selepas itu, Bella pun pulang ke rumahnya dengan perasaan kecewa. Dia terus menuju ke katilnya untuk tidur.

Phone hilang, tv tak ada lagi, so tidur je la.

Tetapi langkahnya menuju ke katil terhenti apabila dia ternampak telefonnya yang berada sedikit di bawah katil.

'Aik? Macam mana boleh ada kat sini?' soal Bethany pelik dalam hati.

Dia pun tunduk untuk mengambil telefonnya itu.

Sekali lagi pergerakannya terhenti.

'Tapi tadi ada orang jawab kan aku call?' tanya hati Bethany pada diri sendiri.

Ketika itulah Bethany mendengar bunyi nafas yang sangat berat dan kuat dari bawah katil.

Malam itu juga seluruh penghuni apartment itu dikejutkan dengan bunyi jeritan Bethany.

***

Please enjoy and vote!♡

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now