Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang puteri yang sangat cantik dan disayangi ramai. Puteri tersebut merupakan anak tunggal pemerintah negeri tersebut setelah lebih sedekad menanti zuriat.
Oleh kerana keakraban Raja dan rakyat, berita tentang Permaisuri mengandung pun sudah cukup menggembirakan seluruh rakyat jelata di negeri itu.
Tambahan pula berita tentang kelahiran puteri yang sangat cantik, comel dan indah. Semua rakyat jelata berpesta untuk meraikan berita gembira itu.
Namun, tiada seorang pun daripada golongan rakyat yang dibenarkan untuk melihat puteri itu. Berita tentang kecomelan dan kecantikannya hanya disebarkan oleh pembantu pembantu yang bekerja di istana.
Dari lahir, puteri itu hanya menjalani kehidupan di sebalik tembok istana dan tidak pernah sekali pun dibenarkan menjejakkan kaki di luar istana kerana Raja sangat menyayanginya dan tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepadanya.
Puas puteri memujuk Raja untuk membenarkannya keluar. Tetapi tidak pernah sekali pun Raja benarkan.
Lebih mengujakan adalah apabila puteri tersebut tahu bahawa rakyat jelata akan berpesta untuk menyambut hari kelahirannya setiap tahun. Bagi mereka, kelahiran puteri itu telah membawa banyak kebaikan. Ternakan dan tanaman mereka pun sangat subur sejak kelahiran puteri.
Oleh sebab itu, puteri tersebut tetap berusaha memujuk Raja untuk membenarkannya keluar walaupun cuma sehari untuk melihat suasana di luar.
Sehinggalah pada hari lahir puteri yang ke-18. Puteri bersungguh sungguh memujuk Raja untuk membenarkannya keluar. Dia berjanji yang dia akan pulang sebelum matahari terbenam.
Cuma untuk melihat dunia luar sebentar katanya.
Walaupun berat hati, tetapi Raja telah membenarkan puteri itu untuk keluar atas sokongan Permaisuri. Tetapi dengan syarat yang dia perlu ditemani oleh pengawal istana.
Puteri yang sangat gembira itu pun terus setuju dan segera keluar bersama pengawal istana. Dia sangat teruja melihat gelagat penduduk sekitar dan aktiviti mereka.
Malangnya, tidak berapa lama selepas itu puteri terpisah dari kumpulan pengawal. Secara tidak sengaja puteri telah termasuk ke dalam hutan kerana mengekori seekor arnab yang comel.
Tanpa puteri itu sedar, dia semakin lama semakin jauh ke dalam hutan. Sehinggalah dia ternampak sebatang sungai di dalam hutan itu. Puteri pun singgah di sungai itu untuk minum kerana kehausan.
"Maafkan saya, tapi air sungai tu tak bersih" sapa satu suara dari belakang menyebabkan puteri itu terkejut.
"Oh ye ke? Maaf maaf saya tak tahu. Terima kasih sebab bagitahu" balas puteri itu perlahan dengan sedikit senyuman walaupun agak kekok.
Hatinya mula tidak tentu arah kerana dihadapannya kini adalah seorang lelaki yang sangat tampan. Tanpa puteri itu sedari, sebenarnya di sudah jatuh hati dengan lelaki yang merupakan tukang kayu di kampung itu.
"Cantiknya senyuman awak. Tak pernah sekalipun saya nampak senyuman seindah tu. Tak dapat saya nak bayangkan hidup saya lepasni tanpa melihat senyuman tu" kata lelaki itu yang seperti sudah jatuh hati membuatkan puteri itu tertawa.
Mereka pun mula berkenalan dan berkawan. Tukang kayu itu juga menawarkan bantuan untuk menghantar puteri pulang ke istana tanpa pengetahuan Raja dan Permaisuri.
Bukan itu sahaja, malah puteri juga bersetuju untuk menyelinap keluar dari istana dengan tukang kayu itu.
Sejak itu, hampir setiap malam tukang kayu itu akan datang dan membawa puteri keluar dari istana secara rahsia. Mereka sangat gembira bersiar siar dan akan pulang sebelum matahari terbit.
YOU ARE READING
The Last Story | Malay
رعبKumpulan kisah kisah seram pendek AMARAN : kisah kisah yang disediakan mungkin tidak sesuai untuk kanak kanak dan mereka yang lemah semangat, paranoid serta sedang makan translated by me, @elroses_ El mintak maaf di atas kesalahan bahasa, typo, dan...